Ahad, 17 November 2013

Aktiviti Cuti Sekolah

Mulai dari hari ini aku berjanji akan menjadi emak yang lebih perihatin... ini bermaksud.. aku bukan jaga makan minum anakku sahaja.. tapi aku akan pastikan pelajarannya mencukupi..

Mulai hari ini.. aku berjanji..
aku akan adakan aktiviti belajar..
 - setiap hari, 1jam peruntukkan masa untuk anak belajar.
a) belajar membaca
b) belajar mengira
c) mengaji iqra

Oleh kerana tahap kesabaran aku sangatlah kurang... oleh itu  kita cuba cari ilmu teknik mengajar anak membaca...

Berikut antara teknik mengajar anak-anak membaca...
Harap-harap teknik ini boleh membantu aku mengajar anak ku belajar dengan penuh keyakinan...

Langkah-langkah yang harus dilakukan untuk cara cepat membaca
Langkah I
  • kumpulkan 5 kad untuk kategori 1 : anggota keluarga (ayah, abah, ibu, emak, kakak,adik)
  • kumpulkan 5 kad untuk kategori 2 : nama haiwan (ayam, kuda, gajah, ikan, kucing)
  • kumpulkan 5 kad untuk kategori 3 : nama buah (jambu, pisang, betik, ceri, jagung)
  • Susunlah kategori 3 pada posisi paling bawah, kategori 2 pada posisi tengah dan kategori 1 pada posisi paling atas
Langkah II
  • Ambil satu kad yang paling atas dari tumpukan kad pertama di kategori 1, bacakan dan ajak anak menirukannya. pada tahap ini tak perlu menjelaskan ertinya dari kata yang dibaca oleh anak anda.
  • Secepat mungkin setelah itu, Ambil kad yang paling bawah dari kategori 3, Lakukan seperti yang pertama.
  • Perhatikan wajah anak ketika menyebutkan kata, Amati kata yang disukainya dan yang tidak disukai. Pilihlah dan ajari kata-kata yang disukai anak terlebih dahulu, kemudian kata-kata yang lainnya.
  • Jangan minta anak mengulang kata-kata yang telah kita bacakan tadi.
  • Setelah membaca 5 kata, stop dulu pelajaran ini. Puji anak Anda dengan menunjukkan bahwa Anda bangga atas apa yang dilakukannya hari ini.
Catatan
  • Hari pertama pelajaran, lakukan untuk kategori 1 sebanyak 3x.
  • Hari ke-2 lakukan kategori 1 = 3x, kategori 2 = 3x
  • Hari ke-3 kategori 1 = 3x, kategori 2 = 3x, dan kategori 3 = 3x
  • Hari ke-4 sampai dengan ke-6 sama seperti hari ke-3
Setiap kata dibaca maksimal 25 kali.
 Setelah sebanyak itu, kata harus diganti.
Caranya, setelah hari ke-6 ambil 1 kata dari setiap kategori dan gantilah dengan sebuah kata yang baru.
Setiap 1 kategori yang Anda bacakan selesai, segeralah disusun rawak. Hal ini agar anak tidak bisa menebak urutan kata.
Jangan mengulang-ulang kata yang sudah Anda bacakan, sehingga anda tidak salah menandai (dengan pensil) tiap kata yang sudah Anda bacakan. Tanda ini juga bisa dijadikan rekod untuk mengetahui sudah berapa kali kata ini anda bacakan.


HARAP-HARAP BERJAYALAH..
WAHAI CAHAYA PEMBERIAN KASIH SAYANG..
SEMOGA ANAKANDA BERSEMANGAT BELAJAR DENGAN EMAK..
MULAI DARI SEKARANG EMAK JUGA KENA MENUNJUKKAN TELADAN KEPADA ANAKANDA .. EMAK JUGA KENA RAJIN MEMBACA..

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..

Khamis, 14 November 2013

Cuti Sekolah

Wah.. cuti sekolah sudah hampir.. apakah perancangan kekawan... Hajat di hati nak balik taiping.. sebab dh terpengaruh tgk gambar KAMALODGE.. macam cantik je... dok berangan nak mandi manda.. petang2 naik kuda... bestnya...kalau boleh realisasikan angan ku... tapi apakan daya poket tak berapa nak penuh.. so berangan aje lh..

lama rasanya tak mandi manda di kolam renang.. ni kalau athiyyah tengok mesti suka ...
Bayangkan bangun pagi2 mandi di kolam renang..

Tengahari Jalan2 cari makan
 
Petang2 pula naik kuda
mlm2 dok lepak kat taman tasik.. macam orang bercinta...
mesti best kan...
pasang angan aje lah dulu.. yang pasti dalam masa cuti sekolah ni.. angan2 ku akan aku realisasikan jua......
 
 

Selasa, 12 November 2013

Bijak Berbelanja

 

Hari ini merupakan hari ke 2 telefon kena block..
Sungguh tidak selesa bila telefon tak boleh nak call out.
jam di tangan menunjukkan pukul 1.30pm.. aku menuju ke ATM BSN dan cuba buat bayaran bil telefon yang tertunggak, kalau ikutkan bil RM650 tp abg kata kalau bayar RM 450 telefon dh boleh on..
so cuba lh buat bayaran RM 450 dahulu..
Sampai pkl 3.30pm telefon  masih belum blh digunakan..
Alamatnya esok kena bayar lg RM 200 lah ni...
 
Dalam memikir masalah kewangan.. mulalah terlintas dihatiku... untuk mencari ilmu berbelanja secara bijak..... kerana bila salah buat perancangan.. ini lah jadi.. naik pening kepala.. harap2 tak ada lh perkara buruk yg berlaku...
 
Bila suff internet, dapat 1 link tahun 2012 dr blog http://pokok2u.blogspot.com/ bila  baca blog ni... terasa dihati.. dan terus paste diblog sendiri.. supaya bila diri ini rasa tak sedar diri.. blh lah tgk blog sendiri dan nasihati diri sendiri.....
 
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.
 
1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Seindah Nama mu.. Nur Athiyyah Syafiqah

Cahaya Pemberian Penyayang..

Keletihan bertugas 2 hari konvokesyen terubat dgn sikapmu yang penyayang. Semalam separuh badan rasa lenguh sangat.. tak tau lh apa yang silap makan.. sampaikan 2 hari tak ok.. Balik aje kerja singgah kedai beli lauk untuk masak malam, walaupun tangan sakit tapi demi anak dan suami aku akan gagahkan jua untuk masak. lagi pun kalau makan luar alamatnya terbang RM 20, tapi kalau masak baru RM 9 habis beli ikan, udang sikit dan sayur bayam.boleh lh sekali makan. Sampai rumah athiyyah minta izin nak main kat luar rumah, bukan tak mau nak bagi, tapi tengok cuaca macam nak hujan. so aku buat helah minta tolong athiyyah sapu sampah kat luar rumah.tanpa bantahan. athiyyah sapu sampah dan kemas rumah.. Alhamdulillah.. sejuk mata memandang.. bila tgk dia sapu sampah, susun kasut.. walaupun baru 5 tahun.. kira dh boleh tolong emak.. terima kasih sayang....
Athiyyah memang anak yang sangat menyayangi emak dan abah..
I love u more.

Sebagai upah.. tidor malam pakai baju princess.. suka betul ya... walau pun panas.. tp tetap senyum..