Selasa, 4 Mei 2010

Sulaman benang -new (tudung)

Ini projek terbaru sulaman benang.
Baru cuba jahit kat tudung.
Ok ke kombinasi colour.
So kalau kekawan nk tengok hasil sepenuhnya, kena lah tunggu 2 minggu lg. Jahit sulam benang ni lambat. Tapi aku suka sgt. Walaupun tak secantik yg jual kat kedai, tapi puas hati kerana hasil kerja sendiri.

Sebenarnya teringin nk buat biz sulaman. Tapi tk pasti ada ke org nk tempah. Apa2 pun tak sabar rasanya nk buat bg siap tudung ni.

ok tunggu 2 minggu lg I tunjuk hasil sepenuhnya

Ahad, 2 Mei 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu 1 mei balik kg Kuala Pai, Bukit Tembaga Kedah.

OTW balik singgah Seberang Jaya,Cadang nak ambil gambar kat kedai.
Firstly tangkap gambar Athiyyah.

Aku n husband gelak bagai nak pecat perut sbb tgk gelagat athiyyah mcm orang kena kejutan. Apa taknya setiap kali aunty tu tangkap gambar, flash besar bercahaya. So setiap kali tangkap gambar dia akan tgk flash. Macam2 aunty tu cakap, n siap bg upah gula2.

Tgk lah muka dia mcm org sedih n ketakutan.

Selepas selesai tangkap gambar dia kami pun bercadang nk tangkap gambar bertiga. Jadi ini lah hasil nya.



Kamera DSLR memang ada.
tapi selalu susah nk tangkap gambar 1 family.
Maklum lah suami pemalu,
nk suruh kekawan tangkap,alamatnya sure tak jadi.
Tapi memang puas hati lah tangkap gambar kat kedai,
walaupun mahal (RM 65) tp hasilnya memuaskan
cuma aku aje ketara nampak gebuuuuuuuuu....( 53kg)
Ni berazam nk kuruskan badan balik.

Sampai kg Kuala Pai Pkl 2pm.
mak masak gulai ikan talapia merah n goreng ikan talapia merah....
Punya lah sedap....
tak sedar diri makan nasi.....

pkl 3pm bawa baby pi hospital (wad kecemasan) kuning tinggi 14.7
bila tgk nurse cucuk kaki baby aku yg menangis dulu, bila dgr dia menangis aku pujuk lah dia
nasib baik dengar cakap. Aku kata dia budak baik n kuat dia pun diam. mcm faham aje.

pkl 5.30 sampai rumah, tgk sepupu dh ramai kat rumah

nak tgk baby kakak.

Ayah masak bihun + mee n kuah udang kering... (2 kati )
nampak sedap sgt tp aku tk makan sbb ptg td mkn nasi byk

8.30mlm, mkn mlm.
aku mengidang aje tak berani nk duduk sekali takut tergoda tgk gulai mak.
mak tam asyik suruh aku mkn.
aku kata nk diet, tk mau mkn mlm

Pkl 10.30mlm diorg blk

pkl 11.00 mlm tgh dok tgk tv perut terasa lapar. aku ke dapur ambil gulai ikan + roti aku mkn pelan2,

tp yg syoknya mak aku tanya, adik mkn apa???
sedap aje bunyi... so mak join sekali mkn, slp tu kakak aku pula terasa nk juga


so aku buatkan kopi utk kakak n cicah roti
utk suami ku, buatkan milo n cicah roti.
diet seketika, bila perut lapar terlupa diet...haaaaa...

Ahad 2 Mei 2010 (bertolak balik ke Seri Iskandar)
6.00am bangun iron baju sekolah aisyah n amirul
7.00am bg tau mak teringin nk mkn rebung
so breakfast aku hari ini konsep mkn pg + mkn tghari
sayur rebung mak memang sedap + ikan masin + sambal belacan + sambal telur rebus (kalau ada gambar sure ada yg mengidam)
pkl 11 bertolak balik...
singgah taiping
mak mertua jamu mkn nasi, nk ckp dh kenyang takut karang kecil hati org tua.
so mkn lg....
aduhhh hilang diet aku.... ( berapa kilo lah aku naik ni)
nasib baik mlm tk mkn so kira bermula lah azam diet aku....

3 Mei 2010
Pagi ni breakfast makan biskut n teh 'O'
Tghari makan nasi + udang 3 ekor + sayur campur
Mlm ???? cadang nk mkn sup sayur aje (tp entah kekadang tk tahan mkn juga nasi)
dh lah tk senaman. Badan dh nk jadi belon,

Sulaman benang




Bulan lepas belajar jahit, sulam benang
sebelum ini testing jahit kat baju anak,
ni first time buat kat baju sendiri.
Wah suka sangat.....
Dah cekap jahit boleh saya buat biz, sulaman benang.
Nak tempah untuk permulaan
sekuntum bunga yg ada manik = RM 2.50
daun sehelai = RM 0.50

Wah syokkkk sungguh....
Tapi ni masih mencari design yang cun.

kalau kekawan ada design bagi lah kat I