Khamis, 14 November 2013

Cuti Sekolah

Wah.. cuti sekolah sudah hampir.. apakah perancangan kekawan... Hajat di hati nak balik taiping.. sebab dh terpengaruh tgk gambar KAMALODGE.. macam cantik je... dok berangan nak mandi manda.. petang2 naik kuda... bestnya...kalau boleh realisasikan angan ku... tapi apakan daya poket tak berapa nak penuh.. so berangan aje lh..

lama rasanya tak mandi manda di kolam renang.. ni kalau athiyyah tengok mesti suka ...
Bayangkan bangun pagi2 mandi di kolam renang..

Tengahari Jalan2 cari makan
 
Petang2 pula naik kuda
mlm2 dok lepak kat taman tasik.. macam orang bercinta...
mesti best kan...
pasang angan aje lah dulu.. yang pasti dalam masa cuti sekolah ni.. angan2 ku akan aku realisasikan jua......
 
 

Selasa, 12 November 2013

Bijak Berbelanja

 

Hari ini merupakan hari ke 2 telefon kena block..
Sungguh tidak selesa bila telefon tak boleh nak call out.
jam di tangan menunjukkan pukul 1.30pm.. aku menuju ke ATM BSN dan cuba buat bayaran bil telefon yang tertunggak, kalau ikutkan bil RM650 tp abg kata kalau bayar RM 450 telefon dh boleh on..
so cuba lh buat bayaran RM 450 dahulu..
Sampai pkl 3.30pm telefon  masih belum blh digunakan..
Alamatnya esok kena bayar lg RM 200 lah ni...
 
Dalam memikir masalah kewangan.. mulalah terlintas dihatiku... untuk mencari ilmu berbelanja secara bijak..... kerana bila salah buat perancangan.. ini lah jadi.. naik pening kepala.. harap2 tak ada lh perkara buruk yg berlaku...
 
Bila suff internet, dapat 1 link tahun 2012 dr blog http://pokok2u.blogspot.com/ bila  baca blog ni... terasa dihati.. dan terus paste diblog sendiri.. supaya bila diri ini rasa tak sedar diri.. blh lah tgk blog sendiri dan nasihati diri sendiri.....
 
Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.
 
1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Seindah Nama mu.. Nur Athiyyah Syafiqah

Cahaya Pemberian Penyayang..

Keletihan bertugas 2 hari konvokesyen terubat dgn sikapmu yang penyayang. Semalam separuh badan rasa lenguh sangat.. tak tau lh apa yang silap makan.. sampaikan 2 hari tak ok.. Balik aje kerja singgah kedai beli lauk untuk masak malam, walaupun tangan sakit tapi demi anak dan suami aku akan gagahkan jua untuk masak. lagi pun kalau makan luar alamatnya terbang RM 20, tapi kalau masak baru RM 9 habis beli ikan, udang sikit dan sayur bayam.boleh lh sekali makan. Sampai rumah athiyyah minta izin nak main kat luar rumah, bukan tak mau nak bagi, tapi tengok cuaca macam nak hujan. so aku buat helah minta tolong athiyyah sapu sampah kat luar rumah.tanpa bantahan. athiyyah sapu sampah dan kemas rumah.. Alhamdulillah.. sejuk mata memandang.. bila tgk dia sapu sampah, susun kasut.. walaupun baru 5 tahun.. kira dh boleh tolong emak.. terima kasih sayang....
Athiyyah memang anak yang sangat menyayangi emak dan abah..
I love u more.

Sebagai upah.. tidor malam pakai baju princess.. suka betul ya... walau pun panas.. tp tetap senyum..

Khamis, 24 Oktober 2013

Sasaran 2013

Awal tahun 2013

Sekejap aje masa berlalu.. Awal tahun nekad hendak turunkan berat badan... So.. Hari raya Berat badan Berjaya diturunkan dr 55kg ke 48kg... Tapi kalau tgk gambar tidak lah Nampak ketara sangat perubahan.. Tapi bila ramai yang tegur aku dah kurus.. baru lh sedar.. memang ada perubahan dan aku Berjaya turunkan berat badan ku dgn ALSDII.
 


Berat Badan dah Berjaya turunkan, tapi wajah pula penuh berjerawat. Sejak mukaku penuh dengan jerawat aku jadi tidak suka bersiap.. pakai apa pun tak blh nak tutup jerawat yang penuh kat muka..
Tapi sekarang jerawat dah hilang.. malah ramai yang tegur muka ku cerah, dan ingin mengetahui apakah produk yang aku guna...  yang pasti sekarang ni aku guna Pencuci muka SABUN SUSU BERAS bersama bedak sejuk TANAKA .. mungkinkah keberkesanan produk ini yang membuatkan wajah ku cerah dan jerawat pun sudah hilang...

ketika ini jerawat makin naik, walaupun bedak tebal... tp dalam gambar memang tak Nampak..
Sekarang guna sabun susu beras untuk cuci muka dan badan...
Malam pakai bedak tanaka.. pilihan ku warna putih.. bau bunga melur.. harum aje.. pakai bedak ini malam2 suami tgk Nampak gebu.. tidak lah mcm pakai bedak sejuk biasa.. Sbb kalau bedak sejuk biasa rupa mcm puntianak.. tp kalau bedak tanaka ni comel aje dah rupa macam pakai bedak compact.. tak kan kat luar gebu dgn bedak compact kat rumah nak macam puntianak... kalau malam pakai bedak compact alamatnya jerawat naik balik lh....mengapa aku suka bedak tanaka... yang pasti wajah ku jadi bertambah gebu dan baunya harum ...baru guna 5 hari.. tapi rasa sangat teruja.. so selepas ni aku blh jadi ajen jual bedak sejuk pula...

 
Selepas ni projek awet muda pula....
Nak cari yang murah2 aje... setakat ni bajet pencuci muka dan bedak sejuk sebulan RM 20.
Bila dapat barang yang murah.. boleh lah kongsi dengan kekawan.. sama2 cantik, sama2 jimat duit.
 

Ahad, 20 Oktober 2013

SUNGGUH TERASA ERTI Aidil Adha TAHUN INI...

PENGERTIAN SEBUAH PENGORBANAN...
PENGERTIAN SEBUAH KEREDHAAN
AMAT DIRASAI

Minggu ini penuh dengan kisah...
dan akhirnya kami di tutup dengan kisah sedih.. pemergian seorang insan yang sangat baik..
10 tahun aku mengenalinya... dia seorang yang kuat semangat.


Buat Along.. Milah ucapkan takziah.. semoga along tabah dgn dugaan yang datang. 6 tahun yang lepas along diuji dgn pemergian anak perempuan along. Tahun ini along sekali lagi diuji dengan pemergian suami yang tercinta...
Milah kagum dengan kekuatan Along..
Sesungguhnya Allah menguji Along kerana along boleh menghadapi ujian ini,
Berikanlah ruang dan masa untuk along tenangkan diri.. tentang QASEH ZARA AISYAH.. along jangan risau... kami sekeluarga akan memberi kasih sayang kami kepada dia..

Tiada kata-kata yang boleh aku ungkapkan... berat mata ku memandang, berat lagi bahu mu memikul...

Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua... kasih sayang seorang Abang...yang sentiasa memberi tanpa mengharap balasan. Semoga engkau tenang di SANA.

AL-FATIHAH BUAT MOHD SHARIF JOHARI.

Khamis, 10 Oktober 2013

Aktiviti mak & anak (abah kursus)


Seronok betul  sekarang ni , hari2 boleh balik awal.. sebab kelas degree sampai pukul 5 sahaja. Semalam balik cadang nak bawa athiyyah makan aiskrim.. tapi bila tengok dia balik sekolah asyik garu kepala aje.. mula  lh geram.. Bila sampai aje taska… Tanya athiyyah nak gunting rambut tak? Dia punyalah suka…

So pi salon dekat dengan rumah .. Hebatkan Budak2 sekarang.. gunting rambut kat salon.. ya lah mak dah kerja.. untuk sapa lg kalau tak untuk anak…

 menunggu giliran utk gunting rambut  1 1/2 jam…. Gunting rambut tak sampai 30 minit dh siap… Punya lh bosan menunggu.. so pi kedai beli air kotak… minum dulu bagi hilang dahaga..

Ok masa yang ditunggu2… athiyyah boleh gunting rambut.. gaya paling ringkas dan mudah…. Harga ok…  RM 6.. kira murah lah kan..masuk salon tu…

 


Suka betul dia.. Tak sabar nak tunjuk kat ABAH… SURPRISE…

Esok balik kampong..  tok dan mak ngah siti hawa  tengok sure berletiaq sakan kat mak ni… Diorg ni suka sangat rambut athiyyah yg panjang.. masalahnya susah nak urus.. dah lah jenis cepat berpeluh… bila dh berpeluh mula lh sana garu..sini garu.. naik rimas tengok.. dh rupa mcm ada kutu pula…
Nak bergambar.. tp binatang kesukaan tak dilepaskan... nak bela binatang betul tak boleh... so anak patung aje lh... kucing tu dh 5 thn usianya.. masih elok walaupun sentiasa kena basuh...

Rabu, 9 Oktober 2013

BINATANG KESUKAAN ANAK KU..



Hari Sabtu n Ahad (5oct &60ct) aku kerja.. jaga student 1CITIZEN (exam + kelas).. nak cari duit lebih... ya lah cadang2 nk ada 10K hujung tahun ni.. sbb nk proseskan Tanah getah. Tanah dah beli lama tapi tak sempat nk usahakan. Ni berusaha keras utk tidak berbelanja sakan.. setakat ni dapat lh simpan 1K baru.. Semoga usahaku Berjaya.. Ni dalam proses nak beli Tanah baru.. Tanah lama jual sbb terlalu jauh untuk diusahakan.. malah memerlukan modal besar untuk usahakan.. Oleh kerana hari2 kerja... hari sabtu.. balik kerja pkl 2.30pm aku buat mee bandung.. pkl 4pm Baru boleh makan Mee bandung.. ni kira2 mkn tghari + dinner. Pkl 6ptg kami ke UTP.. beriadah.. supaya anak n abah tak lah bosan sangat.. asyik terperuk kat rumah.. Mlm pkl 8.30pm AKU DAN SUAMI  makan ROTI BAKAR TELUR, MY DAUGHTER MAKAN NASI AYAM...

pagi Ahad (6 Oct 2013) jadi ibu yang mithali...konon... aku masak nasi lemak + sambal tumis + ayam goreng celup tepung, mula2 cdg siap nk buat kangkung goreng.. tapi dah tak larat sangat.. tak jadi nk buat sayur... My husband selesai mandi.. cadang nk keluar beli sarapan... masuk dapur tengok isteri masak nasi lemak.. senyum sampai telinga... suka betul my husband...Ya lah kita sayang suami... walau sibuk macam mana pun kena lh masak.. itu aje tanda kasih saying yang boleh kita tunjuk tanpa memerlukan duit.... Lagipun My husband and My Daughter memang suka kalau aku masak.. siap puji lagi... Pkl 5pm masih belum selesai jaga exam.. kesian kat my Husband n My daughter... makan nasi lemak dari pg sampai tghari...tp diorang ni jenis tak kisah... asalkan AKU masak.... My Brother call pkl 4pm dia post tempeyek melalui bas.. Anggaran pkl 8.45pm sampai...
Sampai Rumah 6.20pm... Sembahyang asar.. mandi siap2 tunggu maghrib n bergerak ke stesyen Bas Maidin untuk ambil tempeyek yang ditempah... Kali ni ambil tempeyek yang mana order aje...
Sampai kat stesyen bas athiyya terus Nampak gajah... wah... suka betul dia.. tgk lah wajahnya yang ceria..
Athiyyah syok main gajah ... Emak dan Abah duduk kat kerusi.. mengurut... tapi kerusi ni tak best.. Selesai mengurut.. athiyyah ajak pi kedai ROTIBOY.. Nampak menarik kedai ni...Athiyyah siap nak minum kat situ... rasanya bukan dia nak makan roti sangat pun.. so Mak buat keputusan beli kek aje.. Tengok ATHIYYAH MAKAN CHEESE CAKE MACAM nak muntah... so mak juga lah yg kena habiskan...
Hari Rabu & Khamis Abah ada Kursus di KL. Athiyyah terdengar mak bersembang dengan kawan, yang abah nak pi kursus.. terkejut lh dia... elok malam.. dia siap cakap rasa nak demam.. mak yang masih keletihan minta maaf sebab tak masak.. so kita makan kat luar... Athiyyah dah start tak mau berenggang dengan abah...Lawak betul lah anak dara ni.. macam lah abah tu nak pi kursus sebulan...
Selasa (8 oct 2013) Abah call athiyyah.. dalam dok sembang2 dia boleh request suruh abah beli gajah... abah baru pi blm balik athiyyah sudah rindu sangat2..
Pg Rabu... muka athiyyah Nampak sangat rindu abah..so buat tak layan aje...mlm2 abah call dia minta gajah... Aduhhhh my DAUGHTER.... KALAU LAH ADA GAJAH BESAR...MEMANG MAK BELIKAN ... SUPAYA ATHIYYAH PUAS PELUK GAJAH.....

HARAP2 ABAH BELI LAH GAJAH UNTUK ATHIYYAH... KALAU TIDAK SURE SEDIH INI BUDAK....