Khamis, 5 April 2012

Apa itu KAD DEBIT?

Setelah lama memiliki KAD DEBIT baru minggu lepas aku menggunakan kad tersebut.
Hari ini aku ingin berkongsi ilmu yang aku dapat dari http://rahsiawang.weebly.com/apa-kad-debit
Semoga tahun 2012 aku menjadi lebih bijak mengurus kewangan.
Apakah fungsinya?
Kita boleh gunakan Kad Debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan,
makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online atau melalui internet.
Kepada yang biasa dengan perniagaan internet dan kadang-kadang mereka membuka akaun PAY PAL, dengan Kad Debit juga mereka boleh memindahkan baki akaun PAY PAL mereka ke akaun Debit Kad dan kita terus boleh keluarkan wang tunai.
PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan
kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian kad. Cuma telefon jer BankTransaksi Biasa: Tunjukkan Debit Kad anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad anda.
KEBAIKAN DEBIT KAD:
1) Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak untuk melakukan pembelian, Cuma pastikan akaun Debit Kad anda mempunyai baki yang mencukupi untuk satu-satu belian.
2) Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
3) Dengan Debit Kad kita berkeupayaan menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sewenang-wenangnya
4) Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan Kad Debit adalah kad ATM
5) Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna Kad Debit
KEBURUKAN DEBIT KAD:
1) Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Nasihat saya, kalau kita hilang Debit Kad …terus sahaja telefon bank yang berkenaan untuk blok Debit Kad kita.
2) Kalau system offline, kita tak boleh guna Kad Debit
3) Kebanyakan bank mengenakan caj perkhidmatan tahunan kepada setiap pemegang
4) Kad Debit tapi taklah mahal sangat dalam lingkungan RM8 ke RM12 setahun
Tidak semua tempat boleh digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan