Khamis, 31 Januari 2013

SETIA HUJUNG NYAWA


Mula2 citer ni start tak ada lh minat sangat.. tp sekarang ni kira rasa angau pula bila tgk cerita ni...
Pada aku cerita ini best kerana semua watak dalam citer ni bukan sekadar sampingan.. semua watak menonjol.
Ok kita citer watak suami isteri (Er dan Zain)
- Sebagai perempuan aku simpati dgn nasib Er... tapi aku rasa Zain tidak lah zalim mana pun.. cuma dia tidak dapat terima hakikat dia dijadikan "Pak sanggup". Kita sebagai isteri seharusnya pandai mengoda suami.. ni tidak kita layan perasan rajuk kita... Tapi ini lah asam garam perkahwinan.. Kalau hendak ikatan perkahwinan berkekalan dengan penuh ketenangan kita harus mencari jalan penyelesaian dan bukannya menceritakan masalah kita kepada kawan....

Dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. peranan KAWAN memang penting... ada kawan yang memang niat nak tolong... tapi ada kawan yang nak makan kawan. Malah dia rasa gembira bila kita kecewa. Dalam hubungan suami isteri kita tidak seharusnya ceritakan kepada orang tentang aib suami atau isteri kita. Bagi aku cerita SETIA HUJUNG NYAWA ni banyak mengajar aku.. erti sebuah perhubungan suami isteri. Dalam masa dok menonton cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. ku selitkan juga gurauan... bersama suami tersayang.. isteri ni sukakan SUPRISE dan malu untuk luahkan perasaan... almaklumlah sifat semulajadi wanita..kita memang idamkan suami selalu luahkan kata2 romantik.. tp kita sebagai isteri juga harus faham bahawa suami kita tidak pandai berbicara cinta tp dari perbuatannya kita cubalah fahami rasa hatinya.

Aku rasa bersyukur sangat Allah kurniakan SUAMI yang sentiasa memahami dan menyokong aku dalam apa jua keadaan. Walaupun kami di Uji tapi aku lebih merasa bahawa Ujian ini adalah satu ANUGERAH ..

Cerita SETIA HUJUNG NYAWA juga menceritakan tentang pengorbanan dan juga kasih sayang seorang ibu, yang sanggup buat apa saja demi anaknya.. walaupun anaknya melukakan hatinya... dia sentiasa memaafkan.. Hati EMAK mana tidak terlupa bila dia tahu anaknya mengandung tanpa berkahwin.... dia tutup aib anaknya sehinggakan suaminya sendiri tidak tahu.......

Ok lah dah nak balik kerja dah... esok aku nak layan lagi rasa angau ni dlm Blog...

Yang pasti sekarang perasaan CINTA MAKIN MEMBUAK2....

I LOVE U KANDA...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan