Selasa, 10 Januari 2012

HARI KE 6 ATHIYYAH DI TADIKA SENI MENTARI

Selasa 10 Jan 2012
Balik kerja ambil athiyyah, Pengasuh kata athiyyah seronok buat kerja sekolah.
Wah anak emak dah ada kerja sekolah ya.
So tgk buku latihan dia, dia dh belajar tulis no 1
No 2 tk reti lg.
So emak kena bertindak jadi cikgu.
1) pegang tangan athiyyah utk cuba tulis no 2.
2) slp tu suruh dia tulis
- dia kata tak reti
3) tulis kat whiteboard
- pegang tangan dia dan cuba tulis
- bila suruh buat sendiri
- dia jawab tak reti
4) ambil kertas emak buat garisan dan athiyyah sambung
- so dia boleh ikut
- tapi masih lg tk boleh buat sendiri.
So emak dah tak ada idea mcm mana nk ajar
Emak mengaku kalah.
6.15pm sembahyang ASAR dulu
6.30pm prepair nak masak.
hari ni emak masak nasi goren + ikan goreng aje utk Athiyyah n Abah.
tak sempat nk masak sbb Abah nak pergi kerja.

7.15 mkn mlm
Walaupun nasi goreng pedas athiyyah tetap makan.
Anak emak ni kalau bab makan memang tak ada masalah.
Ikan goreng bagi seekor habis makan hingga tinggal tulang.
Kucing kalau tgk pun terkejut.

8pm
Athiyyah n Emak mandi sekali.
Seronok betul main air kat bilik air.
Athiyyah kata abah tak boleh mandi sama...
Abah lelaki kena mandi sorang
9.25pm
Hari dalam sejarah.
Ku cuba untuk tidak pakaikan athiyyah pampers.
Sblm tidor dia pergi toilet
dan tidor di katilnya.
Mula2 athiyyah sedih sebab emak tak teman.
tp bila mak kata athiyyah dah besar, dia pun diam
Lagipun mak tetap peluk athiyyah walaupun mak tidor di katil mak.

TENGAH MALAM
tidak pasti pukul berapa
tetiba terasa athiyyah tarik tangan
tanya dia athiyyah nk kencing ke?
suruh dia bangun dan kencing di toilet
dia bangun n abah dia yg tolong basuhkan
sbb abah dia pun baru nk tidor sbb balik kerja lewat.

11 Jan 2012 (Rabu)
5.30am bangun dan pegang athiyyah
nampak gaya athiyyah tk kencing dlm seluar.
-iron baju sekolah athiyyah
-rebus spagetti athiyyah nak mkn.
tumis bwg merah + bwg putih + serbuk cili + tomato 1 biji
masukkan ayam + sosej -(tunggu sehingga masak)
masukkan sos tomato + sos cili + lada hitam + pati secukup rasa
akhir sekali masukkan sayur + spagetti - kacau hingga sebati.

6.30am bg susu kat athiyyah dan suruh dia bangun kencing kat toilet.
nampak gaya athiyyah berjaya tidak pakai pampers mlm.
Seronok rasanya.
7.20am
Sarapan pagi dgn spagetti.
7.35 am hantar athiyyah dalam kereta sekali lagi athiyyah sebut mak buat spagetti mcm mak adam.
teringat kat adam lh ni...

Khamis, 5 Januari 2012

Hari ke 3 ATHIYYAH Ke Tadika Seni Mentari

6 Jan 2012


Bermula 6.00am, Bangun Iron baju.


Goreng nuget n buat air milo utk athiyyah.




6.30 Athiyyah bangun bersiap nak ke sekolah


7.50am ambil aiman kat rumah sbb nak ke sekolah.


Pagi ni aiman menangis tak mau pi sekolah.


Kugagahkan juga bawa dia pi sekolah


Athiyyah siap pujuk aiman


Aiman jangan lah menangis Athiyyah kan ada.


Tapi Aiman masih tunjuk perasaan.


Sebagai upah aku berjanji nak bawa aiman pi tesco.




Yang lucunya org tengok aku bawa 2 org budak, masing2 ingat kedua2 anak aku.


Nasib baik lah yg mengamuk si aiman.


Boleh lah dukung masuk kelas.


Bayangkan kalau Athiyyah yg menangis.....


Sudah pasti EMAK dia yg nagis dulu...






Ok petang aku akan bawa aiman pi tesco.


Entah dia nak ikut ke tidak.

Rabu, 4 Januari 2012

Gelagat Athiyyah.

4 Jan 2012

Hari ni balik kerja lewat ( 6.30pm), hujan lebat.
Ambil Athiyyah kat rumah pengasuh.
Baju basah dah mengalah orang mandi.

6.45pm
sampai rumah mandi

7.30pm
Nak masak nasi goreng, tgk nasi sikit aje.
Keputusan masak nasi goreng udang + sup sayur untuk abah n athiyyah.
8.00pm
masak spageti. tp tumis cili + udang + sosej + sayur campur.
so letak kat depan tv.
Baru letak athiyyah dh tanya mak masak apa tu....

Tu ayat nak makan sama lah tu...
So spageti sepinggan mkn 3 orang.

Anak emak niiiiiiiii kalau bab makan memang suka.

Malam ni tak tau nak masak apa pula???

Selasa, 3 Januari 2012

Semangat Tahun Baru 2012



























2 Jan 2012

Rambut baru athiyyah. Ini persediaan untuk ke sekolah. Athiyyah hari2 minta gunting rambut. Ikutkan aku tak sanggup nak gunting rambut dia. Sebab suka ikat rambut dia, tapi Athiyyah nak sangat rambut pendek terpaksa lh gunting. Ni mak ngah n tok tak tgk lagi, kalau diorg tengok mesti diorg bising.

Lagipun rambut pendek senang nak urus.

Bangun pagi selepas mandi sikat rambut dan pakai tudung.

tak payah nak berkejaran lagi.


4 Jan 2012 (Rabu)

Hari ini hari pertama Athiyyah ke Tadika Seni Mentari

Aku pula yang rasa berdebar2.

Yang pasti Athiyyah memang bersemangat hendak pergi sekolah.

Sekarang dia memang bangun awal.

Sekali aje Abah panggil Athiyyah dah bangun.

Baju pun dah pandai pakai sendiri.




Tengok lah muka Athiyyah yang teruja nak menjejak kaki di Tadika Seni Mentari.

















Ok boyfriend Athiyyah, pun dah sampai. Sebelum masuk kelas kita posing dulu....



Athiyyah di dalam kelas.



Budak depan Athiyyah tu suka dok tunjuk tanah liat yang dah siap dia buat.






Ada si kumbang dh cuba nak memikat.... hahahahaa..




Aiman jangan tension Athiyyah ada, Agaknya itulah yang cuba dipujuk, sebab tengok muka aiman mcm tension aje...


Seronok tgk gelagat kanak2 di awal persekolahan.
































































Isnin, 2 Januari 2012

KENANGAN 2011

Hujung tahun 2011 sungguh menyeronokkan.
Walaupun ada berita kurang baik tapi berita mengembirakan terlalu banyak.
Membuatkan aku sentiasa tersenym seorang diri.

Percutian Hujung tahun 2011 memang amat bermakna untuk aku.

Emak dan ayah sanggup cuti berniaga semata2 hendak melayan kerenah aku.
Walaupun aku ni kira dh tua...
Tapi mereka masih melayan aku seperti kanak2.

TQ mak dan ayah.
I LOVE U ALL

FOR My Brother and Sister ..
kalian jua insan yang paling aku sayangi.
Kasih sayang kita masih sama seperti kita kanak2.
Semoga Allah akan kekal kan kasih sayang kita.

For my LOVE
KANDA, adalah suami yang terbaik untuk dinda.
Semoga belaian kasih sayang kita akan terus mekar.

For my sweetheart.
Nur Athiyyah Syafiqah.
Esok 4 Jan 2012
Athiyyah akan memulakan persekolahan.
Tak sabar rasanya nak dengar cerita dari athiyyah tentang sekolah.
Hati ini sebenarnya berdebar2 juga.
Semoga aku dapat menjadi EMAK yang terbaik untuk mu ANAKKU.

KASIH KU PADAMU HINGGA KE SYURGA.

Khamis, 13 Oktober 2011

koleksi sulaman benang thn 2011



Wah... dah lama benar aku tak buat sulaman benang. Sekarang ni sibuk, so tak sempat lah nk bersulam. Baju ni 2 bln baru siap.


Sekarang dh tak larat nk duduk lama2 mengadap kain.


Tapi bila dh siap jahit tangan ni rasa gatal nk buat lg.


Ahad, 3 Oktober 2010

Nasi Tomato

Ahad 3 october 2010 - aku masak nasi tomato. Sebenarnya nak balas bekas jiran, so aku masak lah nasi tomato... nak kata sedap tk lah sgt, tapi kira boleh layan aje... Rasanya dh terlalu lama aku tak masak nasi tomato.. tak ingat bila kali terakhir aku masak aku pun tak ingat.

Resepi Nasi tomato
1) beras 6 cawan ( air 6 cawan)
2) planta - utk menumis
3) bawang merah + putih - aku blander
4) halia - aku potong halus
5) bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga
6) serai - 2 batang
7) daun pandan
8) susu cair - setengah tin
9) pati tomato - setengah tin kecil (ini ikut suka, suami aku tk suka masam sgt)

Dalca tulang
1) kacang dal rebus
2) rempah kari daging - 1 bungkus
3) bawang merah + putih - aku blander
4) halia - potong halus
5) bunga lawang + bunga cengkih + kulit kayu manis + buah pelaga
6) santan - RM 1
7) tulang
8) kentang 2 biji, terung 2 biji, carot 1 btg, tomato 1 biji

Ayam masak sambal...
1) goreng ayam dulu
2) tumis sambal + pati tomato.

Sekian Resepi aku....
aku masak main campak2 aje... itu cara mak aku ajar..................