Rabu, 8 Februari 2012

CUTI MAULUD NABI 5 FEB 2012



Sudah lama tak update blog.

Terasa rindu pula nak bercerita. Kali ni aku nak bercerita tentang Aktiviti Percutian.

Dulu kalau balik kampung asyik dok dirumah, aktiviti yang dilakukan masak, basuh baju dan kemas rumah. Tapi mulai Disember 2011, Aku 'request' kat mak supaya adakan sesuatu aktiviti luar. Tahun lepas bln 12 aku pergi berkelah dan berjalan2 diperlis.

Ok lah skrg nk buka lembaran baru. Supaya kehidupan aku akan bertambah ceria disamping keluarga tersayang.

Ini gambar Athiyyah yang terlalu seronok kerana dapat pergi sekolah, almaklumlah cuti 4 hari + 1 hari tidak sihat= 5 hari tidak ke sekolah. Dia minta abah tangkap gambar depan sekolah.


Pada 6 Feb 2012 (Isnin)

Hari ini aktiviti memang padat.

9am pergi perlis, sebelum bergerak ke perlis, kami makan nasi remuni + sambal tumis ikan bilis + ayam masak merah, emmm sedapnya.... kalau tak fikir pasal berat badan mau aku makan sampai 2 bungkus.

3pm pi rumah kakak sepupu kakak ipar untuk ambil tempeyek...

6pm Acara di Padang Golf Kedah Darulaman.

Sudah lama tak jogging kat sini. Memang meriah dan best jogging kat sini. Suasana kat sini memang sesuai buat aktiviti keluarga. Athiyyah dgn sepupunya ( Muhammad Firdaus - 9 thn) tengok lebih kurang tinggi diorg ni.

Athiyyah tension layang-layang dia terbang tak tinggi macam orang lain.

Ya lah Abah beli layang2 RM 1. Mana boleh terbang tinggi. tali dia pendek.

Athiyyah merajuk dan mengadu dgn emak. Mak kata kalau athiyyah sudah pandai main, lain kali kita datang lg dan beli layang2 besar punyaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Tengok muka orang tension, dapat layang2 tp tak blh terbang tinggi.

Sabar ya sayang... Nanti mak beli kita main dgn Pak long.


4 Feb 2012 (Sabtu)

Pergi kenduri Najwa.

Tengok lah gelagat anak dara ku ... nak pakai tudung mcm mak juga.

Tersenyum simpul konon2 comel lh tu... (ya anak mak memang comel pun)

Tahniah najwa... Semoga berbahagia dan kekal abadi. Silap tak tangkap gambar guna SLR kalau tak lagi best.



Apa lagi yang nak celoteh... dah tak ada idea.


Yang pasti Sekarang memang best... hujung minggu percutian bersama keluarga.



























Aku pergi kenduri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan