Isnin, 23 September 2013

Aktiviti Harian

Wahhh sudah berkarat rasanya my Blog...
Orang lain berblog kita pun nk berblog.. tp masalahnya kita ni jenis malas nk update...
tak tau nk citer apa...
Mcm boring aje...

Apapun ku layan kan jugalah... Kerana ku anggap blog ni serupa mcm my diari...

Hari ni kita flash back aktiviti smlm...


23 Sept 2013 (Hari Isnin)

Wah dah lama tak pi pasar malam… Selalu suruh husband aje pi beli.. sbb bila dh balik kerja penat rasa malas pula nk ke pasar malam. Tapi kalau suami yang ke pasar malam selalu lauk yang di beli tak pernah memenuhi citarasa ku…

Gerai pertama yg dikunjungi adalah Gerai UDANG (RM 14). Udang kegemaran udang kertas. So beli sedikit kertas + udang lipan.. dalam kepala memikirkan nk buat mee udang.. emmmm sedapnya…



Gerai ke 2, gerai ikan, Beli ikan tenggiri kecil + ikan kembung (RM 14). Aku suka beli ikan kat pasar malam sbb diorg akan tolong siangkan ikan mengikut citarasaku.. so balik boleh terus basuh dan masak.. kira tak lh susah diri…

Gerai ke 3, beli tulang + daging  (RM 11) hajat dihati kalau makan sup tulang sedap ni…

Gerai ke 4, athiyyah beli air milo 1 gelas.. My daughter kalau dtg pasar malam mesti nk upah air milo… layan kan aje sbb RM 1 aje…

Gerai ke 5, beli buah tempatan, betik 1 biji RM 2

Cuaca panas betul sekarang ni… Elok sampai rumah aje.. dah rasa malas nk masak, telefon suami konon2 nk minta simpati… supaya suami kata tak payah masak… tp suami ku sgt berharap dapat mkn nasi dan kebetulan gulai ikan masih ada.. so my husband sanggup mkn gulai + nasi aje kalau dh memang si isteri tk larat nk masak… So sbg isteri yg syg kan suami… apa lg.. pergi lh dapur panaskan gulai dan masak nasi… slp tu tgk lauk yg dibeli kat pasar malam… terus kepala ni berangan nak masak UDANG  LIPAN  CELUP TEPUNG. AKHIRNYA kemalasan hilang… goreng keropok ikan yg baru dibeli.. goreng udang celup tepung, sup sayur kegemaran ATHIYYAH, IKAN TENGGIRI MASAK KICAP… dari yang malas nk masak.. akhirnya ada 4 menu di atas meja…



HARI NI MAKAN NASI TAK BANYAK.. MUNGKIN SBB SBLM MAKAN TD DAH MAKAN KEROPOK IKAN TERENGGANU.. KATA MY DAUGHTER, ATHIYYAH DIET HARI NI.. TAK MAU TAMBAH NASI TP NAK MAKAN SAYUR DGN UDANG AJE….

RESEPI TERBARU KEGEMARAN ANAK TERSAYANG

IKAN/AYAM  MASAK KICAP PEDAS ( ATHIYYAH PANGGIL KICAP abc MANIS)

1)Tumis bawang merah + bwg putih +  bunga lawang + bunga cengkih, kulit kayu manis + buah pelaga

2) Masukkan serbuk kari + cili mesin (1 SUDU SERBUK KARI + 2 SUDU CILI MESIN), tumis sehingga pecah minyak masukkan  sedikit  asam jawa  

3) masukkan ikan dan masukkan kicap.. bila dah cukup rasa blh dihidang…

NAMPAK GAYA.. IKAN MASAK KICAP X HABIS + GULAI + NASI = SO INI KAN JADI MENU TENGAHARI LAH PULA… JIMAT DUIT…

Isnin, 15 April 2013

Diet Bersama ALSDII


Sekarang dh masuk bulan ke 4 aku diet dgn ALSDII.. walaupun pengeluaran wang yang agak tinggi... dan kebanyakan mengatakan pembaziran.. tapi bagi aku ALSDII memang banyak membantu aku berdiet.. almaklumlah aku ni ada masalah gastrik..

Tapi sekarang bila berdiet dengan ALSDII memang badan rasa ringan...
Bila pakai baju pun dah rasa selesa..
Masalah kegemukan aku adalah lengan, perut dan peha...
Walaupun masih blm capai sasaran 45kg...
Yang pasti... lengan, perut, punggung dan peha memang ada perubahan.
Bila pakai seluar dah tk rasa mcm sarung nangka...hahaha..
Anak ku pun dh tegur.. Emak.. perut mak dh kecil.. macam mana BABY nak keluar....

Kesian kat ATHIYYAH teringinkan adik... Nak buat mcm mana .. EMAK belum berpeluang melahirkan zuriat...
Apapun EMAK bersyukur, ALLAH anugerahkan ATHIYYAH kepada emak...

Ok berbalik kepada cerita dietku....
Mulai minggu ni... aku nak mula diet semula...
DIET +ALSDII + SENAMAN 30MINIT.
HARAP2 SBLM MENGUNDI.. BERAT BADAN KU 45Kg.....

KEPADA RAKAN2 YANG SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN BOLEH LAH CUBA CARAKU....

Rabu, 27 Februari 2013

PRIMADONA

 

PRIMADONA.. terdapat 4 org pengacara..yang pasti K.E yang bijak dlm mengacara.. yg lain tu nampak sangat baru belajar.
Tapi apa yang best rancangan PRIMADONA adalah isu yang dikupas.
Sebab kebanyakkan isu ada juga isu yg tempias dgn mereka,

Kekadang episodnya tak sempat nak tengok..
Isu Baru2 ini pasal anak angkat. Berdesup hatiku... seperti diketuk... berdebar2...
Hati ini terus berkata aku harus menonton.. mana tahu aku dapat ilmu yang harus aku perolehi.
Tetamu yg dijemput antaranya
Adi Putra n Wife, Erma Fatima n Dr. Tengku Asmadi. Berbicara tentang perasaan ambil anak angkat.. pasangan adi putra n wife tidak menyentuh perasaan ku sangat. tapi bila erma fatima berbicara.. hatiku amat tersentuh, kerana ia berbicara dengan tulus. Setiap tutur katanya ada ketegasan, kesedihan dan juga pasrah.
Kebiasaan semua orang akan bertanya kenapa tak ada anak lg..
Tapi bagi insan yg tidak dikurniakan zuriat, apalah yang mampu dilafazkan. Adakalanya kita tidak dapat nak kongsi 100% masalah kita dengan orang luar. Kita harus menjaga rahsia perkahwinan.. supaya tidak menjadi bahan orang luar berbicara....

Erma Fatima kata: Bila anak umur 8 thn dh pandai tanya siapa diri dia yang sebenar..
Pada ketika itu aku mula berbicara sendirian di dalam hati, aku mula terfikir  adakah anak aku yg akan kecewa, atau aku yang sebenarnya terluka.
Sehingga kini aku tidak pernah merasai Dia anak angkat, kerana aku memeliharanya dari kaki sebesar 2 tapak jari sehingga sekarang dah sama besar dgn aku...

Dr. Tengku Asmadi galakkan keluarga angkat memaklumkan kepada anak2 mereka siapa mereka diperingkat awal.
Tapi Bagi aku.. untuk menyatakan dia anak angkat terlalu berat mulut ini, hendak cerita kepada org yang anak yg aku pelihara adalah anak angkat pun aku rasa berat.... ini kan pula aku nak cakap kepada anak aku yang bijak berbicara.
Aku ingin menjadi emak yang terbaik untuk anak ku.
Anak ku.. emak akan berusaha menjadi emak yang penyabar, redha dan disenangi oleh mu. Bantulah emak.. kerana emak tidak kuat menempuh dugaan ini seorang diri. Emak tahu anak emak anak yang terbaik yang ALLAH anugerahkan kepada emak.

Semoga Kasih Sayang kita bertiga berkekalan.
Emak dan Abah pelihara Nur Athiyyah Syafiqah supaya kami dapat merasai dan menikmati kehidupan berkeluarga. Pada permulaan kami pelihara Nur Athiyyah Syafiqah adalah kerana kami amat memerlukan Cahaya dalam runah tangga kami. Setelah Nur Athiyyah Syafiqah berada bersama kami.. kami menjadi insan yang REDHA  dan BERSYUKUR di atas segala Nikmat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kami.
Kami berusaha pelihara mu seperti ibubapa lain memelihara seorang anak.
Kami akan berusaha mewarnai hidupmu.

Emak dan Abah tidak bijak tapi emak dan abah akan berusaha untuk menjadikan Nur Athiyyah Syafiqah Anak yang SOLEHAH..Taat pada perintah ALLAH.
Sesungguhnya Nur Athiyyah Syafiqah adalah kekuatan Emak dan Abah.

Aduhhhh sudah tak boleh nak sambung luahan rasa.. airmata sudah hendak keluar...
Oleh itu ada baiknya aku berhenti..




Selasa, 5 Februari 2013

Masak Untuk Suami & Anak tersayang

 




Sayur Kangkung Goreng... Favourite My Daughter.. Kira kalau nampak sayur... tak masak lauk lain pun dia tak kisah... Sebelum hidang kena ambil siap2 untuk habuan sendiri... kalau tidak alamatnya semangkuk dia sorang habiskan..
Ikan Tenggiri Goreng Celup Tepung.. Ini pun Anak ku suka.. tapi sebenarnya dia suka keropok tu aje... Selalu kalau buat ikan goreng celup tepung.. kena lebihkan keropoknya...  Oleh kerana sekarang aku melaksanakan diet... Aku hanya mkn Ikan goreng + sayur kangkung goreng
 
Asam Pedas Ikan Tenggiri... Ini permintaan Suamiku...Oleh kerana En. Suami pi pasar malam sorang2 dia beli 3 ketul Ikan Tenggiri (RM 15) + daun kesum.. tapi tak beli bendi.. so asam pedas ku hanya ada ikan sahaja...
Petang semlm niat dihati nak kayuh basikal sbb cuaca elok aje.. tp oleh kerana teringat suami nak makan asam pedas.. terbatal lah niat nak kayuh basikal..
Suamiku puji... sedap pula asam pedas kali ni... walaupun banyak bahan tak ada.. tp rasa dan rupanya menyelerakan.. Kanda makan nasi bertambah... Ini membuatkan aku tergugat rasa mcm nk makan juga...
Tapi aku nekad.. tak akan ambil nasi utk mkn malam, sbb tghari td REKTOR belanja STAF UiTM makan tghari.. kat DSI... emmmmmmmmmmmm sedapnya.. i like ikan celup tepung.
 
 Oleh kerana nasi semlm tak habis.. pagi ni buat bekal untuk suami n anak NASI GORENG KANGKUNG ... geram pula tgk nasi goreng pagi2 ni... nasi goreng ni pun mcm dok memanggil aje

Akhirnya berjaya mengelak... Pagi ni aku makan telur mata kerbau + sayur lodeh sesenduk.
 
 

Khamis, 31 Januari 2013

SETIA HUJUNG NYAWA


Mula2 citer ni start tak ada lh minat sangat.. tp sekarang ni kira rasa angau pula bila tgk cerita ni...
Pada aku cerita ini best kerana semua watak dalam citer ni bukan sekadar sampingan.. semua watak menonjol.
Ok kita citer watak suami isteri (Er dan Zain)
- Sebagai perempuan aku simpati dgn nasib Er... tapi aku rasa Zain tidak lah zalim mana pun.. cuma dia tidak dapat terima hakikat dia dijadikan "Pak sanggup". Kita sebagai isteri seharusnya pandai mengoda suami.. ni tidak kita layan perasan rajuk kita... Tapi ini lah asam garam perkahwinan.. Kalau hendak ikatan perkahwinan berkekalan dengan penuh ketenangan kita harus mencari jalan penyelesaian dan bukannya menceritakan masalah kita kepada kawan....

Dalam cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. peranan KAWAN memang penting... ada kawan yang memang niat nak tolong... tapi ada kawan yang nak makan kawan. Malah dia rasa gembira bila kita kecewa. Dalam hubungan suami isteri kita tidak seharusnya ceritakan kepada orang tentang aib suami atau isteri kita. Bagi aku cerita SETIA HUJUNG NYAWA ni banyak mengajar aku.. erti sebuah perhubungan suami isteri. Dalam masa dok menonton cerita SETIA HUJUNG NYAWA.. ku selitkan juga gurauan... bersama suami tersayang.. isteri ni sukakan SUPRISE dan malu untuk luahkan perasaan... almaklumlah sifat semulajadi wanita..kita memang idamkan suami selalu luahkan kata2 romantik.. tp kita sebagai isteri juga harus faham bahawa suami kita tidak pandai berbicara cinta tp dari perbuatannya kita cubalah fahami rasa hatinya.

Aku rasa bersyukur sangat Allah kurniakan SUAMI yang sentiasa memahami dan menyokong aku dalam apa jua keadaan. Walaupun kami di Uji tapi aku lebih merasa bahawa Ujian ini adalah satu ANUGERAH ..

Cerita SETIA HUJUNG NYAWA juga menceritakan tentang pengorbanan dan juga kasih sayang seorang ibu, yang sanggup buat apa saja demi anaknya.. walaupun anaknya melukakan hatinya... dia sentiasa memaafkan.. Hati EMAK mana tidak terlupa bila dia tahu anaknya mengandung tanpa berkahwin.... dia tutup aib anaknya sehinggakan suaminya sendiri tidak tahu.......

Ok lah dah nak balik kerja dah... esok aku nak layan lagi rasa angau ni dlm Blog...

Yang pasti sekarang perasaan CINTA MAKIN MEMBUAK2....

I LOVE U KANDA...






Selasa, 22 Januari 2013

Menu makan adap..


Cuti Raya Cina adik sepupuku akan kahwin..
Permintaan Mak Tam minta kami masak untuk makanan pengantin..
Aduhhhh pening juga lh nk memikir nk masak apa untuk pengantin...
Abg dia mcm nak buat masakan ala2 chiness food...

Tetiba dapat idea nk buat "Butter Prawn"
Walaupun tak pernah makan dan tak pernah buat...
So operasi mencari resepi...
Rupanya mcm2 cara tp aku buat yg paling mudah.. dan hasilnya menyelerakan..

Bahan2
14 ekor udang bersaiz sederhana
- basuh, buang kepala, ptg belakang kulit tak buang
- perap dgn garam + kunyit + pati ayam + 2 sudu tepung serbaguna
- goreng sehingga kulit bertukar warna dan taburkan daun kari, sudah ada bau angkat masukkan ke dalam piring.
persiapan telur
- 2 biji kuning telur ( rasanya kalau 14 ekor udang telur 1 biji dh cukup) - dipukul sehingga sebati ( sekiranya nampak pekat sgt masukkan putih telur sedikit - dlm 3 sudu mkn, kacau sehingga sebati)
- minyak goreng udang td biarkan dlm sukatan 1/2 cawan + 2 sudu mkn planta -panaskan
- bila minyak dah panas masukkan telur kuning yg telah,
- cadangan guna acuan roti jala, tapi aku semlm pakai penapis aje...
-part ni susah sikit...
dalam masa tuang telur dlm kuali, pastikan SATU tangan lg kacau guna garfu utk telur itu tidak melekat.

Rabu, 16 Januari 2013

Jalan2 di tapak Ekspo


16 Sept 2013
Masih meneruskan agenda diet..
SO jam dh tunjuk pkl 2.30pm.. blm mkn tghari.. nak mkn apa tak tau lg..
Ajak Ct makan kat Amanjaya.. (Tahu sambal + bendi + timun + tahu jepun)
Perut dah kenyang pi jalan2 cuci mata kat tapak Ekspo..

Hajat dihati nk tgk2 aje... tpi bila dh tgk hati dh berkenan...
So shopping lh juga..
Ini lah akibat keluar dgn orang perempuan... mesti beli walaupun duit bukannya ada...

Skirt yg beli ni tk tau nk pakai dgn baju apa.... So tunggu lh hari sabtu ni....



 
Baju yg aku beli kat ekspo ni
Dress tanpa lengan + Skirt ni  = RM 74
masa mula2 beli Dress ni angan2 nk pakai inner kat dlm aje... tapi rasa mcm seksi lah pula kalau pakai kat luar rumah...
So cadangan nk pakai dlm rumah aje...
Tapi smlm Husband ajak keluar sekejap (nak ambil fail kat my office) So apa lg aku pun melaramlah baju baru...
Aku pakai dress + cardigans = Athiyyah my daughter puji.. Mak cantik lah...
 So tak lh terasa sgt rugi shopping semlm...
Anak n Husband puji....





FAST ACTION FAST RESULT
Cardigans ni harganya RM 28.. murah ke mahal aku tak pasti.. tapi rasa mcm selesa so i take ...