Selasa, 22 Januari 2013

Menu makan adap..


Cuti Raya Cina adik sepupuku akan kahwin..
Permintaan Mak Tam minta kami masak untuk makanan pengantin..
Aduhhhh pening juga lh nk memikir nk masak apa untuk pengantin...
Abg dia mcm nak buat masakan ala2 chiness food...

Tetiba dapat idea nk buat "Butter Prawn"
Walaupun tak pernah makan dan tak pernah buat...
So operasi mencari resepi...
Rupanya mcm2 cara tp aku buat yg paling mudah.. dan hasilnya menyelerakan..

Bahan2
14 ekor udang bersaiz sederhana
- basuh, buang kepala, ptg belakang kulit tak buang
- perap dgn garam + kunyit + pati ayam + 2 sudu tepung serbaguna
- goreng sehingga kulit bertukar warna dan taburkan daun kari, sudah ada bau angkat masukkan ke dalam piring.
persiapan telur
- 2 biji kuning telur ( rasanya kalau 14 ekor udang telur 1 biji dh cukup) - dipukul sehingga sebati ( sekiranya nampak pekat sgt masukkan putih telur sedikit - dlm 3 sudu mkn, kacau sehingga sebati)
- minyak goreng udang td biarkan dlm sukatan 1/2 cawan + 2 sudu mkn planta -panaskan
- bila minyak dah panas masukkan telur kuning yg telah,
- cadangan guna acuan roti jala, tapi aku semlm pakai penapis aje...
-part ni susah sikit...
dalam masa tuang telur dlm kuali, pastikan SATU tangan lg kacau guna garfu utk telur itu tidak melekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan