Rabu, 31 Oktober 2012

Gotong Royong di Fakulti...

Jadi KETUA 5S ZON 1







Biar betul diorg ni lantik aku jadi ketua...
Org bawah aku semua pensyarah... Mcm mn aku nk arah n agih buat kerja...
Sedangkan makmal dibawah seliaan JTK...
aduh pening kepala ku....

Hari ni sisih aje... kerusi, meja kotak dan whiteboard..
Komputer lama belum sisih... nak susun pun dh tak larat..
Aduh pinggang dah terasa sakit...
Apa pun akan ku usahakan juga utk pastikan makmal kemas dan bersih...

Semenjak suami jauh dari tempat kerja..  mood aku rasanya mcm tak berapa stabil... Skrg lebih selesa bersendirian dr mencari teman. Sekarang ni hati cepat sangat terguris..Mungkinkah faktor usia???

OOOO gambar bilik sendiri blm ambil lg....
kalau ambil sure pengsan kalau tengok.


Isnin, 22 Oktober 2012

Berbasikal Bersama Jiranku ..

Semlm rasa mcm tak ada mood aje..

Bila balik kerja, Kakak2 Jiran ajak ronda dgn basikal baru mereka..
(wahhh terasa diri ini pencetus semangat kaum ibu berbasikal)
Seronoknya sekarang dah ada geng berbasikal..
Walaupun tak lah sehebat orang lelaki...
Tapi aku rasa berbaloi... didalam mengeratkan silaturrahim boleh juga beriadah..

Yang pasti kak atie dan kak ema tunggu aku balik kerja...
Sambil kayuh basikal sambil bercerita isu semasa.. (kes pecah masuk rumah)
2 round bersama kak atie + kak ema
1 round bersama emak kak atie

Selepas ni kena beli penimbang digital...
So setiap hari Jumaat kena timbang berat badan... untuk pastikan ada perubahan atau tidak..

Semoga semangat beriadah akan berterusan... dan diharap makin ramailah kaum ibu beli basikal dan meronda bersama... kalau tidak aku ni asyik terperap dalam rumah aje... mungkin selepas ni tiada lagi aktiviti terperap dalam rumah.

Kekadang kanak-kanak aje yg seronok bermain diluar rumah...
Sekarang kaum ibu bersama anak2 kayuh basikal..
Diharap aktiviti ini diteruskan...




Hari ke 5 Suami ku kerja Di Tapah

Hari ini merupakan hari ke 5 aku bekerja berjauhan dari suami....
Semangat nak buat kerja memang semakin berkurangan....

Apalah aku nak buat supaya aku jd bersemangat seperti biasa...

Hari Jumaat lepas aku berusaha kayuh basikal sampai ke uitm... memang berpeluh2 lah badan ku.
Seronok juga kayuh basikal ni..
Tapi kesian pula kat anak dara aku..sakit punggungnya.. bila kena bonggol..

Hati ku masih dalam delima.. adakah nk beli keta viva atau keta saga..

Sampai hari ini aku masih blm boleh buat keputusan...

Nak citer pun rasa bosan tersangat lah bosan...

Isnin, 15 Oktober 2012

Rezeki 2012

Oktober 2012

Wahhhh sudah bersawang rasanya blog ini.
Sudah lama tak dikunjung.. tak tau apa nk dicerita dan apa nk diluahkan..

JENG...JENGGGGGG.... IDEA SUDAH SAMPAI...
NK CITER YG JIWANG SIKIT...

Tarikh 10 /10 /2012 (Rabu) Merupakan tarikh yang penuh kejutan.
Dikala kami sekeluarga menerima berita gembira.. hati ku gundah gulana..
sepanjang tempoh perkahwinan ku yg hampir mencecah 10 thn.. pertengahan bulan 10 /2012 menguji aku... aku sekarang kena belajar berdikari.. tiada lagi kanda yang menguruskan dinda..
Dinda sekarang kena belajar menguruskan anakanda sendirian..

Aduh sungguh terasa sgt..
Apa pun aku bersyukur di atas ujian kecil yang ALLAH S.W.T berikan kepada ku.. kerana DIA murahkan rezeki ku.. Sekarang aku yang kena bijak mengatur perjalanan hidupku supaya perjalanan hidupku berjalan dengan lancar.

16 Oktober 2012 (Selasa)
Hari yang ku risaukan sudah bermula.
Bangun seperti biasa.. 5.45am.
Tapi anakanda hari ni kena bangun awal 6.30am..
Untuk mengembirakan hati Athiyyah mak pasang citer upin dan ipin..
Athiyyah bangun dengan senyuman.
Terubat sedikit kerisauan hati mak.
6.45am Kanda dah nk bergerak ke tempat kerja baru UiTM Tapah... ketika suami nk menjejak langkah keluar.. hati ku sudah terasa mcm jauh sangat.. kerinduan pun dah menjengah dihati.. tak sabar nk tunggu pkl 5pm..
7.05 Athiyyah teman mak sidai baju ...
Terima kasih sayang, kerana sentiasa menjadikan emak kuat semangat... Mungkin tanpamu mak tak sekuat hari ini... I Luv U so much...
8.15 -1pm: KURSUS LOTUS NOTES...
rasanya banyak benda yang aku tak tahu...
rasa mcm best lh pula...
1.00pm mkn di amanjaya....
TQ MY FRIEND... kerana tidak membiarkan aku keseorangan... memang ketika ini aku memang memerlukan kekawan..
I HOPE I CAN INDEPENDENT.. AND MAKE MY HUSBAND PROUD ...

Hajat dihati nak kayuh basikal sampai uitm tapi.... mcm tak mampu lagi...
Tapi suatu hari nanti pasti akan kulaksanakan juga...

Dengan harapan berat badan ku 45kg sebelum my anniversary (10thn)