Selasa, 17 Januari 2012

HARI KE-3 UTK MINGGU KE 3 ATHIYYAH DI TADIKA

Sekarang athiyyah balik sekolah aku akan tengok buku latihan.
Konon nak jadi emak yang perihatin, tapi aku gagal melawan kemarahanku.
Aku tidak cukup sabar untuk mengajarnya belajar menulis.

Ya Allah, ampunkalah dosaku.
Aku jadi bingung, adakah aku marah anak ku untuk mengajarnya atau aku melepaskan kemarahan ku padanya
kerana aku dlm keadaan tertekan.

Wahai anak ku, maafkan mak ya sayang. Emak tidak boleh melawan emosi emak.
Mak akan berusaha mengawal emosi mak, supaya anak emak rajin belajar dan sentiasa dalam ketenangan.

Mak akan berusaha membuang segala masalah emak.
Biar lah org kata emak jahat. Tapi emak tahu, emak tak pernah niat hendak dengki dgn orang.
Biarlah org tidak suka cara kerja emak, tapi emak akan berusaha melakukan pekerjaan dengan keredhaan ALLAH.

Wahai anakku janganlah kau bersedih, mak akan berusaha mendidik dan memelihara mu dgn sepenuh kasih sayang.

Nur Athiyyah Syafiqah kau lah cahaya pemberian ALLAH buat mak,
anugerah yang ALLAH beri.

Ya ALLAH ampunkanlah dosaku.
Andai aku ada melakukan kesilapan terhadap kawan2 kau berikan lah aku petunjuk, supaya aku dapat menyelesaikan masalah yang melanda diriku.
Ya ALLAH kau bukakan lah hati kawan2 ku
supaya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada ku,
supaya mereka merasa puas dan tidak menyimpan perasaan dendam
Ya ALLAH aku ampunkan dosa kawan2 ku sekiranya mereka benci kepada ku
Ya ALLAH ku kau limpah ruahkan lah kasih sayang kami.
Ya ALLAH jangan lah kau jadikan aku seorang yang PENDENDAM.
Hilangkan lah rasa sedih dan kelukaan dihatiku ini.

Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan