Ahad, 19 Februari 2012

Kemalangan Yang tak diduga...

17 Febuari 2012 (Jumaat)
Hari ni kalau ikutkan hari yg mengembirakan.
Selepas habis kerja.. Bawa Athiyyah pi jogging, ya lah sekarang ni saya tengah semangat nak pastikan BMI dalam keadaan seimbang, dalam erti kata lain tengah nekad nak turunkan berat badan dan target berat badan tahun ni 45kg... Boleh ke???
Athiyyah pun kalau ikutkan BMI tahap genting juga tu... walaupun belum masuk kategori obesiti, tapi saya kena pastikan dia sihat dan seimbang. Athiyyah kan anak kesayangan emak.
Setelah penat jogging athiyyah main buai dan kuda di padang permainan di UTP
Tengok jam dah pukul 7pm.. Masa untuk balik sembahyang maghrib.. sebelum sampai rumah, singgah kedai beli nasi goreng dan koteaw goreng.

Seperti biasa laksa yang asal ibu ita beli untuk emak menjadi santapan athiyyah... Ya lah makanan kegemaran athiyyah, kalau mak yang makan pasti athiyyah sedih dan merajuk. Jadi mak mengalah aje lh... Mak makan koteaw goreng.
Sekarang masa untuk mandi.
Ketika ini kejadian yang tidak disangka, athiyyah terjatuh ketika duduk atas jamban (duduk) dan terkena pemegang berus, menyebabkan kemaluan athiyyah berdarah..
Mak jadi panik dan hampir pitam, mana tidaknya kawasan yang paling berharga bagi wanita, tercedera.. apa akan jadi nanti bila dia dh besar.
pkl 9.15 pm pi klinik azhar.. dan kebetulan doktor lelaki. dia tengok tapi dia minta rujuk ke pakar sakit puan takut sesuatu yang membahayakan.

pkl 10.30 bertolak ke KPJ Ipoh. Doktor (standby) tengok tapi ketika itu sudah tiada darah yang keluar.
Anak mak sungguh bijak dan semangat waja, tidak menunjukkan kesakitan. Walaupun hakikatnya dia sakit, doktor tersebut mengatakan dia tidak dapat memberi keputusan dan menghubungi doktor pakar sakit puan.
Untuk kepastian, Kami tunggu doktor pakar sakit puan datang,
ketika ini jam dah menunjukkan pkl 12.30pm, hati ini gelisah tuhan aje yang ketahui. Doktor pakar datang dan tengok kawasan sulit athiyyah, doktor tersebut mengatakan tiada apa2 masalah. Pada ketika itu saya bersyukur sangat, walaupun dalam masa yang sama tertanya2 juga kenapa keluar darah. Tapi mulut ini tidak lah pula tanya apa2, mungkin ketika itu memang saya hendak pastikan anak saya sihat atau saya sebenarnya takut untuk mendengar berita yang boleh menyebabkan saya menangis.
Sementara menunggu bil, abah tolak athiyyah jalan2 sekitar hospital. Abah memang tabah, ini lah orang kata, orang lelaki tak akan tunjuk kesedihan padahal mereka sama macam kita.
Apa pun mak berterima kasih kepada anak kesayangan mak, Mak minta maaf jika mak terkasar bahasa dengan athiyyah.
Emak harap selepas ini athiyyah duduk elok2.
Athiyyah jadi anak solehah ok.
I LOVE U SO MUCH MY DEAR... NUR ATHIYYAH SYAFIQAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan