Rabu, 15 Januari 2014

KENDURI KAHWIN BERTANDANG LAGI.

Hujung minggu ni kenduri kahwin anak  Tok saudara sebelah arwah Tok wan.. Sepanjang aku kerja di perak rasanya dh 2 - 3 kali aku pi rumah beliau.. tu pun mak dan ayah ajak.. kalau nak pi sendiri memang tidak lh.. sbb tak berapa rapat. Kalau pi sendiri apa agaknya nak disembg..

Hari minggu ni sepatutnya kakak datang.. tapi oleh kerana anak dia tak sihat.. jadi emak akan datang dengan bapa saudara aje.. yang menjadi masalahnya sekarang.. aku kena DRIVE KERETA SENDIRI.... waaaaaaaaaaaaaaaa... selama ni paling jauh bawa keta  ke UTP..
Tapi  hari sabtu ni kena bawa keta sampai Kampung Sungai Jejawi... atas lg dari Kg Gajah...
 aduhhhhhhh biar betul... boleh ke aku bawa ni...

Semenjak suami kerja kat tapah... aku memang banyak kena berdikari....

Boleh atau tidak aku kena juga bawa keta.. ya lah tempahan tempeyek aku kena ambil..
Sanggup atau tidak memang kena juga... nekad kena beranikan diri..

Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan untuk melakukanya...

25 Tips lelaki romantis...

Wah... tangan hari ni gatal pula nak update blog... almaklumlah dah rasa nk berkulat.. tak pernah nak update..  Sebenarnya aku ni jenis manusia yang suka berbual.. jadi aku tak pandai sangat nk mengarang ayat.. aku jenis manusia yang lebih suka berinteraksi 2 hala.. sebab tu lah kalau aku jumpa manusia yg tak reti bersembang aku rasa nak migraine... hahaha..

Hari ni pg2 masak nasi goreng.. tghari masak burger daging + telur + salad... hahaha... ada ke org makan burger tghari... oleh kerana nak belajar berjimat cermat... so layan je.. janji perut tak lapar..

Niat di hati ptg ni nak buat servis kat makmal computer.. tapi selalu aje ada halangan... dah ada tempahan.. so tak blh nak buat apa.. dah boring sgt.. layan FB sekejap... terbaca pula petikan 25 tips untuk jadi lelaki romantic...

Apa lg.. layan lah baca... selama ini aku ingat suami ku tak romantic... hakikatnya suamiku memang ada sikapnya yang romantic.... aku bersyukur sangat dijodohkan dengannya..

25 tips lelaki romantic

  1. Peka dengan tarikh-taikh penting ( aku sendiri pun kurang peka.. bukan tak ingat tapi bila tarikh tu sampai selalu lupa... terutama tarikh perkahwinan.... tau2 dah 11 thn aku kahwin)
  2. Berikan kejutan untuk si dia ( adalah juga.. )
  3. Selalu memberi pujian ( selalu dapat pujian bila aku masak... sbb suami ku memang suka makan kat rumah dari kedai)
  4. Berikan layanan istimewa
  5. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk ( suami ku memang selalu pujuk.. tapi kalau dia rasa dia betul.. sorry lh nak pujuk)
  6. Berpimpin tangan ketika berjalan (bab ni kurang sikit .. sbb suami ku pemalu)
  7. Membawa si dia ke tempat-tempat romantik
  8. Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
  9. Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
  10. Berikan senyuman manis dan menggoda ( selalu dapat)
  11. Memakai pakaian yang sedondon (jarang2 kalau sedondon pun  tanpa dirancang.)
  12. Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia ( selalu dapat)
  13. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
  14. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut ( selalu dapat)
  15. Kirimkan sms cinta kepada si dia ( kekadang dapat juga )
  16. Tunjukkan bakat kesenian anda
  17. Sentiasa berikan perhatian kepada si dia ( selalu dapat)
  18. Jadilah penyokong setia di belakang ( suamiku sentiasa menyokong )
  19. Fahami dan peka dengan perasaan si dia (semakin lama berkahwin semakin rasa dekat dan lebih memahami)
  20. Jadilah pendengar yang baik dan setia ( sekarang kami sama2 menjadi pendengar .. mungkin kerana duduk dah berjauhan... so banyak cerita nk dikongsi bersama)
  21. Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang  ( YES.. SUAMI KU MEMANG MATANG WALAUPUN SEBAYA)
  22. Mengambil berat keadaan si dia
  23. Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah ( ya suamiku selalu membantu.. tq sayang)
  24. Peluk dan ciumlah si dia selalu ( ni setiap pagi dan sebelum tidor...)
  25. Jadilah seorang yang menghiburkan
 
Bila dah baca... 25 tips ni.. barulah aku sedar... kasih sayang tu memang dah diluahkan cuma kita manusia ni terlalu meminta lebih.. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini...
Selagi mana kita sebagai isteri menunjukkan rasa hormat kita pada suami pasti suami kita akan menghargai kita.. walaupun mereka tak luahkan.. dan yang paling jangan lh kita membandingkan suami kita dgn org lain... jika itu kita buat pasti kita tak akan Nampak kelebihan dan kebaikan suami kita...
YA ALLAH AKU BERSYUKUR KERANA ENGKAU PERTEMUKAN DAN MEMANJANGKAN JODOH AKU DAN SUAMI... SESUNGGUHNYA PERKAHWINAN INI ADALAH SEBUAH IKATAN ANTARA 2 MANUSIA YANG BERLAINAN JANTINA, DAN KAMI BELAJAR MELENGKAPI KEKURANGAN MASING-MASING.
 





Selasa, 14 Januari 2014

Tahun 2014

Jan 2014 menjelang bermakna sudah 15 hari meninggalkan tahun 2013. Usia makin meningkat.. membuatkan aku terfikir, banyak benda aku belum capai.. aku harap tahun ini aku akan Berjaya mengejar impian ku..

Perkara pertama yang aku ingin buat adalah belajar kembali al-Quran, rasanya banyak bacaan yang tak betul dari yang betul... 2 tahun lepas ada belajar tp kurang berkesan. hujung tahun lepas aku cuba belajar aku mohon ustazah ajar aku dari iqra.. supaya sebutan dan hokum tajwidku betul... ya lah kalau kita baca al- quran.. banyak hokum yg kita akan jumpa... dah lah dah tua.. susah nak ingat hokum.. dan bacaan pun susah nk lekat.. syaitan yg dok kat sekeliling asyik dok bisik2....

setelah hamper 2 bln belajar.. baru lah aku tahu rupanya ustazah yg dok ajar aku sebenarnya guru pendidikan khas.. dia bukanlah ustazah yang sebenar.. tapi dia pi belajar juga.. so sebelum dia nk ajar budak2.

Sekarang ni rasa lebih yakin sikit bila baca al-quran.
ya lah kalau sebutan salah ada guru yang tegur.. bila kita dok baca sorg2 kita rasa bacaan kita betul.. padahal salah...

Yang bestnya ustazah yang ajar aku ni betul2 nak mengajar bukannya nak kan duit.. ni yg buat aku rasa serba salah pula... ilmu aku dah dapat.. tapi tak tau nak balas macam mn.

Paling seronok sekali adalah bila nak mengajar athiyyah... sebab dia rasa lebih yakin. mana tak yakin.. mak dgn anak belajar dgn guru yang sama... kami seolah sama2 bersaing .. kira dia kalau baca iqra lebih bersemangat dari membaca buku ..

Semakin hari cabaran hidup memang makin hebat... apa pun aku akan berusaha menghadapi... semoga aku boleh menjadi emak yang terbaik untuk anak ku...

Untuk mendapat dan melihat anak kita baik.. aku terlebih dahulu kena tarbiah diriku...

Semoga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan dan ketenangan untuk kami sekeluarga.

Nekad nak jaga urusanku dengan ALLAH S.W.T dan belajar lebih mengenali ALLAH S.W.T.

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA KU...
BERIKAN LAH AKU KESEMPATAN UNTUK MENGENALIMU DAN TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG ENGKAU REDHAI