Selasa, 8 Julai 2014

Hari Ke 11, ATHIYYAH BERPUASA

Hari dah melepasi 1/3 RAMADHAN, Alhamdulillah ATHIYYAH masih bersemangat nak berpuasa... belum ada tanda2 minta tak mau posa.. mungkin sbb kawan2 kat TASKA, ramai yang puasa.. jadi ATHIYYAH tak terasa sangat.

Semalam Emak dan Athiyyah cirit birit.. entah lah apa yang silap makan pun tak perasan .. kempis sikitlah perut Emak dan Athiyyah... 

Menu buka puasa semalam simple je...
Kebetulan sahur buat Sup tulang, so balik kerja je .. buat bihun sup + nasi goreng, slp solat maghrib goreng cucur udang.. makan ala kadar aje.. tapi athiyyah tetap tersenyum girang.. yang pasti, bihun sup 2 pinggan + nasi goreng.. suka betul tengok athiyyah makan..

Hari ni, bangun pkl 4am... mata mengantuk sangat sbb tidor dh pkl 11mlm, pkl 1 pg kejut athiyyah bangun pi bilik air, dia mimpi ke apa pun tak tau... tetiba Tanya nak sahur ke mak... la... baru 2 jam tidor dia blh Tanya nk sahur... nak tergelak pun ada dgn kelaku anak dara sorg ni...
Bangun pkl 4am, siapkan lauk utk bersahur.. kepala tak ada idea.. so buat udang goreng kunyit + bunga kubis , ikan selar masak sambal. Walaupun jam pkl 5am, ATHIYYAH tetap berselera... Alhamdulillah.. senang betul jaga anak dara sorang ni...

PAGI ini aku rasa sangat bangga dgn anak ku... kecil2 dah pandai berniaga... ATHIYYAH jual tempeyek , cikgu order kat athiyyah 11 balang.. utk hari raya.
Sblm puasa athiyyah ada minta nak bawa tempeyek ke TADIKA.. dia kata nak bagi cikgu rasa..

Emak ni otak biz.
EMAK : Nanti kalau cikgu tanya tempeyek ni athiyyah beli kat mana.. ATHIYYAH bagi tau lah, mak saya jual tempeyek... kalau cikgu nak.. 1 bekas RM 12...

ATHIYYAH : OK nanti ATHIYYAH bg tau cikgu..

Baru 2 hari posa, dia bagi tau cikgu order 4 mak... biar betul anak ku ni....
Smlm balik kerja dia bagi tau lg.. mak cikgu nak tambah lg .. jadi 9 balang.. cikgu kata campur2...
Abah dah start confuse... betul ke anak ku ni ...
Akhirnya terjawab  persoalan difikiran kami... pg ni.. Cikgu Umi mesej... mengesahkan nak tempeyek 9 balang.

Anak ku mengikut jejak ku..
Berniaga bermula dari zaman persekolahan lagi, yang pasti anak ku lagi hebat kerana bermula dari tadika lg (umur 6thn)...
Aku mula berniaga start darjah 2.. jual aiskrim 10 sen,
KENANGAN yang tak mungkin dilupakan... setiap petang sblm masuk waktu asar, jalan keliling rumah kampong jual aiskrim.. ditangan pegang loceng.. mulut heboh dok panggil orang.. AISKRIM....AISKRIM...
Darjah 5 jual nasi lemak 30sen KAT SEKOLAH, takut pengawas marah sbb menjual, aku letak nasi lemak dalam beg.. buku aku pegang. sampai aje kelas, edarkan nasi lemak slp tu baru masukkan buku dalam beg.. itulah pengalaman aku.
Aku tak pernah menyesal dgn apa yang aku perolehi.. malah aku bangga aku melalui pengalaman yang mengajar aku menghargai wang dalam kehidupan..WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI KITA PERLUKAN WANG UNTUK KEHIDUPAN KITA, BIARLAH WANG BERADA DITANGAN.. BUKAN DI HATI....
Anak ku mula berniaga jual tempeyek sebalang RM 12.. wah... jauh berbeza zaman ATHIYYAH dengan EMAK. Emak harap ATHIYYAH tak malu berniaga, kelebihan berniaga ni memang banyak.. antaranya kita jadi orang yang minat pada matematik.. mak harap athiyyah akan pandai dalam matematik..
Malah mak harap athiyyah pandai mengurus kewangan athiyyah.. sebelum pandai berbelanja... athiyyah kena pandai cari duit...
Semoga anak emak Berjaya DUNIA DAN AKHIRAT..
Sekurang-kurangnya.. kalau lah mak tak ada di dunia ini di saat Athiyyah tak bersedia.. EMAK pasti anak emak boleh berdikari.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan