Isnin, 22 Oktober 2012

Berbasikal Bersama Jiranku ..

Semlm rasa mcm tak ada mood aje..

Bila balik kerja, Kakak2 Jiran ajak ronda dgn basikal baru mereka..
(wahhh terasa diri ini pencetus semangat kaum ibu berbasikal)
Seronoknya sekarang dah ada geng berbasikal..
Walaupun tak lah sehebat orang lelaki...
Tapi aku rasa berbaloi... didalam mengeratkan silaturrahim boleh juga beriadah..

Yang pasti kak atie dan kak ema tunggu aku balik kerja...
Sambil kayuh basikal sambil bercerita isu semasa.. (kes pecah masuk rumah)
2 round bersama kak atie + kak ema
1 round bersama emak kak atie

Selepas ni kena beli penimbang digital...
So setiap hari Jumaat kena timbang berat badan... untuk pastikan ada perubahan atau tidak..

Semoga semangat beriadah akan berterusan... dan diharap makin ramailah kaum ibu beli basikal dan meronda bersama... kalau tidak aku ni asyik terperap dalam rumah aje... mungkin selepas ni tiada lagi aktiviti terperap dalam rumah.

Kekadang kanak-kanak aje yg seronok bermain diluar rumah...
Sekarang kaum ibu bersama anak2 kayuh basikal..
Diharap aktiviti ini diteruskan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan