Selasa, 8 Julai 2014

Hari Ke 11, ATHIYYAH BERPUASA

Hari dah melepasi 1/3 RAMADHAN, Alhamdulillah ATHIYYAH masih bersemangat nak berpuasa... belum ada tanda2 minta tak mau posa.. mungkin sbb kawan2 kat TASKA, ramai yang puasa.. jadi ATHIYYAH tak terasa sangat.

Semalam Emak dan Athiyyah cirit birit.. entah lah apa yang silap makan pun tak perasan .. kempis sikitlah perut Emak dan Athiyyah... 

Menu buka puasa semalam simple je...
Kebetulan sahur buat Sup tulang, so balik kerja je .. buat bihun sup + nasi goreng, slp solat maghrib goreng cucur udang.. makan ala kadar aje.. tapi athiyyah tetap tersenyum girang.. yang pasti, bihun sup 2 pinggan + nasi goreng.. suka betul tengok athiyyah makan..

Hari ni, bangun pkl 4am... mata mengantuk sangat sbb tidor dh pkl 11mlm, pkl 1 pg kejut athiyyah bangun pi bilik air, dia mimpi ke apa pun tak tau... tetiba Tanya nak sahur ke mak... la... baru 2 jam tidor dia blh Tanya nk sahur... nak tergelak pun ada dgn kelaku anak dara sorg ni...
Bangun pkl 4am, siapkan lauk utk bersahur.. kepala tak ada idea.. so buat udang goreng kunyit + bunga kubis , ikan selar masak sambal. Walaupun jam pkl 5am, ATHIYYAH tetap berselera... Alhamdulillah.. senang betul jaga anak dara sorang ni...

PAGI ini aku rasa sangat bangga dgn anak ku... kecil2 dah pandai berniaga... ATHIYYAH jual tempeyek , cikgu order kat athiyyah 11 balang.. utk hari raya.
Sblm puasa athiyyah ada minta nak bawa tempeyek ke TADIKA.. dia kata nak bagi cikgu rasa..

Emak ni otak biz.
EMAK : Nanti kalau cikgu tanya tempeyek ni athiyyah beli kat mana.. ATHIYYAH bagi tau lah, mak saya jual tempeyek... kalau cikgu nak.. 1 bekas RM 12...

ATHIYYAH : OK nanti ATHIYYAH bg tau cikgu..

Baru 2 hari posa, dia bagi tau cikgu order 4 mak... biar betul anak ku ni....
Smlm balik kerja dia bagi tau lg.. mak cikgu nak tambah lg .. jadi 9 balang.. cikgu kata campur2...
Abah dah start confuse... betul ke anak ku ni ...
Akhirnya terjawab  persoalan difikiran kami... pg ni.. Cikgu Umi mesej... mengesahkan nak tempeyek 9 balang.

Anak ku mengikut jejak ku..
Berniaga bermula dari zaman persekolahan lagi, yang pasti anak ku lagi hebat kerana bermula dari tadika lg (umur 6thn)...
Aku mula berniaga start darjah 2.. jual aiskrim 10 sen,
KENANGAN yang tak mungkin dilupakan... setiap petang sblm masuk waktu asar, jalan keliling rumah kampong jual aiskrim.. ditangan pegang loceng.. mulut heboh dok panggil orang.. AISKRIM....AISKRIM...
Darjah 5 jual nasi lemak 30sen KAT SEKOLAH, takut pengawas marah sbb menjual, aku letak nasi lemak dalam beg.. buku aku pegang. sampai aje kelas, edarkan nasi lemak slp tu baru masukkan buku dalam beg.. itulah pengalaman aku.
Aku tak pernah menyesal dgn apa yang aku perolehi.. malah aku bangga aku melalui pengalaman yang mengajar aku menghargai wang dalam kehidupan..WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI KITA PERLUKAN WANG UNTUK KEHIDUPAN KITA, BIARLAH WANG BERADA DITANGAN.. BUKAN DI HATI....
Anak ku mula berniaga jual tempeyek sebalang RM 12.. wah... jauh berbeza zaman ATHIYYAH dengan EMAK. Emak harap ATHIYYAH tak malu berniaga, kelebihan berniaga ni memang banyak.. antaranya kita jadi orang yang minat pada matematik.. mak harap athiyyah akan pandai dalam matematik..
Malah mak harap athiyyah pandai mengurus kewangan athiyyah.. sebelum pandai berbelanja... athiyyah kena pandai cari duit...
Semoga anak emak Berjaya DUNIA DAN AKHIRAT..
Sekurang-kurangnya.. kalau lah mak tak ada di dunia ini di saat Athiyyah tak bersedia.. EMAK pasti anak emak boleh berdikari.








Isnin, 7 Julai 2014

Hari ini merupakan hari ke 10, Athiyyah berpuasa penuh.
Memang rasa kagum dgn semangatnya... dulu masa mak seusia athiyyah, 6 hari aje mak puasa.. tapi anak mak dah mencecah 10 hari.. tahniah anak ku.. kau memang budak yang bersemangat.

Semalam sblm tidor, masak sup tulang siap2 menu utk sahur, dengan menggunakan Pressure Cooker.. banyak kerja boleh selesai..
Cara masak pun senang. tumis bahan2 dan masukkan  tulang+ perisa + tekan High Pressure 26 minit,
Slp 26 minit, dah siap,  puas hati.. isi daging lembut..
Bangun sahur. panaskan sup tulang guna pressure cooker juga.. tambah 5 minit
sementara tunggu siap... dh blh masak sambal tumis telur + sayur bayam + nasi.

Hari ni makan sahur pkl 5.10am, sbb perut meragam lh pula..
tapi yg mengejutkan athiyyah bangun sendiri.. tak payah mak kejutkan pun...

Athiyyah makan sambal telur + sayur bayam (sepinggan)

Malam ni buka puasa blh lah buat bihun sup + nasi goreng... emmmm senang keja...

Rumah jauh dari tempat kerja.. kenalah pandai merancang menu.. supaya setiap hari blh buka puasa di rumah dgn air tangan sendiri.. supaya kasih sayang kami sekeluarga bertambah erat...

Apa pun terima kasih kepada pengasuh ku yang byk membantu meringankan tanggungjawab terhadap athiyyah.

Pagi ni timbang berat.. 50kg... puasa dh 10hari.. tapi berat naik... aduhhhhh
berat athiyyah 35kg... harap2 dekat2 nak raya berat athiyyah 32kg.. supaya bila pakai dress Nampak cantik....

Selasa, 1 Julai 2014

Bulan Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke - 4 Athiyyah berpuasa.

Hari pertama buka puasa, athiyyah nak makan SPAGHETTI, so layan kan aje.
Hari ke dua buka puasa , masak nasi goring jer... ya lah balik kerja dh pkl 6.30pm, nak membeli tak ada nafsu... tgk benda mkn tak selera
Hari ke 3 buka puasa buat mee kicap... TQ NURUL HUSNA, resepi mu menjadi kegemaran ku... walaupun tak cukup rencah.. tapi suami dan anak tetap kata sedap.

Makan sahur... confirm kena mkn nasi putih...
Hari pertama masak kari ikan bawal + ikan keli goring + sayur bayam + telur dadar
Athiyyah + mak + abah = mkn nasi + telur dadar + sayur bayam.. ikan keli n gulai tak layan + nestum
Hari kedua sahur masak sayur bayam + ayam celup tepung + sambal sotong (ibu bg)
Hari ke 3 sahur = sup sayur sawi + ikan bawal... + nestum

Athiyyah bangun ok, tp time nak makan mula buat perangai... ku pujuk hati, wahai hati... banyakan bersabar... inilah cabaran seorang emak... cuba suap athiyyah, baru lah dia selera mkn
Mungkin anakku inginkan perhatian...
Alhamdulillah... aku dapat menahan perasaan marah.. walaupun anak ku merengek... kalau hari2 biasa... memang aku kurang bersabar..
Tq Radio IKIM, sbb ceramah tentang erti sabar ... rasa mcm terkesan lh juga...
Harap2 setiap hari ada aje ceramah pasal erti kesabaran dlm mendidik anak...
Dalam mendidik anak... kita harus bertegas... tapi bukan bengis.. ini lh yg harus aku pelajari.. aku harus membezakan ketegasan dan kemarahan...

Bila tgk keletah athiyyah, teringat kenangan aku masa kecil2 dulu
emak siap angkat dokong, memang kena suap baru lh mkn sahur... kalau nk harap sendiri.. memang tak mkn lh...dh lah kecil... kurung kering.. org besar puasa kita pun nk puasa...
Nak ajar budak2 bangun  sahur kebiasaannya memang susah, tapi Allah anugerahkan aku seorang anak yg sangat baik dan mudah dibentuk. Aku rasa bangga sebab tak susah nak kejutkan dia bangun sahur dan siang hari pun  dia tak minta makan atau minum.. cuma saat genting bila jam menunjukkan pkl 6ptg...

Soalannya.. mak lambat lagi ke nak buka puasa..
Saat ini lah, yg menguji kesabaran seorang emak terhadap anaknya.
Teringat kata2 Nora Penyanyi, mendidik anaknya berpuasa... bagi kata2 semangat pada anak2, bg diorg faham kenapa kita disuruh berpuasa...
Masalahnya emak dan abah yg tak cukup sabar... Time bulan puasa ni.. kena byk luangkan masa dgn anak2.. buat aktiviti bersama diorg.. baru lah masa berlalu diorg tak sedari...

Dalam mendidik puasa mungkin mudah sbb kita boleh beri ganjaran, dalam masa yg sama kita memberi pemahaman tentang puasa,
Tapi dalam mendidik anak supaya sembahyang bila masuk waktu.. ini belum lg Berjaya, Rasanya aku perlu mencari ilmu... perubahan perlu bermula dari Emak dan Abah.. kerana kami adalah ROLL MODEL ATHIYYAH.

Hari ke 2 puasa tak mkn nestum perut rasa tak selesa sampai hari ini.
Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan supaya aku boleh melaksanakan ibadahku dgn sempurna.
Ya ALLAH  ampunkan lah segala dosaku..

Semoga hari ini lebih baik dari semlm


Isnin, 3 Mac 2014

Pressure Cooker

Wah.. dah lama tak bersiaran di Blog ni....
Hari ni nak cerita bagaimana aku terjebak membeli Barang tanpa berfikir panjang...
Ketika aku dalam keadaan tertekan sangat dan tidak tahu membuat keputusan.. dan perasaan bosan dan tak tahu nak sembang dengan siapa.. so aku pun bukalah FACEBOOK.. teman bebicara tanpa rupa... pada ketika itu aku melihat 1 iklan mengenai periuk PRESSURE COOKER.

Tertiba hatiku berbunga2... sebenarnya memang dah lama teringin nak beli pressure cooker, tapi hati tak sepenuhnya terbuka... kerana pressure cooker yang mak guna macam bahaya je...
Pressure Cooker yang kawan ku guna mcm friendly sgt..

Aku sangat terpengaruh bila ada yg kata blh masak bihun goreng 2 minit guna Pressure Cooker...
Wah hebatnya...
Mesti orang rasa pelik dgn perangai ku... masak bihun goreng pun rasa hebat...
Aku rasa hebat sangat sbb aku memang tak reti masak bihun goreng.. sedangkan aku suka makan bihun goreng, anak pun sangat suka makan bihun goreng...

Walaupun PRESSURE COOKER YANG AKU BELI MAHAL BERGANDA2 DARI PERIUK YANG MAK AKU MILIKI... tapi aku rasa mcm berbaloi2...Setakat hari ini dah 5 kali aku guna periuk PRESSURE COOKER.
1) MASAK NASI GORENG (Hi-PC) 7 MINIT - 2 KALI MASAK
2) MASAK BIHUN GORENG 2 MINIT(STEAM) - TAPI AKU BUAT 6 MINIT.. 2 KALI MASAK
3) SUP TULANG ( Hi-PC) 35 MINIT - DAGING FROZEN

Kelebihan pressure cooker adalah  Mempecepatkan proses memasak terutamanya jika kita hendak memasak daging , tulang atau ayam pencen..

Periuk yang aku miliki bukan sekadar pressure cooker .. tapi lebih kepada multicook..
mungkin kebanyakan orang anggap 1 pembaziran.. tapi kepuasan aku sebagai pengguna memang sukar dijelaskan..
Selepas ni nak cuba buat kek kukus guna PRESSURE COOKER.. SEMOGA BERJAYA...

WALAUPUN DUIT DAH HABIS.. TAPI YANG PASTI TEKANAN PERASAAN KU JUGA DAH HABIS.. SBB AKU DAH MASUKKAN SEMUA MASALAH KU DALAM PRESSURE COOKER...




Ahad, 9 Februari 2014

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

Bermula dengan hari jumaat petang, Mesyuarat fakulti di laksana di Tapah. Ini merupakan hari ke-2 ke tapah. tapi tak sempat nak jumpa Husna kat tapah. tak pa lh.. lain kali kalau pi blh lah jumpa.
Agenda mesyuarat belum bermula, tetiba seorang pensyarah minta tolong ganti beliau untuk bermain futsal.. Nak tolak tak sampai hati, nak main pula rasa mcm tak reti. Tapi apa pun minta izin dgn suami, so terjebaklah diri bermain futsal...

Sabtu 8.00am pagi dah terpacak dekat padang dengan bekalan nasi lemak...
Lawak betul, nak main futsal siap bawa bekal nasi lemak.
Bekalan ni sebenarnya utk anak dara ku...so alang2 nak masak, masak lah lebih sikit, mana tau team FSKM tak makan lg blh lh jamu diorg makan.

Kenangan bermain futsal penuh dengan pelbagai kisah.

Game pertama bermula.

Team Pengurusan Atasan lawan Team FSKM.
Aku hanya permain simpanan je... tapi separuh masa ke2 bermain, REKTOR cedera di kaki. permainan ditamatkan.
Apalah khabar Prof, dengar citer retak di kaki. kategori bahaya juga permainan ni... mula2 ingat nak suka2 je... tapi bila dah main, masing-masing penuh bersemangat kesukanan... masing2 berusaha keras nak golkan bola... walaupun tak tau nk sepak bola.

Team FSKM lawan Team FSPU
2 permain cedera, sorang cedera di lutut, sorang lg cedera di muka

TEAM FSKM lawan TEAM HEP
Ni kalau 0 - 2
group ni tak ada yg cedera

Team FSKM lawan Team FSSR
1 permain cedera dikaki.

Bila diperhatikan. aku hanya main separuh masa sahaja.. tapi sakit kaki kalah mcm main bola di padang yg besar. Team kami Alhamdulillah tiada yang cedera. tapi TEAM lain ramai yang cedera teruk, nak kata main lasak tidak.. tapi mungkinkah padang futsal itu sendiri tidak sesuai utk wanita kot. Bila tgk ramai yg cedera naik takut pun ada... tapi rasa mcm best pula main futsal... Rasanya kalau belajar cara tendang bola.. mesti lagi best main..
Selesai aje main bola.. mulalah rasa diri mcm org dah tua. Sbb tak ada stamina...
Hari ni kaki masih lagi sakit, dah rasa mcm OKU pun ada..

AHAD 10am,
tengah dok iron baju.. adik ipar telefon nak datang rumah, nak makan nasi... Aduh... lauk apa pun tak ada, si suami ku pi servis keta. So kepala ni dok fikir.. apa lah nak masak dalam masa yg paling pantas.
Akhirnya dapatlh menu,
Kari kepala ikan,+ ikan kembung ( masukkan  ikan kembung sebab mak mertua tak mkn ikan besar)
Sambal sotong ( kegemaran si aiman)
Ikan kembung celup tepung
Sayur sawi
Nasi 1 periuk + 1 mangkuk nasi goreng kosong (nasi habis) ikan n sambal masih ada lagi.
Selesai mkn nasi semua pakat balik... so sunyi balik lah rumah ku...
Moral di sini.. mulai dari hari ini... jgn malas2 pastikan rumah sentiasa berkemas.. supaya tetamu dating sentiasa selesa.

Rabu, 5 Februari 2014

Pemergian seorang pendidik.

Pg ini pkl 10 pg aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pensyarah uitm, Berita kematiannya membuka mata ku.. bahawa bersedia atau tidak.. kematian itu pasti datang menjemput.
Ya ALLAH andai sampai masa aku menemui MU, berilah peluang aku mati dalam keadaan aku mengenali MU.. berilah aku kesempatan mengenali dan beribadah kepada MU, hindarilah aku dari melakukan kemaksiatan.

Al-Fatihah buat Dr. Fauzi

Febuari 2014


Febuari 2014

Mengaji Al-Quran, Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan guru khas… walaupun hakikatnya dia sebenarnya bukanlah ustazah.. tapi  ilmu yang diperolehi, dia kongsi bersama tanpa meminta sebarang bayaran…. Terima kasih banyak2 kak marziah.. sesungguhnya jasamu hanya Allah yang balas. Sekarang baru masuk Muqadam, Iqra minggu lepas dah habis.. Athiyyah geram je.. Mengapa aku mengaji kembali adalah kerana athiyyah… sekarang kalau nak suruh athiyyah mengaji sangat mudah, sbb dh tau cara ustazah dia mengajar. Apa yang aku harapkan aku dapat qatam al-quran sebelum athiyyah dan semoga berita gembira ini dapat aku hadiahkan kepada emak.
 
Perkara ke2 yang aku dan suami nekad nak lakukan, ajar athiyyah membaca. Sesungguhnya kami berdua tidak cukup sabar dalam proses mengajar. Maafkan emak dan abah ya sayang, mak dan abah selalu marah-marah athiyyah bila mengajar, apapun yang mak dan abah buat sebenarnya mak dan abah sangat sayangkan athiyyah. Sekarang mak dan abah pun dah kurang tengok tv malam2, supaya berlaku adil dengan athiyyah.. bila athiyyah belajar mak dan abah tak mau sebarang gangguan, jadi athiyyah boleh lah fokus membaca. Semalam mak Nampak athiyyah pun dah macam seronok sebab boleh membaca. Harap-harap selepas ni athiyyah boleh lah baca buku cerita. Emak dan Abah akan buat yang terbaik untuk Athiyyah.
 
   Awal bulan Febuari 2014, perkhabaran perpindahan staf sudah berlaku sekarang tunggu surat arahan perpindahan je… apapun yang berlaku semua itu telah dirancang oleh ALLAH S.W.T, siapalah kita nak menafikannya.
 
 

Rabu, 15 Januari 2014

KENDURI KAHWIN BERTANDANG LAGI.

Hujung minggu ni kenduri kahwin anak  Tok saudara sebelah arwah Tok wan.. Sepanjang aku kerja di perak rasanya dh 2 - 3 kali aku pi rumah beliau.. tu pun mak dan ayah ajak.. kalau nak pi sendiri memang tidak lh.. sbb tak berapa rapat. Kalau pi sendiri apa agaknya nak disembg..

Hari minggu ni sepatutnya kakak datang.. tapi oleh kerana anak dia tak sihat.. jadi emak akan datang dengan bapa saudara aje.. yang menjadi masalahnya sekarang.. aku kena DRIVE KERETA SENDIRI.... waaaaaaaaaaaaaaaa... selama ni paling jauh bawa keta  ke UTP..
Tapi  hari sabtu ni kena bawa keta sampai Kampung Sungai Jejawi... atas lg dari Kg Gajah...
 aduhhhhhhh biar betul... boleh ke aku bawa ni...

Semenjak suami kerja kat tapah... aku memang banyak kena berdikari....

Boleh atau tidak aku kena juga bawa keta.. ya lah tempahan tempeyek aku kena ambil..
Sanggup atau tidak memang kena juga... nekad kena beranikan diri..

Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan untuk melakukanya...

25 Tips lelaki romantis...

Wah... tangan hari ni gatal pula nak update blog... almaklumlah dah rasa nk berkulat.. tak pernah nak update..  Sebenarnya aku ni jenis manusia yang suka berbual.. jadi aku tak pandai sangat nk mengarang ayat.. aku jenis manusia yang lebih suka berinteraksi 2 hala.. sebab tu lah kalau aku jumpa manusia yg tak reti bersembang aku rasa nak migraine... hahaha..

Hari ni pg2 masak nasi goreng.. tghari masak burger daging + telur + salad... hahaha... ada ke org makan burger tghari... oleh kerana nak belajar berjimat cermat... so layan je.. janji perut tak lapar..

Niat di hati ptg ni nak buat servis kat makmal computer.. tapi selalu aje ada halangan... dah ada tempahan.. so tak blh nak buat apa.. dah boring sgt.. layan FB sekejap... terbaca pula petikan 25 tips untuk jadi lelaki romantic...

Apa lg.. layan lah baca... selama ini aku ingat suami ku tak romantic... hakikatnya suamiku memang ada sikapnya yang romantic.... aku bersyukur sangat dijodohkan dengannya..

25 tips lelaki romantic

  1. Peka dengan tarikh-taikh penting ( aku sendiri pun kurang peka.. bukan tak ingat tapi bila tarikh tu sampai selalu lupa... terutama tarikh perkahwinan.... tau2 dah 11 thn aku kahwin)
  2. Berikan kejutan untuk si dia ( adalah juga.. )
  3. Selalu memberi pujian ( selalu dapat pujian bila aku masak... sbb suami ku memang suka makan kat rumah dari kedai)
  4. Berikan layanan istimewa
  5. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk ( suami ku memang selalu pujuk.. tapi kalau dia rasa dia betul.. sorry lh nak pujuk)
  6. Berpimpin tangan ketika berjalan (bab ni kurang sikit .. sbb suami ku pemalu)
  7. Membawa si dia ke tempat-tempat romantik
  8. Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
  9. Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
  10. Berikan senyuman manis dan menggoda ( selalu dapat)
  11. Memakai pakaian yang sedondon (jarang2 kalau sedondon pun  tanpa dirancang.)
  12. Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia ( selalu dapat)
  13. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
  14. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut ( selalu dapat)
  15. Kirimkan sms cinta kepada si dia ( kekadang dapat juga )
  16. Tunjukkan bakat kesenian anda
  17. Sentiasa berikan perhatian kepada si dia ( selalu dapat)
  18. Jadilah penyokong setia di belakang ( suamiku sentiasa menyokong )
  19. Fahami dan peka dengan perasaan si dia (semakin lama berkahwin semakin rasa dekat dan lebih memahami)
  20. Jadilah pendengar yang baik dan setia ( sekarang kami sama2 menjadi pendengar .. mungkin kerana duduk dah berjauhan... so banyak cerita nk dikongsi bersama)
  21. Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang  ( YES.. SUAMI KU MEMANG MATANG WALAUPUN SEBAYA)
  22. Mengambil berat keadaan si dia
  23. Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah ( ya suamiku selalu membantu.. tq sayang)
  24. Peluk dan ciumlah si dia selalu ( ni setiap pagi dan sebelum tidor...)
  25. Jadilah seorang yang menghiburkan
 
Bila dah baca... 25 tips ni.. barulah aku sedar... kasih sayang tu memang dah diluahkan cuma kita manusia ni terlalu meminta lebih.. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini...
Selagi mana kita sebagai isteri menunjukkan rasa hormat kita pada suami pasti suami kita akan menghargai kita.. walaupun mereka tak luahkan.. dan yang paling jangan lh kita membandingkan suami kita dgn org lain... jika itu kita buat pasti kita tak akan Nampak kelebihan dan kebaikan suami kita...
YA ALLAH AKU BERSYUKUR KERANA ENGKAU PERTEMUKAN DAN MEMANJANGKAN JODOH AKU DAN SUAMI... SESUNGGUHNYA PERKAHWINAN INI ADALAH SEBUAH IKATAN ANTARA 2 MANUSIA YANG BERLAINAN JANTINA, DAN KAMI BELAJAR MELENGKAPI KEKURANGAN MASING-MASING.
 





Selasa, 14 Januari 2014

Tahun 2014

Jan 2014 menjelang bermakna sudah 15 hari meninggalkan tahun 2013. Usia makin meningkat.. membuatkan aku terfikir, banyak benda aku belum capai.. aku harap tahun ini aku akan Berjaya mengejar impian ku..

Perkara pertama yang aku ingin buat adalah belajar kembali al-Quran, rasanya banyak bacaan yang tak betul dari yang betul... 2 tahun lepas ada belajar tp kurang berkesan. hujung tahun lepas aku cuba belajar aku mohon ustazah ajar aku dari iqra.. supaya sebutan dan hokum tajwidku betul... ya lah kalau kita baca al- quran.. banyak hokum yg kita akan jumpa... dah lah dah tua.. susah nak ingat hokum.. dan bacaan pun susah nk lekat.. syaitan yg dok kat sekeliling asyik dok bisik2....

setelah hamper 2 bln belajar.. baru lah aku tahu rupanya ustazah yg dok ajar aku sebenarnya guru pendidikan khas.. dia bukanlah ustazah yang sebenar.. tapi dia pi belajar juga.. so sebelum dia nk ajar budak2.

Sekarang ni rasa lebih yakin sikit bila baca al-quran.
ya lah kalau sebutan salah ada guru yang tegur.. bila kita dok baca sorg2 kita rasa bacaan kita betul.. padahal salah...

Yang bestnya ustazah yang ajar aku ni betul2 nak mengajar bukannya nak kan duit.. ni yg buat aku rasa serba salah pula... ilmu aku dah dapat.. tapi tak tau nak balas macam mn.

Paling seronok sekali adalah bila nak mengajar athiyyah... sebab dia rasa lebih yakin. mana tak yakin.. mak dgn anak belajar dgn guru yang sama... kami seolah sama2 bersaing .. kira dia kalau baca iqra lebih bersemangat dari membaca buku ..

Semakin hari cabaran hidup memang makin hebat... apa pun aku akan berusaha menghadapi... semoga aku boleh menjadi emak yang terbaik untuk anak ku...

Untuk mendapat dan melihat anak kita baik.. aku terlebih dahulu kena tarbiah diriku...

Semoga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan dan ketenangan untuk kami sekeluarga.

Nekad nak jaga urusanku dengan ALLAH S.W.T dan belajar lebih mengenali ALLAH S.W.T.

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA KU...
BERIKAN LAH AKU KESEMPATAN UNTUK MENGENALIMU DAN TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG ENGKAU REDHAI