Selasa, 8 Oktober 2013

Produk KECANTIKAN


BILA USIA MAKIN MENINGKAT, Mulalah risau tgk muka.. mcm2 problem ada.. JERAWAT, JERAGAT, KEDUTAN..
LANGKAH PERTAMA YANG PERLU AKU LAKUKAN ADALAH MENGHILANGKAN JERAWAT.
Di Pasaran macam2 jenis produk ada.. dan macam2 aku guna.. tapi jerawat tetap tidak hilang.. Kebetulan balik kg masa hari raya AIDILFITRI aku cuba pakai sabun beras milik my SISTER. KULIT MUKA RASA BERSIH..rasa puas .. so selepas dari hari itu aku cuba cari sabun tersebut dan menggunakannya selama sebulan.... hasilnya jerawat makin kering.. dan ramai yg tegur kulit muka ku Nampak makin cerah..
 
 
my husband pun kekadang guna juga... sbb dia kata sabun ini Wangi dan selepas guna rasa bersih..
Bila guna produk yang berkesan pada wajah sendiri.. mulalah kepala ni fikir nak buat bisnes.. Aku sesungguhnya suka menjual produk yang aku yakin mendatangkan hasil dan tidak memudaratkan diri..
Bagi sesiapa yang berminat nak beli sabun beras boleh lah menghubungiku...harga berpatutan dengan hasil yang memuaskan..
sabun ini bukan sahaja boleh digunakan di muka malah boleh digunakan dibadan..
beli 3 Ketul = RM10...
012 -5985269
Fungsi untuk kulit wajah:
§  Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka Anda lebih cerah dan lembut
§  Menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
§  Membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak
§  Bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah
Fungsi untuk kulit tubuh:
§  Menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll.
§  Memberi kesegaran sepanjang hari
§  Menghilangkan bau badan
Cara Penggunaan:
Gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas.
Gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
 

KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA

BAGAIMANA ANDA MELAYARI BAHTERA PERKAHWINAN...

Setiap orang berbeza2 menjalani kehidupan BERUMAHTANGGA... malah pelbagai onak dan duri dilalui..Yang pasti perhubungan dalam perkahwinan pasti akan bertambah erat apabila kita saling bertolak ansur... PERCAYA ATAU TIDAK Dalam perkahwinan salah seorang pasti akan mengorbankan diri atau kehendaknya.. untuk mengekalkan PERKAHWINAN... 

USIA PERKAHWINAN hampir mencecah 11 tahun.. sekejap aje masa berlalu..

 Seingatku.. aku tidak pernah meraikan anniversary perkahwinanku.. Adakala cemburu juga dgn orang lain beria bagai meraikan. Tapi mungkin cara kehidupan aku dan suami berbeza.. walaupun tidak pernah meraikan tapi kami sentiasa menghargai perkahwinan kami. 

10 tahun berlalu begitu sahaja…  Bila ku renung kembali.. aku beruntung mendapat seorang suami seperti  SUAMIKU… ALLAH pertemukan kami untuk melengkapkan antara satu sama lain.. aku adalah manusia yg sgt bergantung .. suami ku manusia yg sgt independent.. di dalam ketegasannya.. ada kelembutan. Di awal perkahwinan Aku selalu membandingkan sikapnya dgn ayah dan abg.. hakikatnya suami ku tidak suka.. akhirnya aku terima seadanya… kerana aku juga bukan manusia yg sempurna.. byk kelemahan diriku suamiku terima.. BAHASA KASIH SAYANGNYA tak mungkin sama mcm cerita HINDI.. bila diingat2 kembali… aku sebenarnya suka sikapnya  yg tegas.. lebih dari sifat romantic.. sesungguhnya sepanjang aku mengenalinya… dia memang bukan manusia romantic…

Sekarang baru aku sedar… selagi mana aku tidak menghargai apa yg aku miliki sekarang,  hatiku akan mudah kecewa.. WAHAI SUAMIKU YANG KUSAYANGI… maafkanlah DINDA kerana sering membuatkan dirimu sedih… malah DINDA tidak dapat menjadi isteri yg terbaik buatmu.. Byk kekurangan DINDA, KANDA TERIMA.. MULAI DARI SEKARANG.. DINDA akan berusaha menjadi  ISTERI YANG MENYENANG DAN MENTENTERAMKAN HATIMU…  MULAI SEKARANG DINDA INGIN MENJADI MUSLIMAH YANG LEBIH BERIMAN.. 

MULAI HARI INI DINDA BERAZAM AKAN MENGAJI SETIAP HARI… SEMOGA DALAM MASA TERDEKAT INI KITA DAPAT PERGI HAJI BERSAMA.. DINDA TELAH BELAJAR MENGAJI SEMULA.. DINDA HARAP KANDA PUN AKAN JUMPA USTAZ YG BOLEH MEMBIMBING KANDA…  SEMOGA IBADAH YG KITA LAKUKAN MENJADI IBADAH YANG SEMPURNA…. DOAKAN DINDA BERJAYA MENGAJI…MELAWAN GODAAN SYAITAN...

Jumaat, 27 September 2013

HARI YANG PENUH DENGAN GANGGUAN EMOSI.


Minggu ini banyak betul kerja, setiap hari kena cari pensyarah sebab kena update inventori PC SEWAAN. Bila pergi bilik pensyarah ada pula computer lama yg belum dilupuskan.. so apa lagi kena angkat lah… dh berumur ni bila angkat baru 3 CPU pinggang dh rasa sakit. Hari rabu angkat 3 CPU, hari khamis angkat 1 MONITOR, balik kerja dh rasa mcm nk putus urat pinggang… akibatnya angkat 1 MONITOR dari tingkat 4 bawa turun ke tingkat 2…. Aduh… dah terasa diri sangat tua.. dulu masa umur 20an angkat monitor 30unit sorg2 17inci ok aje… skrg ni angkat 1 dah sakit 1 badan… kawan2 marah.. sapa suruh angkat.. tpi sanggup ke nak tengok my member angkat sorg2.. ya lah dia lelaki… tp tak sampai hati pula nk biar dia buat sorg2.. so demi kerja aku paksa diri angkat lah MONITOR tersebut… kalau dgn suami blh lah buat manja tak mau angkat.. tp bila kat tempat kerja kena lh angkat.. dh nama pun kerja JURUTEKNIK KOMPUTER… sapa suruh minta kerja ni dulu.. so susah senang kena lh buat…

Pagi Jumaat makan pagi ada tajaan.. nasi lemak n nasi goreng… Nampak gaya mau naik badan aku ni… Mlm ni sure my Husband nak makan nasi… sbb semlm tk masak… Apa lh nak di masak untuk mlm ni… rasa mcm nk masak kari ikan + sambal tumis udang + sup sayur campur kegemaran my daughter. Ya Allah berikanlah aku semangat untuk memasak petang ini..

Mood sentap seketika..

Pkl 12tgh baru aje selesai mesyuarat..

elok dlm perjalanan nak balik ke fakulti, jumpa dgn satu family yang mencari anaknya. Masalahnya sekarang ni minggu peperiksaan.. so budak2 mana nak ada di fakulti. Si ibu bertanya kepadaku mcm mn nak cari bangunan sains geometric. Si bapa bertanya kepada rakanku.. so aku andai si bapa dpt lah mencari bangunan tersebut dengan arahan yg diberikan oleh rakan ku… aku memang fail lah bab nk tunjuk jalan. Elok aje aku sampai fakulti aku masih Nampak parent yg mencari anak tersebut. Dengan rasa ingin membantu aku menyapa si bapa tersebut, blm sempat aku nak cakap apa2.. si bapa marah kepada aku… seolah2 staf uitm ni tak ambil berat tentang bangunan sekeliling kami…  nasib baik lh mood aku baik.. kalau bad mood mau aje aku blah buat tak tau

 Pengajaran yang aku dapat dari keluarga ini.

Pertama kali bila kita bersapa dengan orang.. pastikan kita menjaga emosi kita terlebih dahulu… jangan kerana kita marahkan anak kita… kita lepaskan perasaan tersebut kepada orang lain…

Ke 2 pastikan kita ada contact number kawan2 anak kita.. kita  kena tahu dgn siapa anak kita berkawan..di mana tempat tinggal anak kita.. dapatkan alamat terkini… kalau lah kita sebagai keluarga tak ada maklumat anak kita macam mana lh org lain (pengurusan UITM) ada maklumat tersebut.

Ke3 sebagai anak SENTIASALAH BERHUBUNG DENGAN IBUBAPA

KE 4 SEBAGAI IBU BAPA SENTIASALAH BERHUBUNG DENGAN ANAK.. KEPERIHATINAN KITA SEBAGAI IBUBAPA MEMBUATKAN ANAK2 KITA JUGA PERIHATIN TERHADAP KITA..

Ke 5 KASIH SAYANG MAT PENTING.

Apalah aku merapu di petang hari ini… apa pun aku berharap aku menjadi anak yg sentiasa kasihkan keluargaku….
 

Isnin, 23 September 2013

Aktiviti Harian

Wahhh sudah berkarat rasanya my Blog...
Orang lain berblog kita pun nk berblog.. tp masalahnya kita ni jenis malas nk update...
tak tau nk citer apa...
Mcm boring aje...

Apapun ku layan kan jugalah... Kerana ku anggap blog ni serupa mcm my diari...

Hari ni kita flash back aktiviti smlm...


23 Sept 2013 (Hari Isnin)

Wah dah lama tak pi pasar malam… Selalu suruh husband aje pi beli.. sbb bila dh balik kerja penat rasa malas pula nk ke pasar malam. Tapi kalau suami yang ke pasar malam selalu lauk yang di beli tak pernah memenuhi citarasa ku…

Gerai pertama yg dikunjungi adalah Gerai UDANG (RM 14). Udang kegemaran udang kertas. So beli sedikit kertas + udang lipan.. dalam kepala memikirkan nk buat mee udang.. emmmm sedapnya…



Gerai ke 2, gerai ikan, Beli ikan tenggiri kecil + ikan kembung (RM 14). Aku suka beli ikan kat pasar malam sbb diorg akan tolong siangkan ikan mengikut citarasaku.. so balik boleh terus basuh dan masak.. kira tak lh susah diri…

Gerai ke 3, beli tulang + daging  (RM 11) hajat dihati kalau makan sup tulang sedap ni…

Gerai ke 4, athiyyah beli air milo 1 gelas.. My daughter kalau dtg pasar malam mesti nk upah air milo… layan kan aje sbb RM 1 aje…

Gerai ke 5, beli buah tempatan, betik 1 biji RM 2

Cuaca panas betul sekarang ni… Elok sampai rumah aje.. dah rasa malas nk masak, telefon suami konon2 nk minta simpati… supaya suami kata tak payah masak… tp suami ku sgt berharap dapat mkn nasi dan kebetulan gulai ikan masih ada.. so my husband sanggup mkn gulai + nasi aje kalau dh memang si isteri tk larat nk masak… So sbg isteri yg syg kan suami… apa lg.. pergi lh dapur panaskan gulai dan masak nasi… slp tu tgk lauk yg dibeli kat pasar malam… terus kepala ni berangan nak masak UDANG  LIPAN  CELUP TEPUNG. AKHIRNYA kemalasan hilang… goreng keropok ikan yg baru dibeli.. goreng udang celup tepung, sup sayur kegemaran ATHIYYAH, IKAN TENGGIRI MASAK KICAP… dari yang malas nk masak.. akhirnya ada 4 menu di atas meja…



HARI NI MAKAN NASI TAK BANYAK.. MUNGKIN SBB SBLM MAKAN TD DAH MAKAN KEROPOK IKAN TERENGGANU.. KATA MY DAUGHTER, ATHIYYAH DIET HARI NI.. TAK MAU TAMBAH NASI TP NAK MAKAN SAYUR DGN UDANG AJE….

RESEPI TERBARU KEGEMARAN ANAK TERSAYANG

IKAN/AYAM  MASAK KICAP PEDAS ( ATHIYYAH PANGGIL KICAP abc MANIS)

1)Tumis bawang merah + bwg putih +  bunga lawang + bunga cengkih, kulit kayu manis + buah pelaga

2) Masukkan serbuk kari + cili mesin (1 SUDU SERBUK KARI + 2 SUDU CILI MESIN), tumis sehingga pecah minyak masukkan  sedikit  asam jawa  

3) masukkan ikan dan masukkan kicap.. bila dah cukup rasa blh dihidang…

NAMPAK GAYA.. IKAN MASAK KICAP X HABIS + GULAI + NASI = SO INI KAN JADI MENU TENGAHARI LAH PULA… JIMAT DUIT…

Isnin, 15 April 2013

Diet Bersama ALSDII


Sekarang dh masuk bulan ke 4 aku diet dgn ALSDII.. walaupun pengeluaran wang yang agak tinggi... dan kebanyakan mengatakan pembaziran.. tapi bagi aku ALSDII memang banyak membantu aku berdiet.. almaklumlah aku ni ada masalah gastrik..

Tapi sekarang bila berdiet dengan ALSDII memang badan rasa ringan...
Bila pakai baju pun dah rasa selesa..
Masalah kegemukan aku adalah lengan, perut dan peha...
Walaupun masih blm capai sasaran 45kg...
Yang pasti... lengan, perut, punggung dan peha memang ada perubahan.
Bila pakai seluar dah tk rasa mcm sarung nangka...hahaha..
Anak ku pun dh tegur.. Emak.. perut mak dh kecil.. macam mana BABY nak keluar....

Kesian kat ATHIYYAH teringinkan adik... Nak buat mcm mana .. EMAK belum berpeluang melahirkan zuriat...
Apapun EMAK bersyukur, ALLAH anugerahkan ATHIYYAH kepada emak...

Ok berbalik kepada cerita dietku....
Mulai minggu ni... aku nak mula diet semula...
DIET +ALSDII + SENAMAN 30MINIT.
HARAP2 SBLM MENGUNDI.. BERAT BADAN KU 45Kg.....

KEPADA RAKAN2 YANG SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN BOLEH LAH CUBA CARAKU....

Rabu, 27 Februari 2013

PRIMADONA

 

PRIMADONA.. terdapat 4 org pengacara..yang pasti K.E yang bijak dlm mengacara.. yg lain tu nampak sangat baru belajar.
Tapi apa yang best rancangan PRIMADONA adalah isu yang dikupas.
Sebab kebanyakkan isu ada juga isu yg tempias dgn mereka,

Kekadang episodnya tak sempat nak tengok..
Isu Baru2 ini pasal anak angkat. Berdesup hatiku... seperti diketuk... berdebar2...
Hati ini terus berkata aku harus menonton.. mana tahu aku dapat ilmu yang harus aku perolehi.
Tetamu yg dijemput antaranya
Adi Putra n Wife, Erma Fatima n Dr. Tengku Asmadi. Berbicara tentang perasaan ambil anak angkat.. pasangan adi putra n wife tidak menyentuh perasaan ku sangat. tapi bila erma fatima berbicara.. hatiku amat tersentuh, kerana ia berbicara dengan tulus. Setiap tutur katanya ada ketegasan, kesedihan dan juga pasrah.
Kebiasaan semua orang akan bertanya kenapa tak ada anak lg..
Tapi bagi insan yg tidak dikurniakan zuriat, apalah yang mampu dilafazkan. Adakalanya kita tidak dapat nak kongsi 100% masalah kita dengan orang luar. Kita harus menjaga rahsia perkahwinan.. supaya tidak menjadi bahan orang luar berbicara....

Erma Fatima kata: Bila anak umur 8 thn dh pandai tanya siapa diri dia yang sebenar..
Pada ketika itu aku mula berbicara sendirian di dalam hati, aku mula terfikir  adakah anak aku yg akan kecewa, atau aku yang sebenarnya terluka.
Sehingga kini aku tidak pernah merasai Dia anak angkat, kerana aku memeliharanya dari kaki sebesar 2 tapak jari sehingga sekarang dah sama besar dgn aku...

Dr. Tengku Asmadi galakkan keluarga angkat memaklumkan kepada anak2 mereka siapa mereka diperingkat awal.
Tapi Bagi aku.. untuk menyatakan dia anak angkat terlalu berat mulut ini, hendak cerita kepada org yang anak yg aku pelihara adalah anak angkat pun aku rasa berat.... ini kan pula aku nak cakap kepada anak aku yang bijak berbicara.
Aku ingin menjadi emak yang terbaik untuk anak ku.
Anak ku.. emak akan berusaha menjadi emak yang penyabar, redha dan disenangi oleh mu. Bantulah emak.. kerana emak tidak kuat menempuh dugaan ini seorang diri. Emak tahu anak emak anak yang terbaik yang ALLAH anugerahkan kepada emak.

Semoga Kasih Sayang kita bertiga berkekalan.
Emak dan Abah pelihara Nur Athiyyah Syafiqah supaya kami dapat merasai dan menikmati kehidupan berkeluarga. Pada permulaan kami pelihara Nur Athiyyah Syafiqah adalah kerana kami amat memerlukan Cahaya dalam runah tangga kami. Setelah Nur Athiyyah Syafiqah berada bersama kami.. kami menjadi insan yang REDHA  dan BERSYUKUR di atas segala Nikmat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kami.
Kami berusaha pelihara mu seperti ibubapa lain memelihara seorang anak.
Kami akan berusaha mewarnai hidupmu.

Emak dan Abah tidak bijak tapi emak dan abah akan berusaha untuk menjadikan Nur Athiyyah Syafiqah Anak yang SOLEHAH..Taat pada perintah ALLAH.
Sesungguhnya Nur Athiyyah Syafiqah adalah kekuatan Emak dan Abah.

Aduhhhh sudah tak boleh nak sambung luahan rasa.. airmata sudah hendak keluar...
Oleh itu ada baiknya aku berhenti..




Selasa, 5 Februari 2013

Masak Untuk Suami & Anak tersayang

 




Sayur Kangkung Goreng... Favourite My Daughter.. Kira kalau nampak sayur... tak masak lauk lain pun dia tak kisah... Sebelum hidang kena ambil siap2 untuk habuan sendiri... kalau tidak alamatnya semangkuk dia sorang habiskan..
Ikan Tenggiri Goreng Celup Tepung.. Ini pun Anak ku suka.. tapi sebenarnya dia suka keropok tu aje... Selalu kalau buat ikan goreng celup tepung.. kena lebihkan keropoknya...  Oleh kerana sekarang aku melaksanakan diet... Aku hanya mkn Ikan goreng + sayur kangkung goreng
 
Asam Pedas Ikan Tenggiri... Ini permintaan Suamiku...Oleh kerana En. Suami pi pasar malam sorang2 dia beli 3 ketul Ikan Tenggiri (RM 15) + daun kesum.. tapi tak beli bendi.. so asam pedas ku hanya ada ikan sahaja...
Petang semlm niat dihati nak kayuh basikal sbb cuaca elok aje.. tp oleh kerana teringat suami nak makan asam pedas.. terbatal lah niat nak kayuh basikal..
Suamiku puji... sedap pula asam pedas kali ni... walaupun banyak bahan tak ada.. tp rasa dan rupanya menyelerakan.. Kanda makan nasi bertambah... Ini membuatkan aku tergugat rasa mcm nk makan juga...
Tapi aku nekad.. tak akan ambil nasi utk mkn malam, sbb tghari td REKTOR belanja STAF UiTM makan tghari.. kat DSI... emmmmmmmmmmmm sedapnya.. i like ikan celup tepung.
 
 Oleh kerana nasi semlm tak habis.. pagi ni buat bekal untuk suami n anak NASI GORENG KANGKUNG ... geram pula tgk nasi goreng pagi2 ni... nasi goreng ni pun mcm dok memanggil aje

Akhirnya berjaya mengelak... Pagi ni aku makan telur mata kerbau + sayur lodeh sesenduk.