Ahad, 3 Oktober 2010

Nasi Tomato

Ahad 3 october 2010 - aku masak nasi tomato. Sebenarnya nak balas bekas jiran, so aku masak lah nasi tomato... nak kata sedap tk lah sgt, tapi kira boleh layan aje... Rasanya dh terlalu lama aku tak masak nasi tomato.. tak ingat bila kali terakhir aku masak aku pun tak ingat.

Resepi Nasi tomato
1) beras 6 cawan ( air 6 cawan)
2) planta - utk menumis
3) bawang merah + putih - aku blander
4) halia - aku potong halus
5) bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga
6) serai - 2 batang
7) daun pandan
8) susu cair - setengah tin
9) pati tomato - setengah tin kecil (ini ikut suka, suami aku tk suka masam sgt)

Dalca tulang
1) kacang dal rebus
2) rempah kari daging - 1 bungkus
3) bawang merah + putih - aku blander
4) halia - potong halus
5) bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga
6) santan - RM 1
7) tulang
8) kentang 2 biji, terung 2 biji, carot 1 btg, tomato 1 biji

Ayam masak sambal...
1) goreng ayam dulu
2) tumis sambal + pati tomato.

Sekian Resepi aku....
aku masak main campak2 aje... itu cara mak aku ajar..................

Khamis, 19 Ogos 2010

Projek Sulaman

Akhirnya siap juga projek sulaman benang aku.
Baju ni sebenarnya kira sebagai baju testing. Pada baju ini aku apply teknik sulaman benang dan juga maknik. Untuk nak siapkan baju ini aku ambil masa hampir 2 bulan. Aku belajar sulaman benang nii tanpa org yg mengajar. Cikgu aku adalah buku. Tapi aku belum puas hati lagi dengan hasil kerja tangan aku. Banyak lg aku kena praktis. Walaupun tak secantik di butik, tapi aku puas kerana ini hasil kerja tangan ku.... nak buat Sulaman benang ni kena sabar, kerana ia mengambil masa yang agak lama....tp yg bestnya, dalam kereta pun blh jahit. Tapi kalau anak tak kacau lh. Kalau anak nak duduk kat riba tak berani lah aku nk menjahit, takut nanti silap jahit baju i jahit anak....

Rabu, 4 Ogos 2010

GELAGAT ATHIYYAH




Ini sepupu athiyyah, anak sepupu aku. Kebetulan diorg blk dr genting n singgah rumah aku.
Pagi dlm pkl 10pg diorg balik kedah. Baju hijau tu aku beli masa pi terengganu tahun lepas, tp athiyyah tk blh pakai, ketat sgt. tu yg bg anak adik sepupu aku pakai. Tgk elok aje. Diorg ni sebaya cuma sepupu tu tua 1 bulan aje, tp tgk lah Sapa besar.......







Macam mana anak emak tak besar..... mak jamu makan....boleh kata tiap2 mlm masak.
Tak masak abah merajuk....
Hari minggu buat kari kepala ikan




Ini lah gelagat anak duduk dgn abah. Kebetulan aku kena kursus di Shah Alam 3 hari.


































Rabu, 28 Julai 2010

Ceramah Ohhh Ceramah




Ini Sup Kelapa Ikan Milah



7.59am check email, nama naik untuk dengar ceramah pasal Isu Keselamatan Semasa dan Akta 174. kalau ikutkan perancangan awal, pendaftaran 8.30am, so cdg nk pi dlm pkl 8.15am. So aku pun baca lah email yg lain, tetiba perasan email ralat..... rupanya ceramah tu bermula pkl 8.am. Kalut lah aku, mn nk maklumkan kat pensyarah n kat rakan yg nk cover.
Nasib baik lah hari ni aku puasa.
Puasa aku tinggal 2 hari lg....

Ni jam baru pkl 3.30pm, kepala dh memikirkan apa nk makan buka puasa.
Apa tidaknya td suami ku mkn nasi dgn sotong masak kicap yg aku masak pagi td.
Dugaan org puasa, semua benda nampak sedap.
Ni kepala tgh berangan nk masak Sup Ikan

Resepi Sup Ikan

1kg ikan jenahak atau ikan merah 1.5cm kulit kayu manis n halia
600gm kentang 60gm suhun
10 labu bwg merah 6 ulas bwg putih
1 sudu teh ketumbar biji 1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba 5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang 1 keping asam gelugur
1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang
1 sudu besar minyak


cara masak ikut resepi yg diberi memang menyusahkan.
so mungkin aku buat cara aku......
agak2 kalau aku masukan carot n bunga kubis ada nk sedap ya....
Athiyyah suka sgt carot, aku pula suka bunga kubis.....
Apa2 pun aku akan mencuba petang ini.
kalau blh boleh resepi ini semua dlm 1, sayuran n sup ikan...
Sebenarnya aku ni malas nk masak 2 or 3 lauk...

Klau menjdi
esok aku update blog ini dgn gambar resepi sup ikan aku.....

Isnin, 26 Julai 2010

Fasilitator

Tarikh : 18/Julai/2010, merupakan tarikh yg tak mungkin aku lupakan.
Ini adalah pengalaman pertama kali aku menjadi fasilitator untuk program pembangunan pelajar,
hari tersebut aku mengajar pelajar semester 3, modul ini berkenaan minit mesyuarat.
Dari pengalaman rakan2 yg lain, modul ini sungguh membosankan.
Ini membuatkan aku rasa berdebar2,
Tapi setelah aku mula suai kenal dgn pelajar, aku rasa selesa sgt.
Sesi aku mengajar aku rasa seronok.
Aktiviti yg aku suruh diorg lakukan, aku suruh diorg tubuhkan sykt n diorg berlakon seolah2 tgh bermesyuarat utk adakan program. Program tu diorg fikirkan. 3pm diorg buat presetation berkenaan program yg diorg rancangkan dn diorg kena citer tentang perancangan kewangan, sumber diorg dpt kewangan dan perancangan perbelanjaaan.
Tarikh : 24 Julai 2010, ini pengalaman ke 2 jd fasi. tapi aku rasa sesi ini lg mendebarkan, kerana aku mengajar pelajar semester 5 n 6. Modul ini berkenaan persediaan pelajar untuk menghadapi sesi temuduga. Punya lah berdebar hingga aku salah masuk kelas, sepatutnya kelas aku AC024 tp aku masuk AC026. Bila aku edarkan kedatangan tetiba pelajar kata nama dia tk ada
bila aku tgk no bilik, baru aku perasan aku salah bilik.......kahhhhh....... malunyaaaaaaaaaaaaaaa...
Tapi bila masuk bilik AC024 aku buat mcm tak ada apa2 berlaku
pada hal muka ni malu bagai nak gilerrrrrrrrr.....
Teknik aku menarik perhatian pelajar....
Aktiviti pertama, ikut modul minta pelajar lukis gambar muka guna tangan bukan kebiasaan digunakan. selepas itu kekawan akan menjejaki insan tersebut. so 3 org yg berjaya mengenal insan tersebut aku suruh ambil biodata insan tersebut, dlm masa itu aku suruh diorg ambil tarikh lahir insan tersebut. janggggg2 Ini lah masa aku nk jadi ahli nujum. Sebenarnya aku praktikkan ilmu yg aku dpt masa aku pi kursus Dr. Azizan.
So sepanjang sesi ini bermula aku penuh keyakinan kerana pelajar dh mula berminat bila aku bercakap...
Cuma ada 2 org yg masih tk dpt aku ubah kerana seorg tu tak sihat, yg seorg lagi tu dok ingat kat bapa dia..... ( bapa baru balik dr cina, so tk sabar nk jumpa).....

Sekian lah citer pasal pengalaman aku............................... menjadi seorang FASILITATOR 3

Rabu, 7 Julai 2010

Julai 2010

Awal semester bermula sungguh meletihkan.
Nasib baik lah lecturer yang guna makmal blh dikatakan aku kenal.
Kira-kira kalau sibuk kat tempat user tak ada lah sangat masalah.

Minggu ni aku dapat puasa 2 hari. Seronok sangat, bermakna tinggal 3 hari lagi aku nak ganti.
harap2 dapat lah ganti habis.

Hari ni kalau ikutkan ada appointment dengan pensyarah, tapi dari tadi call pensyarahnya tk berangkat phone.
Ikutkan hati malas nk pi Bangunan FSSR time puasa ni.
Banyak berjalan mulalah letih, nak pula dh lama tk puasa.
Badan tk tahan lasak.

Ahad, 27 Jun 2010

Aktiviti Hujung Bulan JUN 2010



Aktiviti awal semester bermula, aktiviti ini bermula 7.30am sehingga 7.15mlm

Staf BSMB dipecah 2 kumpulan.

kump1 : majoriti lelaki

kump2 : majoriti perempuan, lelaki 4 org aje


Walaupun kerjanya membosankan, tapi aku terhibur dengan kerenah rakan2 setugas.

Yang paling best kak rita bawa kek, habis licin, aku sempat rasa sepotong aje, habis tu org lain asyik dok ronda n makan macam mn nk pulun makan.

Sebelah petang kak ita pula bawa cucur jemput pisang, punya lah sedap.....


Buat kerja sambil mkn memang lah tk terasa sgt.

Tapi yg tension kena kerja sampai pkl 7mlm

itu yg bosan.

Seharian duduk. Lutut aku ni sakit tak mau nk lega, rasanya mcm tak ada air kat lutut ni.

















Jumaat, 25 Jun 2010

Minggu Akhir Cuti Semester

Sudah lama tak layan blog,
Tinggal 2 minggu lagi student dah nak start kuliah,
Persiapan rumah sewa dh hampir siap, sekarang ni tengah tunggu tilam dr kedai aje.
Hujung minggu ni kena kerja.
aduhhhhhhhhh tension

Kesibukan bekerja
Start hari Isnin (21 Jun 2010) sibuk di makmal komputer. Sibuk buat Ghost, semua ini aku lakukan supaya start aje kuliah aku tak lah pening kepala.

Semester Julai - November 2010 rasanya aku akan sibuk sangat, sebab sekarang aku terlibat dengan KIK

KIK ohhh KIK, setakat ni tak nampak progress yg memberangsangkan.

Apapun aku akan berusaha juga buat.

Puasa Ganti.
hari ni aku ganti puasa, bermakna tinggal lg 5 hari aku kena ganti.

Rabu, 16 Jun 2010

Sulaman impian

Wah cantiknya Sulam Bukit Tinggi.
Aku dah cuba buat design bunga ni, tapi tak berjaya. Sungguh kecewa.

Ingat kalau berjaya nak lah buat kat baju baru ambil minggu lepas (kurung moden- hitam). pelbagai cara aku cuba setakat ni tak berjaya.
Tapi aku rasa kalau aku boleh buat pun mahu sehelai baju aku buat tahun depan baru siap, sehelai tudung aku buat pun ambil masa sampai 2 minggu baru siap. Tapi apa2 pun aku dh tempah sehelai baju sulam reben, kira raya ni glomour lah.

Itu pun kalau badan aku tak naik.

Yang pasti baju baru, tetap aku akan buat sulam benang.
Cuma design bunga besar ni lain sikit lah.

Rasanya design bunga ala matahari kot yg aku boleh buat. Aku harap hari minggu ni sudah boleh mula buat.
Semoga Impian ku menjadi kenyataan

Selasa, 4 Mei 2010

Sulaman benang -new (tudung)

Ini projek terbaru sulaman benang.
Baru cuba jahit kat tudung.
Ok ke kombinasi colour.
So kalau kekawan nk tengok hasil sepenuhnya, kena lah tunggu 2 minggu lg. Jahit sulam benang ni lambat. Tapi aku suka sgt. Walaupun tak secantik yg jual kat kedai, tapi puas hati kerana hasil kerja sendiri.

Sebenarnya teringin nk buat biz sulaman. Tapi tk pasti ada ke org nk tempah. Apa2 pun tak sabar rasanya nk buat bg siap tudung ni.

ok tunggu 2 minggu lg I tunjuk hasil sepenuhnya

Ahad, 2 Mei 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Sabtu 1 mei balik kg Kuala Pai, Bukit Tembaga Kedah.

OTW balik singgah Seberang Jaya,Cadang nak ambil gambar kat kedai.
Firstly tangkap gambar Athiyyah.

Aku n husband gelak bagai nak pecat perut sbb tgk gelagat athiyyah mcm orang kena kejutan. Apa taknya setiap kali aunty tu tangkap gambar, flash besar bercahaya. So setiap kali tangkap gambar dia akan tgk flash. Macam2 aunty tu cakap, n siap bg upah gula2.

Tgk lah muka dia mcm org sedih n ketakutan.

Selepas selesai tangkap gambar dia kami pun bercadang nk tangkap gambar bertiga. Jadi ini lah hasil nya.



Kamera DSLR memang ada.
tapi selalu susah nk tangkap gambar 1 family.
Maklum lah suami pemalu,
nk suruh kekawan tangkap,alamatnya sure tak jadi.
Tapi memang puas hati lah tangkap gambar kat kedai,
walaupun mahal (RM 65) tp hasilnya memuaskan
cuma aku aje ketara nampak gebuuuuuuuuu....( 53kg)
Ni berazam nk kuruskan badan balik.

Sampai kg Kuala Pai Pkl 2pm.
mak masak gulai ikan talapia merah n goreng ikan talapia merah....
Punya lah sedap....
tak sedar diri makan nasi.....

pkl 3pm bawa baby pi hospital (wad kecemasan) kuning tinggi 14.7
bila tgk nurse cucuk kaki baby aku yg menangis dulu, bila dgr dia menangis aku pujuk lah dia
nasib baik dengar cakap. Aku kata dia budak baik n kuat dia pun diam. mcm faham aje.

pkl 5.30 sampai rumah, tgk sepupu dh ramai kat rumah

nak tgk baby kakak.

Ayah masak bihun + mee n kuah udang kering... (2 kati )
nampak sedap sgt tp aku tk makan sbb ptg td mkn nasi byk

8.30mlm, mkn mlm.
aku mengidang aje tak berani nk duduk sekali takut tergoda tgk gulai mak.
mak tam asyik suruh aku mkn.
aku kata nk diet, tk mau mkn mlm

Pkl 10.30mlm diorg blk

pkl 11.00 mlm tgh dok tgk tv perut terasa lapar. aku ke dapur ambil gulai ikan + roti aku mkn pelan2,

tp yg syoknya mak aku tanya, adik mkn apa???
sedap aje bunyi... so mak join sekali mkn, slp tu kakak aku pula terasa nk juga


so aku buatkan kopi utk kakak n cicah roti
utk suami ku, buatkan milo n cicah roti.
diet seketika, bila perut lapar terlupa diet...haaaaa...

Ahad 2 Mei 2010 (bertolak balik ke Seri Iskandar)
6.00am bangun iron baju sekolah aisyah n amirul
7.00am bg tau mak teringin nk mkn rebung
so breakfast aku hari ini konsep mkn pg + mkn tghari
sayur rebung mak memang sedap + ikan masin + sambal belacan + sambal telur rebus (kalau ada gambar sure ada yg mengidam)
pkl 11 bertolak balik...
singgah taiping
mak mertua jamu mkn nasi, nk ckp dh kenyang takut karang kecil hati org tua.
so mkn lg....
aduhhh hilang diet aku.... ( berapa kilo lah aku naik ni)
nasib baik mlm tk mkn so kira bermula lah azam diet aku....

3 Mei 2010
Pagi ni breakfast makan biskut n teh 'O'
Tghari makan nasi + udang 3 ekor + sayur campur
Mlm ???? cadang nk mkn sup sayur aje (tp entah kekadang tk tahan mkn juga nasi)
dh lah tk senaman. Badan dh nk jadi belon,

Sulaman benang




Bulan lepas belajar jahit, sulam benang
sebelum ini testing jahit kat baju anak,
ni first time buat kat baju sendiri.
Wah suka sangat.....
Dah cekap jahit boleh saya buat biz, sulaman benang.
Nak tempah untuk permulaan
sekuntum bunga yg ada manik = RM 2.50
daun sehelai = RM 0.50

Wah syokkkk sungguh....
Tapi ni masih mencari design yang cun.

kalau kekawan ada design bagi lah kat I


Khamis, 29 April 2010

Pengalaman baru


Hari ini pi bilik wahida,
belajar buat blog...
ni kepala dok berangan nak letak hasil kerja tangan....

Ni gambar hari terakhir bertugas jaga exam.
gambar ni berangan nk letak kat FB,
tp FB tak leh nak buka so masukkan lah gambar dlm bog