Isnin, 3 Mac 2014

Pressure Cooker

Wah.. dah lama tak bersiaran di Blog ni....
Hari ni nak cerita bagaimana aku terjebak membeli Barang tanpa berfikir panjang...
Ketika aku dalam keadaan tertekan sangat dan tidak tahu membuat keputusan.. dan perasaan bosan dan tak tahu nak sembang dengan siapa.. so aku pun bukalah FACEBOOK.. teman bebicara tanpa rupa... pada ketika itu aku melihat 1 iklan mengenai periuk PRESSURE COOKER.

Tertiba hatiku berbunga2... sebenarnya memang dah lama teringin nak beli pressure cooker, tapi hati tak sepenuhnya terbuka... kerana pressure cooker yang mak guna macam bahaya je...
Pressure Cooker yang kawan ku guna mcm friendly sgt..

Aku sangat terpengaruh bila ada yg kata blh masak bihun goreng 2 minit guna Pressure Cooker...
Wah hebatnya...
Mesti orang rasa pelik dgn perangai ku... masak bihun goreng pun rasa hebat...
Aku rasa hebat sangat sbb aku memang tak reti masak bihun goreng.. sedangkan aku suka makan bihun goreng, anak pun sangat suka makan bihun goreng...

Walaupun PRESSURE COOKER YANG AKU BELI MAHAL BERGANDA2 DARI PERIUK YANG MAK AKU MILIKI... tapi aku rasa mcm berbaloi2...Setakat hari ini dah 5 kali aku guna periuk PRESSURE COOKER.
1) MASAK NASI GORENG (Hi-PC) 7 MINIT - 2 KALI MASAK
2) MASAK BIHUN GORENG 2 MINIT(STEAM) - TAPI AKU BUAT 6 MINIT.. 2 KALI MASAK
3) SUP TULANG ( Hi-PC) 35 MINIT - DAGING FROZEN

Kelebihan pressure cooker adalah  Mempecepatkan proses memasak terutamanya jika kita hendak memasak daging , tulang atau ayam pencen..

Periuk yang aku miliki bukan sekadar pressure cooker .. tapi lebih kepada multicook..
mungkin kebanyakan orang anggap 1 pembaziran.. tapi kepuasan aku sebagai pengguna memang sukar dijelaskan..
Selepas ni nak cuba buat kek kukus guna PRESSURE COOKER.. SEMOGA BERJAYA...

WALAUPUN DUIT DAH HABIS.. TAPI YANG PASTI TEKANAN PERASAAN KU JUGA DAH HABIS.. SBB AKU DAH MASUKKAN SEMUA MASALAH KU DALAM PRESSURE COOKER...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan