Rabu, 5 Februari 2014

Febuari 2014


Febuari 2014

Mengaji Al-Quran, Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan guru khas… walaupun hakikatnya dia sebenarnya bukanlah ustazah.. tapi  ilmu yang diperolehi, dia kongsi bersama tanpa meminta sebarang bayaran…. Terima kasih banyak2 kak marziah.. sesungguhnya jasamu hanya Allah yang balas. Sekarang baru masuk Muqadam, Iqra minggu lepas dah habis.. Athiyyah geram je.. Mengapa aku mengaji kembali adalah kerana athiyyah… sekarang kalau nak suruh athiyyah mengaji sangat mudah, sbb dh tau cara ustazah dia mengajar. Apa yang aku harapkan aku dapat qatam al-quran sebelum athiyyah dan semoga berita gembira ini dapat aku hadiahkan kepada emak.
 
Perkara ke2 yang aku dan suami nekad nak lakukan, ajar athiyyah membaca. Sesungguhnya kami berdua tidak cukup sabar dalam proses mengajar. Maafkan emak dan abah ya sayang, mak dan abah selalu marah-marah athiyyah bila mengajar, apapun yang mak dan abah buat sebenarnya mak dan abah sangat sayangkan athiyyah. Sekarang mak dan abah pun dah kurang tengok tv malam2, supaya berlaku adil dengan athiyyah.. bila athiyyah belajar mak dan abah tak mau sebarang gangguan, jadi athiyyah boleh lah fokus membaca. Semalam mak Nampak athiyyah pun dah macam seronok sebab boleh membaca. Harap-harap selepas ni athiyyah boleh lah baca buku cerita. Emak dan Abah akan buat yang terbaik untuk Athiyyah.
 
   Awal bulan Febuari 2014, perkhabaran perpindahan staf sudah berlaku sekarang tunggu surat arahan perpindahan je… apapun yang berlaku semua itu telah dirancang oleh ALLAH S.W.T, siapalah kita nak menafikannya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan