Rabu, 15 Februari 2012

Seronok Baca blog

Hari ini member saya bagi 1 blog (hilma-mujahidahsolehah.blogspot), tersentuh sungguh bila membaca.
Banyak kisahnya mengajar saya supaya saya lebih bersabar. Selepas ini jika saya rasa "down" pasti blog ini akan menjadi tatapan rohani dan minda.

Sebenarnya niat dihati hari ini nak cerita keseronokan masakan semlm. Tapi oleh kerana gambar masih blm upload, terbatal lah niat nak berkongsi rasa.

Hari ini apa yang hendak saya cerita adalah mengenai ilmu yg kita perolehi setelah kita menonton tv.
Sekarang susah kita nak dapat cerita yg boleh menjadi panduan kehidupan untuk anak2 kita. Dalam erti kata lain santapan rohani utk anak2 yg berusia 4 thn - 6thn, di mana pada ketika ini mereka dlm proses mempelajari sesuatu.
Tapi baru-baru ini saya ada menonton ASTRO (channel 105) cerita bertajuk MENGAPA AKU MENCURI kalau tak salah tajuknya, dah terlupa sbb sudah lebih seminggu tengok.
Pengajaran yang saya dapat dalam cerita ini adalah tentang kehidupan kita sebagai seorang jiran, saudara dan juga orang sekeliling. Mengapa kita sering menghukum orang yang buat salah, tapi kita tak pernah nak bimbing mereka sebelum mereka mereka melakukan kesalahan.
Bila saya renung kembali kehidupan saya... memang sukar untuk kita melaksana kerana saya bukan insan yang baik, tapi jika saya dapat membetulkan dan menunjukkan arah yang betul mungkin saya insan yang baik.
Tapi saya bertanya kembali kepada diri saya, bagaimanakah cara saya hendak membimbing orang itu supaya ia tidak melakukan kesilapan.
Persoalan ini masih berlegar dikepala saya, mungkin suatu masa nanti saya akan mendapat panduan untuk masalah yang saya hadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan