Rabu, 27 Februari 2013

PRIMADONA

 

PRIMADONA.. terdapat 4 org pengacara..yang pasti K.E yang bijak dlm mengacara.. yg lain tu nampak sangat baru belajar.
Tapi apa yang best rancangan PRIMADONA adalah isu yang dikupas.
Sebab kebanyakkan isu ada juga isu yg tempias dgn mereka,

Kekadang episodnya tak sempat nak tengok..
Isu Baru2 ini pasal anak angkat. Berdesup hatiku... seperti diketuk... berdebar2...
Hati ini terus berkata aku harus menonton.. mana tahu aku dapat ilmu yang harus aku perolehi.
Tetamu yg dijemput antaranya
Adi Putra n Wife, Erma Fatima n Dr. Tengku Asmadi. Berbicara tentang perasaan ambil anak angkat.. pasangan adi putra n wife tidak menyentuh perasaan ku sangat. tapi bila erma fatima berbicara.. hatiku amat tersentuh, kerana ia berbicara dengan tulus. Setiap tutur katanya ada ketegasan, kesedihan dan juga pasrah.
Kebiasaan semua orang akan bertanya kenapa tak ada anak lg..
Tapi bagi insan yg tidak dikurniakan zuriat, apalah yang mampu dilafazkan. Adakalanya kita tidak dapat nak kongsi 100% masalah kita dengan orang luar. Kita harus menjaga rahsia perkahwinan.. supaya tidak menjadi bahan orang luar berbicara....

Erma Fatima kata: Bila anak umur 8 thn dh pandai tanya siapa diri dia yang sebenar..
Pada ketika itu aku mula berbicara sendirian di dalam hati, aku mula terfikir  adakah anak aku yg akan kecewa, atau aku yang sebenarnya terluka.
Sehingga kini aku tidak pernah merasai Dia anak angkat, kerana aku memeliharanya dari kaki sebesar 2 tapak jari sehingga sekarang dah sama besar dgn aku...

Dr. Tengku Asmadi galakkan keluarga angkat memaklumkan kepada anak2 mereka siapa mereka diperingkat awal.
Tapi Bagi aku.. untuk menyatakan dia anak angkat terlalu berat mulut ini, hendak cerita kepada org yang anak yg aku pelihara adalah anak angkat pun aku rasa berat.... ini kan pula aku nak cakap kepada anak aku yang bijak berbicara.
Aku ingin menjadi emak yang terbaik untuk anak ku.
Anak ku.. emak akan berusaha menjadi emak yang penyabar, redha dan disenangi oleh mu. Bantulah emak.. kerana emak tidak kuat menempuh dugaan ini seorang diri. Emak tahu anak emak anak yang terbaik yang ALLAH anugerahkan kepada emak.

Semoga Kasih Sayang kita bertiga berkekalan.
Emak dan Abah pelihara Nur Athiyyah Syafiqah supaya kami dapat merasai dan menikmati kehidupan berkeluarga. Pada permulaan kami pelihara Nur Athiyyah Syafiqah adalah kerana kami amat memerlukan Cahaya dalam runah tangga kami. Setelah Nur Athiyyah Syafiqah berada bersama kami.. kami menjadi insan yang REDHA  dan BERSYUKUR di atas segala Nikmat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kami.
Kami berusaha pelihara mu seperti ibubapa lain memelihara seorang anak.
Kami akan berusaha mewarnai hidupmu.

Emak dan Abah tidak bijak tapi emak dan abah akan berusaha untuk menjadikan Nur Athiyyah Syafiqah Anak yang SOLEHAH..Taat pada perintah ALLAH.
Sesungguhnya Nur Athiyyah Syafiqah adalah kekuatan Emak dan Abah.

Aduhhhh sudah tak boleh nak sambung luahan rasa.. airmata sudah hendak keluar...
Oleh itu ada baiknya aku berhenti..




Selasa, 5 Februari 2013

Masak Untuk Suami & Anak tersayang

 




Sayur Kangkung Goreng... Favourite My Daughter.. Kira kalau nampak sayur... tak masak lauk lain pun dia tak kisah... Sebelum hidang kena ambil siap2 untuk habuan sendiri... kalau tidak alamatnya semangkuk dia sorang habiskan..
Ikan Tenggiri Goreng Celup Tepung.. Ini pun Anak ku suka.. tapi sebenarnya dia suka keropok tu aje... Selalu kalau buat ikan goreng celup tepung.. kena lebihkan keropoknya...  Oleh kerana sekarang aku melaksanakan diet... Aku hanya mkn Ikan goreng + sayur kangkung goreng
 
Asam Pedas Ikan Tenggiri... Ini permintaan Suamiku...Oleh kerana En. Suami pi pasar malam sorang2 dia beli 3 ketul Ikan Tenggiri (RM 15) + daun kesum.. tapi tak beli bendi.. so asam pedas ku hanya ada ikan sahaja...
Petang semlm niat dihati nak kayuh basikal sbb cuaca elok aje.. tp oleh kerana teringat suami nak makan asam pedas.. terbatal lah niat nak kayuh basikal..
Suamiku puji... sedap pula asam pedas kali ni... walaupun banyak bahan tak ada.. tp rasa dan rupanya menyelerakan.. Kanda makan nasi bertambah... Ini membuatkan aku tergugat rasa mcm nk makan juga...
Tapi aku nekad.. tak akan ambil nasi utk mkn malam, sbb tghari td REKTOR belanja STAF UiTM makan tghari.. kat DSI... emmmmmmmmmmmm sedapnya.. i like ikan celup tepung.
 
 Oleh kerana nasi semlm tak habis.. pagi ni buat bekal untuk suami n anak NASI GORENG KANGKUNG ... geram pula tgk nasi goreng pagi2 ni... nasi goreng ni pun mcm dok memanggil aje

Akhirnya berjaya mengelak... Pagi ni aku makan telur mata kerbau + sayur lodeh sesenduk.