
2 Jan 2012
Rambut baru athiyyah. Ini persediaan untuk ke sekolah. Athiyyah hari2 minta gunting rambut. Ikutkan aku tak sanggup nak gunting rambut dia. Sebab suka ikat rambut dia, tapi Athiyyah nak sangat rambut pendek terpaksa lh gunting. Ni mak ngah n tok tak tgk lagi, kalau diorg tengok mesti diorg bising.
Lagipun rambut pendek senang nak urus.
Bangun pagi selepas mandi sikat rambut dan pakai tudung.
tak payah nak berkejaran lagi.
4 Jan 2012 (Rabu)
Hari ini hari pertama Athiyyah ke Tadika Seni Mentari
Aku pula yang rasa berdebar2.
Yang pasti Athiyyah memang bersemangat hendak pergi sekolah.
Sekali aje Abah panggil Athiyyah dah bangun.
Baju pun dah pandai pakai sendiri.
Tengok lah muka Athiyyah yang teruja nak menjejak kaki di Tadika Seni Mentari.


Athiyyah di dalam kelas.
Budak depan Athiyyah tu suka dok tunjuk tanah liat yang dah siap dia buat.
Ada si kumbang dh cuba nak memikat.... hahahahaa..
Aiman jangan tension Athiyyah ada, Agaknya itulah yang cuba dipujuk, sebab tengok muka aiman mcm tension aje...
Seronok tgk gelagat kanak2 di awal persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan