Rabu, 4 April 2012

Beg tangan 2012

Sekian lama mencari beg tangan baru, Akhir "COLORIS" menjadi pilihan hati.Beg idaman BONIA, tp bila tengokkan harga rasa mcm tak termampu hendak membelinya. Dulu pernah Mak teh pernah belikan beg tangan BONIA hadiah hari jadi ke 21. Memang tahan lama betul beg tangan tu aku pakai. Kira berbaloi lah harganya mahal, tapi tahan lama.
Hajat dihati nak beli beg tangan warna merah... tapi bila tengok design macam tak menarik perhatian ku..... Tapi beg tangan ini memang menarik perhatian ku.... i like this bag(pink color)
Beg tangan ni aku shopping kat AEON (Jaya Jusco), beli beg tangan guna KAD DEBIT.
Pengalaman kedua guna KAD DEBIT BANK ISLAM.
Setelah menggunakan kad ini barulah aku sedar, aku sememangnya tidak layak guna KAD KREDIT kerana aku hilang kewarasan bila bershopping... TQ MY BROTHER kerana melarang aku menggunakan KAD KREDIT, kalau tidak pasti aku tergolong dlm golongan orang muflis...

Yang pasti memang best SHOPPING guna KAD DEBIT, sbb tak payah risau duit tercicir atau orang ragut beg.. sbb dlm beg tangan memang tak ada duit. So sekarang kalau nk shopping aku hanya perlukan signature aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan