Bermula dengan hari jumaat petang, Mesyuarat fakulti di laksana di Tapah. Ini merupakan hari ke-2 ke tapah. tapi tak sempat nak jumpa Husna kat tapah. tak pa lh.. lain kali kalau pi blh lah jumpa.
Agenda mesyuarat belum bermula, tetiba seorang pensyarah minta tolong ganti beliau untuk bermain futsal.. Nak tolak tak sampai hati, nak main pula rasa mcm tak reti. Tapi apa pun minta izin dgn suami, so terjebaklah diri bermain futsal...
Sabtu 8.00am pagi dah terpacak dekat padang dengan bekalan nasi lemak...
Lawak betul, nak main futsal siap bawa bekal nasi lemak.
Bekalan ni sebenarnya utk anak dara ku...so alang2 nak masak, masak lah lebih sikit, mana tau team FSKM tak makan lg blh lh jamu diorg makan.
Kenangan bermain futsal penuh dengan pelbagai kisah.
Game pertama bermula.
Team Pengurusan Atasan lawan Team FSKM.
Aku hanya permain simpanan je... tapi separuh masa ke2 bermain, REKTOR cedera di kaki. permainan ditamatkan.
Apalah khabar Prof, dengar citer retak di kaki. kategori bahaya juga permainan ni... mula2 ingat nak suka2 je... tapi bila dah main, masing-masing penuh bersemangat kesukanan... masing2 berusaha keras nak golkan bola... walaupun tak tau nk sepak bola.
Team FSKM lawan Team FSPU
2 permain cedera, sorang cedera di lutut, sorang lg cedera di muka
TEAM FSKM lawan TEAM HEP
Ni kalau 0 - 2
group ni tak ada yg cedera
Team FSKM lawan Team FSSR
1 permain cedera dikaki.
Bila diperhatikan. aku hanya main separuh masa sahaja.. tapi sakit kaki kalah mcm main bola di padang yg besar. Team kami Alhamdulillah tiada yang cedera. tapi TEAM lain ramai yang cedera teruk, nak kata main lasak tidak.. tapi mungkinkah padang futsal itu sendiri tidak sesuai utk wanita kot. Bila tgk ramai yg cedera naik takut pun ada... tapi rasa mcm best pula main futsal... Rasanya kalau belajar cara tendang bola.. mesti lagi best main..
Selesai aje main bola.. mulalah rasa diri mcm org dah tua. Sbb tak ada stamina...
Hari ni kaki masih lagi sakit, dah rasa mcm OKU pun ada..
AHAD 10am,
tengah dok iron baju.. adik ipar telefon nak datang rumah, nak makan nasi... Aduh... lauk apa pun tak ada, si suami ku pi servis keta. So kepala ni dok fikir.. apa lah nak masak dalam masa yg paling pantas.
Akhirnya dapatlh menu,
Kari kepala ikan,+ ikan kembung ( masukkan ikan kembung sebab mak mertua tak mkn ikan besar)
Sambal sotong ( kegemaran si aiman)
Ikan kembung celup tepung
Sayur sawi
Nasi 1 periuk + 1 mangkuk nasi goreng kosong (nasi habis) ikan n sambal masih ada lagi.
Selesai mkn nasi semua pakat balik... so sunyi balik lah rumah ku...
Moral di sini.. mulai dari hari ini... jgn malas2 pastikan rumah sentiasa berkemas.. supaya tetamu dating sentiasa selesa.
Ahad, 9 Februari 2014
Rabu, 5 Februari 2014
Pemergian seorang pendidik.
Pg ini pkl 10 pg aku dikejutkan dengan berita kematian seorang pensyarah uitm, Berita kematiannya membuka mata ku.. bahawa bersedia atau tidak.. kematian itu pasti datang menjemput.
Ya ALLAH andai sampai masa aku menemui MU, berilah peluang aku mati dalam keadaan aku mengenali MU.. berilah aku kesempatan mengenali dan beribadah kepada MU, hindarilah aku dari melakukan kemaksiatan.
Al-Fatihah buat Dr. Fauzi

Febuari 2014
Febuari 2014
Mengaji Al-Quran,
Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan guru khas… walaupun hakikatnya dia
sebenarnya bukanlah ustazah.. tapi ilmu
yang diperolehi, dia kongsi bersama tanpa meminta sebarang bayaran…. Terima
kasih banyak2 kak marziah.. sesungguhnya jasamu hanya Allah yang balas.
Sekarang baru masuk Muqadam, Iqra minggu lepas dah habis.. Athiyyah geram je..
Mengapa aku mengaji kembali adalah kerana athiyyah… sekarang kalau nak suruh athiyyah
mengaji sangat mudah, sbb dh tau cara ustazah dia mengajar. Apa yang aku
harapkan aku dapat qatam al-quran sebelum athiyyah dan semoga berita gembira
ini dapat aku hadiahkan kepada emak.
Perkara ke2 yang aku dan
suami nekad nak lakukan, ajar athiyyah membaca. Sesungguhnya kami berdua tidak
cukup sabar dalam proses mengajar. Maafkan emak dan abah ya sayang, mak dan
abah selalu marah-marah athiyyah bila mengajar, apapun yang mak dan abah buat
sebenarnya mak dan abah sangat sayangkan athiyyah. Sekarang mak dan abah pun
dah kurang tengok tv malam2, supaya berlaku adil dengan athiyyah.. bila
athiyyah belajar mak dan abah tak mau sebarang gangguan, jadi athiyyah boleh
lah fokus membaca. Semalam mak Nampak athiyyah pun dah macam seronok sebab
boleh membaca. Harap-harap selepas ni athiyyah boleh lah baca buku cerita. Emak
dan Abah akan buat yang terbaik untuk Athiyyah.
Awal bulan Febuari 2014, perkhabaran
perpindahan staf sudah berlaku sekarang tunggu surat arahan perpindahan je…
apapun yang berlaku semua itu telah dirancang oleh ALLAH S.W.T, siapalah kita
nak menafikannya.
Rabu, 15 Januari 2014
KENDURI KAHWIN BERTANDANG LAGI.
Hujung minggu ni kenduri kahwin anak Tok saudara sebelah arwah Tok wan.. Sepanjang aku kerja di perak rasanya dh 2 - 3 kali aku pi rumah beliau.. tu pun mak dan ayah ajak.. kalau nak pi sendiri memang tidak lh.. sbb tak berapa rapat. Kalau pi sendiri apa agaknya nak disembg..
Hari minggu ni sepatutnya kakak datang.. tapi oleh kerana anak dia tak sihat.. jadi emak akan datang dengan bapa saudara aje.. yang menjadi masalahnya sekarang.. aku kena DRIVE KERETA SENDIRI.... waaaaaaaaaaaaaaaa... selama ni paling jauh bawa keta ke UTP..
Tapi hari sabtu ni kena bawa keta sampai Kampung Sungai Jejawi... atas lg dari Kg Gajah...
aduhhhhhhh biar betul... boleh ke aku bawa ni...
Semenjak suami kerja kat tapah... aku memang banyak kena berdikari....
Boleh atau tidak aku kena juga bawa keta.. ya lah tempahan tempeyek aku kena ambil..
Sanggup atau tidak memang kena juga... nekad kena beranikan diri..
Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan untuk melakukanya...

25 Tips lelaki romantis...
Wah... tangan hari ni gatal pula nak update blog... almaklumlah dah rasa nk berkulat.. tak pernah nak update.. Sebenarnya aku ni jenis manusia yang suka berbual.. jadi aku tak pandai sangat nk mengarang ayat.. aku jenis manusia yang lebih suka berinteraksi 2 hala.. sebab tu lah kalau aku jumpa manusia yg tak reti bersembang aku rasa nak migraine... hahaha..
Hari ni pg2 masak nasi goreng.. tghari masak burger daging + telur + salad... hahaha... ada ke org makan burger tghari... oleh kerana nak belajar berjimat cermat... so layan je.. janji perut tak lapar..
Niat di hati ptg ni nak buat servis kat makmal computer.. tapi selalu aje ada halangan... dah ada tempahan.. so tak blh nak buat apa.. dah boring sgt.. layan FB sekejap... terbaca pula petikan 25 tips untuk jadi lelaki romantic...
Apa lg.. layan lah baca... selama ini aku ingat suami ku tak romantic... hakikatnya suamiku memang ada sikapnya yang romantic.... aku bersyukur sangat dijodohkan dengannya..
25 tips lelaki romantic

- Peka dengan tarikh-taikh penting ( aku sendiri pun kurang peka.. bukan tak ingat tapi bila tarikh tu sampai selalu lupa... terutama tarikh perkahwinan.... tau2 dah 11 thn aku kahwin)
- Berikan kejutan untuk si dia ( adalah juga.. )
- Selalu memberi pujian ( selalu dapat pujian bila aku masak... sbb suami ku memang suka makan kat rumah dari kedai)
- Berikan layanan istimewa
- Pujuklah si dia ketika si dia merajuk ( suami ku memang selalu pujuk.. tapi kalau dia rasa dia betul.. sorry lh nak pujuk)
- Berpimpin tangan ketika berjalan (bab ni kurang sikit .. sbb suami ku pemalu)
- Membawa si dia ke tempat-tempat romantik
- Kirimkan jambangan bunga kepada si dia
- Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
- Berikan senyuman manis dan menggoda ( selalu dapat)
- Memakai pakaian yang sedondon (jarang2 kalau sedondon pun tanpa dirancang.)
- Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia ( selalu dapat)
- Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
- Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut ( selalu dapat)
- Kirimkan sms cinta kepada si dia ( kekadang dapat juga )
- Tunjukkan bakat kesenian anda
- Sentiasa berikan perhatian kepada si dia ( selalu dapat)
- Jadilah penyokong setia di belakang ( suamiku sentiasa menyokong )
- Fahami dan peka dengan perasaan si dia (semakin lama berkahwin semakin rasa dekat dan lebih memahami)
- Jadilah pendengar yang baik dan setia ( sekarang kami sama2 menjadi pendengar .. mungkin kerana duduk dah berjauhan... so banyak cerita nk dikongsi bersama)
- Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang ( YES.. SUAMI KU MEMANG MATANG WALAUPUN SEBAYA)
- Mengambil berat keadaan si dia
- Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah ( ya suamiku selalu membantu.. tq sayang)
- Peluk dan ciumlah si dia selalu ( ni setiap pagi dan sebelum tidor...)
- Jadilah seorang yang menghiburkan
Bila dah baca... 25 tips ni.. barulah aku sedar... kasih sayang tu memang dah diluahkan cuma kita manusia ni terlalu meminta lebih.. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini...
Selagi mana kita sebagai isteri menunjukkan rasa hormat kita pada suami pasti suami kita akan menghargai kita.. walaupun mereka tak luahkan.. dan yang paling jangan lh kita membandingkan suami kita dgn org lain... jika itu kita buat pasti kita tak akan Nampak kelebihan dan kebaikan suami kita...
YA ALLAH AKU BERSYUKUR KERANA ENGKAU PERTEMUKAN DAN MEMANJANGKAN JODOH AKU DAN SUAMI... SESUNGGUHNYA PERKAHWINAN INI ADALAH SEBUAH IKATAN ANTARA 2 MANUSIA YANG BERLAINAN JANTINA, DAN KAMI BELAJAR MELENGKAPI KEKURANGAN MASING-MASING.
Selasa, 14 Januari 2014
Tahun 2014
Jan 2014 menjelang bermakna sudah 15 hari meninggalkan tahun 2013. Usia makin meningkat.. membuatkan aku terfikir, banyak benda aku belum capai.. aku harap tahun ini aku akan Berjaya mengejar impian ku..
Perkara pertama yang aku ingin buat adalah belajar kembali al-Quran, rasanya banyak bacaan yang tak betul dari yang betul... 2 tahun lepas ada belajar tp kurang berkesan. hujung tahun lepas aku cuba belajar aku mohon ustazah ajar aku dari iqra.. supaya sebutan dan hokum tajwidku betul... ya lah kalau kita baca al- quran.. banyak hokum yg kita akan jumpa... dah lah dah tua.. susah nak ingat hokum.. dan bacaan pun susah nk lekat.. syaitan yg dok kat sekeliling asyik dok bisik2....
setelah hamper 2 bln belajar.. baru lah aku tahu rupanya ustazah yg dok ajar aku sebenarnya guru pendidikan khas.. dia bukanlah ustazah yang sebenar.. tapi dia pi belajar juga.. so sebelum dia nk ajar budak2.
Sekarang ni rasa lebih yakin sikit bila baca al-quran.
ya lah kalau sebutan salah ada guru yang tegur.. bila kita dok baca sorg2 kita rasa bacaan kita betul.. padahal salah...
Yang bestnya ustazah yang ajar aku ni betul2 nak mengajar bukannya nak kan duit.. ni yg buat aku rasa serba salah pula... ilmu aku dah dapat.. tapi tak tau nak balas macam mn.
Paling seronok sekali adalah bila nak mengajar athiyyah... sebab dia rasa lebih yakin. mana tak yakin.. mak dgn anak belajar dgn guru yang sama... kami seolah sama2 bersaing .. kira dia kalau baca iqra lebih bersemangat dari membaca buku ..
Semakin hari cabaran hidup memang makin hebat... apa pun aku akan berusaha menghadapi... semoga aku boleh menjadi emak yang terbaik untuk anak ku...
Untuk mendapat dan melihat anak kita baik.. aku terlebih dahulu kena tarbiah diriku...
Semoga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan dan ketenangan untuk kami sekeluarga.
Nekad nak jaga urusanku dengan ALLAH S.W.T dan belajar lebih mengenali ALLAH S.W.T.
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA KU...
BERIKAN LAH AKU KESEMPATAN UNTUK MENGENALIMU DAN TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG ENGKAU REDHAI

Ahad, 17 November 2013
Aktiviti Cuti Sekolah
Mulai dari hari ini aku berjanji akan menjadi emak yang lebih perihatin... ini bermaksud.. aku bukan jaga makan minum anakku sahaja.. tapi aku akan pastikan pelajarannya mencukupi..
Mulai hari ini.. aku berjanji..
aku akan adakan aktiviti belajar..
- setiap hari, 1jam peruntukkan masa untuk anak belajar.
a) belajar membaca
b) belajar mengira
c) mengaji iqra
Oleh kerana tahap kesabaran aku sangatlah kurang... oleh itu kita cuba cari ilmu teknik mengajar anak membaca...
Berikut antara teknik mengajar anak-anak membaca...
Harap-harap teknik ini boleh membantu aku mengajar anak ku belajar dengan penuh keyakinan...
Langkah-langkah yang harus dilakukan untuk cara cepat membaca
Langkah I
Setelah sebanyak itu, kata harus diganti.
Caranya, setelah hari ke-6 ambil 1 kata dari setiap kategori dan gantilah dengan sebuah kata yang baru.
Setiap 1 kategori yang Anda bacakan selesai, segeralah disusun rawak. Hal ini agar anak tidak bisa menebak urutan kata.
Jangan mengulang-ulang kata yang sudah Anda bacakan, sehingga anda tidak salah menandai (dengan pensil) tiap kata yang sudah Anda bacakan. Tanda ini juga bisa dijadikan rekod untuk mengetahui sudah berapa kali kata ini anda bacakan.
HARAP-HARAP BERJAYALAH..
WAHAI CAHAYA PEMBERIAN KASIH SAYANG..
SEMOGA ANAKANDA BERSEMANGAT BELAJAR DENGAN EMAK..
MULAI DARI SEKARANG EMAK JUGA KENA MENUNJUKKAN TELADAN KEPADA ANAKANDA .. EMAK JUGA KENA RAJIN MEMBACA..
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..

- kumpulkan 5 kad untuk kategori 1 : anggota keluarga (ayah, abah, ibu, emak, kakak,adik)
- kumpulkan 5 kad untuk kategori 2 : nama haiwan (ayam, kuda, gajah, ikan, kucing)
- kumpulkan 5 kad untuk kategori 3 : nama buah (jambu, pisang, betik, ceri, jagung)
- Susunlah kategori 3 pada posisi paling bawah, kategori 2 pada posisi tengah dan kategori 1 pada posisi paling atas
- Ambil satu kad yang paling atas dari tumpukan kad pertama di kategori 1, bacakan dan ajak anak menirukannya. pada tahap ini tak perlu menjelaskan ertinya dari kata yang dibaca oleh anak anda.
- Secepat mungkin setelah itu, Ambil kad yang paling bawah dari kategori 3, Lakukan seperti yang pertama.
- Perhatikan wajah anak ketika menyebutkan kata, Amati kata yang disukainya dan yang tidak disukai. Pilihlah dan ajari kata-kata yang disukai anak terlebih dahulu, kemudian kata-kata yang lainnya.
- Jangan minta anak mengulang kata-kata yang telah kita bacakan tadi.
- Setelah membaca 5 kata, stop dulu pelajaran ini. Puji anak Anda dengan menunjukkan bahwa Anda bangga atas apa yang dilakukannya hari ini.
- Hari pertama pelajaran, lakukan untuk kategori 1 sebanyak 3x.
- Hari ke-2 lakukan kategori 1 = 3x, kategori 2 = 3x
- Hari ke-3 kategori 1 = 3x, kategori 2 = 3x, dan kategori 3 = 3x
- Hari ke-4 sampai dengan ke-6 sama seperti hari ke-3
Setelah sebanyak itu, kata harus diganti.
Caranya, setelah hari ke-6 ambil 1 kata dari setiap kategori dan gantilah dengan sebuah kata yang baru.
Setiap 1 kategori yang Anda bacakan selesai, segeralah disusun rawak. Hal ini agar anak tidak bisa menebak urutan kata.
Jangan mengulang-ulang kata yang sudah Anda bacakan, sehingga anda tidak salah menandai (dengan pensil) tiap kata yang sudah Anda bacakan. Tanda ini juga bisa dijadikan rekod untuk mengetahui sudah berapa kali kata ini anda bacakan.
HARAP-HARAP BERJAYALAH..
WAHAI CAHAYA PEMBERIAN KASIH SAYANG..
SEMOGA ANAKANDA BERSEMANGAT BELAJAR DENGAN EMAK..
MULAI DARI SEKARANG EMAK JUGA KENA MENUNJUKKAN TELADAN KEPADA ANAKANDA .. EMAK JUGA KENA RAJIN MEMBACA..
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..
Langgan:
Catatan (Atom)