Rabu, 28 Julai 2010

Ceramah Ohhh Ceramah




Ini Sup Kelapa Ikan Milah



7.59am check email, nama naik untuk dengar ceramah pasal Isu Keselamatan Semasa dan Akta 174. kalau ikutkan perancangan awal, pendaftaran 8.30am, so cdg nk pi dlm pkl 8.15am. So aku pun baca lah email yg lain, tetiba perasan email ralat..... rupanya ceramah tu bermula pkl 8.am. Kalut lah aku, mn nk maklumkan kat pensyarah n kat rakan yg nk cover.
Nasib baik lah hari ni aku puasa.
Puasa aku tinggal 2 hari lg....

Ni jam baru pkl 3.30pm, kepala dh memikirkan apa nk makan buka puasa.
Apa tidaknya td suami ku mkn nasi dgn sotong masak kicap yg aku masak pagi td.
Dugaan org puasa, semua benda nampak sedap.
Ni kepala tgh berangan nk masak Sup Ikan

Resepi Sup Ikan

1kg ikan jenahak atau ikan merah 1.5cm kulit kayu manis n halia
600gm kentang 60gm suhun
10 labu bwg merah 6 ulas bwg putih
1 sudu teh ketumbar biji 1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba 5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang 1 keping asam gelugur
1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang
1 sudu besar minyak


cara masak ikut resepi yg diberi memang menyusahkan.
so mungkin aku buat cara aku......
agak2 kalau aku masukan carot n bunga kubis ada nk sedap ya....
Athiyyah suka sgt carot, aku pula suka bunga kubis.....
Apa2 pun aku akan mencuba petang ini.
kalau blh boleh resepi ini semua dlm 1, sayuran n sup ikan...
Sebenarnya aku ni malas nk masak 2 or 3 lauk...

Klau menjdi
esok aku update blog ini dgn gambar resepi sup ikan aku.....

Isnin, 26 Julai 2010

Fasilitator

Tarikh : 18/Julai/2010, merupakan tarikh yg tak mungkin aku lupakan.
Ini adalah pengalaman pertama kali aku menjadi fasilitator untuk program pembangunan pelajar,
hari tersebut aku mengajar pelajar semester 3, modul ini berkenaan minit mesyuarat.
Dari pengalaman rakan2 yg lain, modul ini sungguh membosankan.
Ini membuatkan aku rasa berdebar2,
Tapi setelah aku mula suai kenal dgn pelajar, aku rasa selesa sgt.
Sesi aku mengajar aku rasa seronok.
Aktiviti yg aku suruh diorg lakukan, aku suruh diorg tubuhkan sykt n diorg berlakon seolah2 tgh bermesyuarat utk adakan program. Program tu diorg fikirkan. 3pm diorg buat presetation berkenaan program yg diorg rancangkan dn diorg kena citer tentang perancangan kewangan, sumber diorg dpt kewangan dan perancangan perbelanjaaan.
Tarikh : 24 Julai 2010, ini pengalaman ke 2 jd fasi. tapi aku rasa sesi ini lg mendebarkan, kerana aku mengajar pelajar semester 5 n 6. Modul ini berkenaan persediaan pelajar untuk menghadapi sesi temuduga. Punya lah berdebar hingga aku salah masuk kelas, sepatutnya kelas aku AC024 tp aku masuk AC026. Bila aku edarkan kedatangan tetiba pelajar kata nama dia tk ada
bila aku tgk no bilik, baru aku perasan aku salah bilik.......kahhhhh....... malunyaaaaaaaaaaaaaaa...
Tapi bila masuk bilik AC024 aku buat mcm tak ada apa2 berlaku
pada hal muka ni malu bagai nak gilerrrrrrrrr.....
Teknik aku menarik perhatian pelajar....
Aktiviti pertama, ikut modul minta pelajar lukis gambar muka guna tangan bukan kebiasaan digunakan. selepas itu kekawan akan menjejaki insan tersebut. so 3 org yg berjaya mengenal insan tersebut aku suruh ambil biodata insan tersebut, dlm masa itu aku suruh diorg ambil tarikh lahir insan tersebut. janggggg2 Ini lah masa aku nk jadi ahli nujum. Sebenarnya aku praktikkan ilmu yg aku dpt masa aku pi kursus Dr. Azizan.
So sepanjang sesi ini bermula aku penuh keyakinan kerana pelajar dh mula berminat bila aku bercakap...
Cuma ada 2 org yg masih tk dpt aku ubah kerana seorg tu tak sihat, yg seorg lagi tu dok ingat kat bapa dia..... ( bapa baru balik dr cina, so tk sabar nk jumpa).....

Sekian lah citer pasal pengalaman aku............................... menjadi seorang FASILITATOR 3

Rabu, 7 Julai 2010

Julai 2010

Awal semester bermula sungguh meletihkan.
Nasib baik lah lecturer yang guna makmal blh dikatakan aku kenal.
Kira-kira kalau sibuk kat tempat user tak ada lah sangat masalah.

Minggu ni aku dapat puasa 2 hari. Seronok sangat, bermakna tinggal 3 hari lagi aku nak ganti.
harap2 dapat lah ganti habis.

Hari ni kalau ikutkan ada appointment dengan pensyarah, tapi dari tadi call pensyarahnya tk berangkat phone.
Ikutkan hati malas nk pi Bangunan FSSR time puasa ni.
Banyak berjalan mulalah letih, nak pula dh lama tk puasa.
Badan tk tahan lasak.

Ahad, 27 Jun 2010

Aktiviti Hujung Bulan JUN 2010



Aktiviti awal semester bermula, aktiviti ini bermula 7.30am sehingga 7.15mlm

Staf BSMB dipecah 2 kumpulan.

kump1 : majoriti lelaki

kump2 : majoriti perempuan, lelaki 4 org aje


Walaupun kerjanya membosankan, tapi aku terhibur dengan kerenah rakan2 setugas.

Yang paling best kak rita bawa kek, habis licin, aku sempat rasa sepotong aje, habis tu org lain asyik dok ronda n makan macam mn nk pulun makan.

Sebelah petang kak ita pula bawa cucur jemput pisang, punya lah sedap.....


Buat kerja sambil mkn memang lah tk terasa sgt.

Tapi yg tension kena kerja sampai pkl 7mlm

itu yg bosan.

Seharian duduk. Lutut aku ni sakit tak mau nk lega, rasanya mcm tak ada air kat lutut ni.

















Jumaat, 25 Jun 2010

Minggu Akhir Cuti Semester

Sudah lama tak layan blog,
Tinggal 2 minggu lagi student dah nak start kuliah,
Persiapan rumah sewa dh hampir siap, sekarang ni tengah tunggu tilam dr kedai aje.
Hujung minggu ni kena kerja.
aduhhhhhhhhh tension

Kesibukan bekerja
Start hari Isnin (21 Jun 2010) sibuk di makmal komputer. Sibuk buat Ghost, semua ini aku lakukan supaya start aje kuliah aku tak lah pening kepala.

Semester Julai - November 2010 rasanya aku akan sibuk sangat, sebab sekarang aku terlibat dengan KIK

KIK ohhh KIK, setakat ni tak nampak progress yg memberangsangkan.

Apapun aku akan berusaha juga buat.

Puasa Ganti.
hari ni aku ganti puasa, bermakna tinggal lg 5 hari aku kena ganti.

Rabu, 16 Jun 2010

Sulaman impian

Wah cantiknya Sulam Bukit Tinggi.
Aku dah cuba buat design bunga ni, tapi tak berjaya. Sungguh kecewa.

Ingat kalau berjaya nak lah buat kat baju baru ambil minggu lepas (kurung moden- hitam). pelbagai cara aku cuba setakat ni tak berjaya.
Tapi aku rasa kalau aku boleh buat pun mahu sehelai baju aku buat tahun depan baru siap, sehelai tudung aku buat pun ambil masa sampai 2 minggu baru siap. Tapi apa2 pun aku dh tempah sehelai baju sulam reben, kira raya ni glomour lah.

Itu pun kalau badan aku tak naik.

Yang pasti baju baru, tetap aku akan buat sulam benang.
Cuma design bunga besar ni lain sikit lah.

Rasanya design bunga ala matahari kot yg aku boleh buat. Aku harap hari minggu ni sudah boleh mula buat.
Semoga Impian ku menjadi kenyataan

Selasa, 4 Mei 2010

Sulaman benang -new (tudung)

Ini projek terbaru sulaman benang.
Baru cuba jahit kat tudung.
Ok ke kombinasi colour.
So kalau kekawan nk tengok hasil sepenuhnya, kena lah tunggu 2 minggu lg. Jahit sulam benang ni lambat. Tapi aku suka sgt. Walaupun tak secantik yg jual kat kedai, tapi puas hati kerana hasil kerja sendiri.

Sebenarnya teringin nk buat biz sulaman. Tapi tk pasti ada ke org nk tempah. Apa2 pun tak sabar rasanya nk buat bg siap tudung ni.

ok tunggu 2 minggu lg I tunjuk hasil sepenuhnya