Khamis, 31 Januari 2013

SETIA HUJUNG NYAWA


Mula2 citer ni start tak ada lh minat sangat.. tp sekarang ni kira rasa angau pula bila tgk cerita ni...
Pada aku cerita ini best kerana semua watak dalam citer ni bukan sekadar sampingan.. semua watak menonjol.
Ok kita citer watak suami isteri (Er dan Zain)
- Sebagai perempuan aku simpati dgn nasib Er... tapi aku rasa Zain tidak lah zalim mana pun.. cuma dia tidak dapat terima hakikat dia dijadikan "Pak sanggup". Kita sebagai isteri seharusnya pandai mengoda suami.. ni tidak kita layan perasan rajuk kita... Tapi ini lah asam garam perkahwinan.. Kalau hendak ikatan perkahwinan berkekalan dengan penuh ketenangan kita harus mencari jalan penyelesaian dan bukannya menceritakan masalah kita kepada kawan....

Dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. peranan KAWAN memang penting... ada kawan yang memang niat nak tolong... tapi ada kawan yang nak makan kawan. Malah dia rasa gembira bila kita kecewa. Dalam hubungan suami isteri kita tidak seharusnya ceritakan kepada orang tentang aib suami atau isteri kita. Bagi aku cerita SETIA HUJUNG NYAWA ni banyak mengajar aku.. erti sebuah perhubungan suami isteri. Dalam masa dok menonton cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. ku selitkan juga gurauan... bersama suami tersayang.. isteri ni sukakan SUPRISE dan malu untuk luahkan perasaan... almaklumlah sifat semulajadi wanita..kita memang idamkan suami selalu luahkan kata2 romantik.. tp kita sebagai isteri juga harus faham bahawa suami kita tidak pandai berbicara cinta tp dari perbuatannya kita cubalah fahami rasa hatinya.

Aku rasa bersyukur sangat Allah kurniakan SUAMI yang sentiasa memahami dan menyokong aku dalam apa jua keadaan. Walaupun kami di Uji tapi aku lebih merasa bahawa Ujian ini adalah satu ANUGERAH ..

Cerita SETIA HUJUNG NYAWA juga menceritakan tentang pengorbanan dan juga kasih sayang seorang ibu, yang sanggup buat apa saja demi anaknya.. walaupun anaknya melukakan hatinya... dia sentiasa memaafkan.. Hati EMAK mana tidak terlupa bila dia tahu anaknya mengandung tanpa berkahwin.... dia tutup aib anaknya sehinggakan suaminya sendiri tidak tahu.......

Ok lah dah nak balik kerja dah... esok aku nak layan lagi rasa angau ni dlm Blog...

Yang pasti sekarang perasaan CINTA MAKIN MEMBUAK2....

I LOVE U KANDA...






Selasa, 22 Januari 2013

Menu makan adap..


Cuti Raya Cina adik sepupuku akan kahwin..
Permintaan Mak Tam minta kami masak untuk makanan pengantin..
Aduhhhh pening juga lh nk memikir nk masak apa untuk pengantin...
Abg dia mcm nak buat masakan ala2 chiness food...

Tetiba dapat idea nk buat "Butter Prawn"
Walaupun tak pernah makan dan tak pernah buat...
So operasi mencari resepi...
Rupanya mcm2 cara tp aku buat yg paling mudah.. dan hasilnya menyelerakan..

Bahan2
14 ekor udang bersaiz sederhana
- basuh, buang kepala, ptg belakang kulit tak buang
- perap dgn garam + kunyit + pati ayam + 2 sudu tepung serbaguna
- goreng sehingga kulit bertukar warna dan taburkan daun kari, sudah ada bau angkat masukkan ke dalam piring.
persiapan telur
- 2 biji kuning telur ( rasanya kalau 14 ekor udang telur 1 biji dh cukup) - dipukul sehingga sebati ( sekiranya nampak pekat sgt masukkan putih telur sedikit - dlm 3 sudu mkn, kacau sehingga sebati)
- minyak goreng udang td biarkan dlm sukatan 1/2 cawan + 2 sudu mkn planta -panaskan
- bila minyak dah panas masukkan telur kuning yg telah,
- cadangan guna acuan roti jala, tapi aku semlm pakai penapis aje...
-part ni susah sikit...
dalam masa tuang telur dlm kuali, pastikan SATU tangan lg kacau guna garfu utk telur itu tidak melekat.

Rabu, 16 Januari 2013

Jalan2 di tapak Ekspo


16 Sept 2013
Masih meneruskan agenda diet..
SO jam dh tunjuk pkl 2.30pm.. blm mkn tghari.. nak mkn apa tak tau lg..
Ajak Ct makan kat Amanjaya.. (Tahu sambal + bendi + timun + tahu jepun)
Perut dah kenyang pi jalan2 cuci mata kat tapak Ekspo..

Hajat dihati nk tgk2 aje... tpi bila dh tgk hati dh berkenan...
So shopping lh juga..
Ini lah akibat keluar dgn orang perempuan... mesti beli walaupun duit bukannya ada...

Skirt yg beli ni tk tau nk pakai dgn baju apa.... So tunggu lh hari sabtu ni....



 
Baju yg aku beli kat ekspo ni
Dress tanpa lengan + Skirt ni  = RM 74
masa mula2 beli Dress ni angan2 nk pakai inner kat dlm aje... tapi rasa mcm seksi lah pula kalau pakai kat luar rumah...
So cadangan nk pakai dlm rumah aje...
Tapi smlm Husband ajak keluar sekejap (nak ambil fail kat my office) So apa lg aku pun melaramlah baju baru...
Aku pakai dress + cardigans = Athiyyah my daughter puji.. Mak cantik lah...
 So tak lh terasa sgt rugi shopping semlm...
Anak n Husband puji....





FAST ACTION FAST RESULT
Cardigans ni harganya RM 28.. murah ke mahal aku tak pasti.. tapi rasa mcm selesa so i take ...
 
 

Selasa, 15 Januari 2013

Tahun 2013

Bulan Jan 2013

Wah dah Pertengahan bulan baru nak update blog..
Sebenarnya tak reti nk citer atau luahkan rasa tapi tahun 2013 memberi impak yang besar dalam kehidupanku..

Dulu aku selalu bergantung harap dgn suami (100%) tapi tahun ini aku dah belajar berdikari walaupun baru 30% tapi aku berpuas hati. Dulu kalau suami kena kursus aku terpaksa cuti sbb tak tau mcm mn nk pi kerja.. tapi sekarang tak kisah dah..... aku dah reti bawa kereta, sudah blh hantar anak pi tadika, ambil anak... dan balik rumah, so time rehat blh lah balik lipat baju. Bila balik petang blh lah kayuh basikal.

Bercerita tentang kayuh basikal...
Tahun 2013 aku berazam untuk dapatkan berat badan 45kg, oleh itu aku mengambil produk Alpha Lipid SDII. Minggu ni dah masuk tin yang ke-3. Aku ni memang jenis susah turun berat badan, almaklumlah susah nak displin bab makanan....
Pantang nampak makanan memang nak makan.
Sabtu lepas aku timbang berat badan ku.. 51.9kg
Jadi mulai semalam azamku bertambah kembali untuk kayuh basikal.. supaya sabtu ni timbang berat badan dpt 49kg....wahhhhhhh berangan tu... harap2 berjayalah.
Apapun aku berterima kasih kepada suamiku....dia memberi sokongan untuk aku menurunkan berat badan ku... walaupun kekadang dia rasa caraku menyeksakan..
Tapi bagi ku kalau tak makan rasanya tk lah seksa manapun.. cuma nafsu terhadap makanan terlalu tinggi.. tu yg rasa terseksa kalau tk blh mkn nasi....

Sekarang memang aku sedar sgt2, kalau nak berusaha untuk turun berat badan kita memang perlu berkorban.
Pengorbanan yang aku perlu lakukan
1) Wang ringgit (1 tin - RM 180)
2) Hadkan pilihan makanan.
3) Masa - lebihkan masa untuk bersenam..
4) Mencari kawan yg minat untuk turun berat badan

BERAT ASAL - 55KG
Semoga sasaran aku tercapai sebelum Februari menjelma
Aku perlukan perubahan yang drastik

FAST ACTION FAST RESULT
  MY GOAL - 45KG