Ahad, 9 Februari 2014

MINGGU YANG PENUH AKTIVITI

Bermula dengan hari jumaat petang, Mesyuarat fakulti di laksana di Tapah. Ini merupakan hari ke-2 ke tapah. tapi tak sempat nak jumpa Husna kat tapah. tak pa lh.. lain kali kalau pi blh lah jumpa.
Agenda mesyuarat belum bermula, tetiba seorang pensyarah minta tolong ganti beliau untuk bermain futsal.. Nak tolak tak sampai hati, nak main pula rasa mcm tak reti. Tapi apa pun minta izin dgn suami, so terjebaklah diri bermain futsal...

Sabtu 8.00am pagi dah terpacak dekat padang dengan bekalan nasi lemak...
Lawak betul, nak main futsal siap bawa bekal nasi lemak.
Bekalan ni sebenarnya utk anak dara ku...so alang2 nak masak, masak lah lebih sikit, mana tau team FSKM tak makan lg blh lh jamu diorg makan.

Kenangan bermain futsal penuh dengan pelbagai kisah.

Game pertama bermula.

Team Pengurusan Atasan lawan Team FSKM.
Aku hanya permain simpanan je... tapi separuh masa ke2 bermain, REKTOR cedera di kaki. permainan ditamatkan.
Apalah khabar Prof, dengar citer retak di kaki. kategori bahaya juga permainan ni... mula2 ingat nak suka2 je... tapi bila dah main, masing-masing penuh bersemangat kesukanan... masing2 berusaha keras nak golkan bola... walaupun tak tau nk sepak bola.

Team FSKM lawan Team FSPU
2 permain cedera, sorang cedera di lutut, sorang lg cedera di muka

TEAM FSKM lawan TEAM HEP
Ni kalau 0 - 2
group ni tak ada yg cedera

Team FSKM lawan Team FSSR
1 permain cedera dikaki.

Bila diperhatikan. aku hanya main separuh masa sahaja.. tapi sakit kaki kalah mcm main bola di padang yg besar. Team kami Alhamdulillah tiada yang cedera. tapi TEAM lain ramai yang cedera teruk, nak kata main lasak tidak.. tapi mungkinkah padang futsal itu sendiri tidak sesuai utk wanita kot. Bila tgk ramai yg cedera naik takut pun ada... tapi rasa mcm best pula main futsal... Rasanya kalau belajar cara tendang bola.. mesti lagi best main..
Selesai aje main bola.. mulalah rasa diri mcm org dah tua. Sbb tak ada stamina...
Hari ni kaki masih lagi sakit, dah rasa mcm OKU pun ada..

AHAD 10am,
tengah dok iron baju.. adik ipar telefon nak datang rumah, nak makan nasi... Aduh... lauk apa pun tak ada, si suami ku pi servis keta. So kepala ni dok fikir.. apa lah nak masak dalam masa yg paling pantas.
Akhirnya dapatlh menu,
Kari kepala ikan,+ ikan kembung ( masukkan  ikan kembung sebab mak mertua tak mkn ikan besar)
Sambal sotong ( kegemaran si aiman)
Ikan kembung celup tepung
Sayur sawi
Nasi 1 periuk + 1 mangkuk nasi goreng kosong (nasi habis) ikan n sambal masih ada lagi.
Selesai mkn nasi semua pakat balik... so sunyi balik lah rumah ku...
Moral di sini.. mulai dari hari ini... jgn malas2 pastikan rumah sentiasa berkemas.. supaya tetamu dating sentiasa selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan