Ahad, 19 Februari 2012

Kemalangan Yang tak diduga...

17 Febuari 2012 (Jumaat)
Hari ni kalau ikutkan hari yg mengembirakan.
Selepas habis kerja.. Bawa Athiyyah pi jogging, ya lah sekarang ni saya tengah semangat nak pastikan BMI dalam keadaan seimbang, dalam erti kata lain tengah nekad nak turunkan berat badan dan target berat badan tahun ni 45kg... Boleh ke???
Athiyyah pun kalau ikutkan BMI tahap genting juga tu... walaupun belum masuk kategori obesiti, tapi saya kena pastikan dia sihat dan seimbang. Athiyyah kan anak kesayangan emak.
Setelah penat jogging athiyyah main buai dan kuda di padang permainan di UTP
Tengok jam dah pukul 7pm.. Masa untuk balik sembahyang maghrib.. sebelum sampai rumah, singgah kedai beli nasi goreng dan koteaw goreng.

Seperti biasa laksa yang asal ibu ita beli untuk emak menjadi santapan athiyyah... Ya lah makanan kegemaran athiyyah, kalau mak yang makan pasti athiyyah sedih dan merajuk. Jadi mak mengalah aje lh... Mak makan koteaw goreng.
Sekarang masa untuk mandi.
Ketika ini kejadian yang tidak disangka, athiyyah terjatuh ketika duduk atas jamban (duduk) dan terkena pemegang berus, menyebabkan kemaluan athiyyah berdarah..
Mak jadi panik dan hampir pitam, mana tidaknya kawasan yang paling berharga bagi wanita, tercedera.. apa akan jadi nanti bila dia dh besar.
pkl 9.15 pm pi klinik azhar.. dan kebetulan doktor lelaki. dia tengok tapi dia minta rujuk ke pakar sakit puan takut sesuatu yang membahayakan.

pkl 10.30 bertolak ke KPJ Ipoh. Doktor (standby) tengok tapi ketika itu sudah tiada darah yang keluar.
Anak mak sungguh bijak dan semangat waja, tidak menunjukkan kesakitan. Walaupun hakikatnya dia sakit, doktor tersebut mengatakan dia tidak dapat memberi keputusan dan menghubungi doktor pakar sakit puan.
Untuk kepastian, Kami tunggu doktor pakar sakit puan datang,
ketika ini jam dah menunjukkan pkl 12.30pm, hati ini gelisah tuhan aje yang ketahui. Doktor pakar datang dan tengok kawasan sulit athiyyah, doktor tersebut mengatakan tiada apa2 masalah. Pada ketika itu saya bersyukur sangat, walaupun dalam masa yang sama tertanya2 juga kenapa keluar darah. Tapi mulut ini tidak lah pula tanya apa2, mungkin ketika itu memang saya hendak pastikan anak saya sihat atau saya sebenarnya takut untuk mendengar berita yang boleh menyebabkan saya menangis.
Sementara menunggu bil, abah tolak athiyyah jalan2 sekitar hospital. Abah memang tabah, ini lah orang kata, orang lelaki tak akan tunjuk kesedihan padahal mereka sama macam kita.
Apa pun mak berterima kasih kepada anak kesayangan mak, Mak minta maaf jika mak terkasar bahasa dengan athiyyah.
Emak harap selepas ini athiyyah duduk elok2.
Athiyyah jadi anak solehah ok.
I LOVE U SO MUCH MY DEAR... NUR ATHIYYAH SYAFIQAH.

Rabu, 15 Februari 2012

Seronok Baca blog

Hari ini member saya bagi 1 blog (hilma-mujahidahsolehah.blogspot), tersentuh sungguh bila membaca.
Banyak kisahnya mengajar saya supaya saya lebih bersabar. Selepas ini jika saya rasa "down" pasti blog ini akan menjadi tatapan rohani dan minda.

Sebenarnya niat dihati hari ini nak cerita keseronokan masakan semlm. Tapi oleh kerana gambar masih blm upload, terbatal lah niat nak berkongsi rasa.

Hari ini apa yang hendak saya cerita adalah mengenai ilmu yg kita perolehi setelah kita menonton tv.
Sekarang susah kita nak dapat cerita yg boleh menjadi panduan kehidupan untuk anak2 kita. Dalam erti kata lain santapan rohani utk anak2 yg berusia 4 thn - 6thn, di mana pada ketika ini mereka dlm proses mempelajari sesuatu.
Tapi baru-baru ini saya ada menonton ASTRO (channel 105) cerita bertajuk MENGAPA AKU MENCURI kalau tak salah tajuknya, dah terlupa sbb sudah lebih seminggu tengok.
Pengajaran yang saya dapat dalam cerita ini adalah tentang kehidupan kita sebagai seorang jiran, saudara dan juga orang sekeliling. Mengapa kita sering menghukum orang yang buat salah, tapi kita tak pernah nak bimbing mereka sebelum mereka mereka melakukan kesalahan.
Bila saya renung kembali kehidupan saya... memang sukar untuk kita melaksana kerana saya bukan insan yang baik, tapi jika saya dapat membetulkan dan menunjukkan arah yang betul mungkin saya insan yang baik.
Tapi saya bertanya kembali kepada diri saya, bagaimanakah cara saya hendak membimbing orang itu supaya ia tidak melakukan kesilapan.
Persoalan ini masih berlegar dikepala saya, mungkin suatu masa nanti saya akan mendapat panduan untuk masalah yang saya hadapi.

Rabu, 8 Februari 2012

CUTI MAULUD NABI 5 FEB 2012



Sudah lama tak update blog.

Terasa rindu pula nak bercerita. Kali ni aku nak bercerita tentang Aktiviti Percutian.

Dulu kalau balik kampung asyik dok dirumah, aktiviti yang dilakukan masak, basuh baju dan kemas rumah. Tapi mulai Disember 2011, Aku 'request' kat mak supaya adakan sesuatu aktiviti luar. Tahun lepas bln 12 aku pergi berkelah dan berjalan2 diperlis.

Ok lah skrg nk buka lembaran baru. Supaya kehidupan aku akan bertambah ceria disamping keluarga tersayang.

Ini gambar Athiyyah yang terlalu seronok kerana dapat pergi sekolah, almaklumlah cuti 4 hari + 1 hari tidak sihat= 5 hari tidak ke sekolah. Dia minta abah tangkap gambar depan sekolah.


Pada 6 Feb 2012 (Isnin)

Hari ini aktiviti memang padat.

9am pergi perlis, sebelum bergerak ke perlis, kami makan nasi remuni + sambal tumis ikan bilis + ayam masak merah, emmm sedapnya.... kalau tak fikir pasal berat badan mau aku makan sampai 2 bungkus.

3pm pi rumah kakak sepupu kakak ipar untuk ambil tempeyek...

6pm Acara di Padang Golf Kedah Darulaman.

Sudah lama tak jogging kat sini. Memang meriah dan best jogging kat sini. Suasana kat sini memang sesuai buat aktiviti keluarga. Athiyyah dgn sepupunya ( Muhammad Firdaus - 9 thn) tengok lebih kurang tinggi diorg ni.

Athiyyah tension layang-layang dia terbang tak tinggi macam orang lain.

Ya lah Abah beli layang2 RM 1. Mana boleh terbang tinggi. tali dia pendek.

Athiyyah merajuk dan mengadu dgn emak. Mak kata kalau athiyyah sudah pandai main, lain kali kita datang lg dan beli layang2 besar punyaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Tengok muka orang tension, dapat layang2 tp tak blh terbang tinggi.

Sabar ya sayang... Nanti mak beli kita main dgn Pak long.


4 Feb 2012 (Sabtu)

Pergi kenduri Najwa.

Tengok lah gelagat anak dara ku ... nak pakai tudung mcm mak juga.

Tersenyum simpul konon2 comel lh tu... (ya anak mak memang comel pun)

Tahniah najwa... Semoga berbahagia dan kekal abadi. Silap tak tangkap gambar guna SLR kalau tak lagi best.



Apa lagi yang nak celoteh... dah tak ada idea.


Yang pasti Sekarang memang best... hujung minggu percutian bersama keluarga.



























Aku pergi kenduri

Khamis, 19 Januari 2012

Hari ke- 4 bg minggu Ke-3

Pg ni pkl 6.15am mak dan Athiyyah berkejaran nak tutup alarm phone Abah.
Tapi Athiyyah dapat dulu dan bg kat abah.
Ok skrg giliran mak iron baju athiyyah n bj mak.
6.40am
Dalam sejarah Athiyyah n Abah mandi sekali,
Ingatkan Abah mandikan Athiyyah
Rupanya 2 beranak ni mandi sama.
Punyalah seronok Athiyyah, sbb tgk Abah mandi dgn kain pelekat, apa yang kelakar mak pun tak tau.

Selepas keluar mandi, athiyyah bersiap.
So giliran mak mandi pula.

Pagi ni Athiyyah semangat nk pakai stokin
hinggakan air milo pun tak mau minum.
Seronok sangat nk pakai stokin baru.
Semlm teman Abah beli Kasut sukan, sbb ptg ni Abah ada game futsal

Semoga Kanda berjaya game petang ni.
Untuk anak emak, mulai sekarang mak berjanji tidak akan marah anak emak.
Emak akan berusaha untuk tidak marah anak emak.
Hari ini pun emosi mak dah kira stabil sikit.
Walaupun hati mak terasa dgn kekawan mak.
Tapi habis waktu kerja mak akan lupakan hal kerja.
Mak berjanji akan fokus kepada buah hati emak Nur Athiyyah Syafiqah.
Malam ni mak masak Kari Ikan Jenahak + Sayur campur..
Semoga anak emak Happy....
I love My Family....

Selasa, 17 Januari 2012

HARI KE-3 UTK MINGGU KE 3 ATHIYYAH DI TADIKA

Sekarang athiyyah balik sekolah aku akan tengok buku latihan.
Konon nak jadi emak yang perihatin, tapi aku gagal melawan kemarahanku.
Aku tidak cukup sabar untuk mengajarnya belajar menulis.

Ya Allah, ampunkalah dosaku.
Aku jadi bingung, adakah aku marah anak ku untuk mengajarnya atau aku melepaskan kemarahan ku padanya
kerana aku dlm keadaan tertekan.

Wahai anak ku, maafkan mak ya sayang. Emak tidak boleh melawan emosi emak.
Mak akan berusaha mengawal emosi mak, supaya anak emak rajin belajar dan sentiasa dalam ketenangan.

Mak akan berusaha membuang segala masalah emak.
Biar lah org kata emak jahat. Tapi emak tahu, emak tak pernah niat hendak dengki dgn orang.
Biarlah org tidak suka cara kerja emak, tapi emak akan berusaha melakukan pekerjaan dengan keredhaan ALLAH.

Wahai anakku janganlah kau bersedih, mak akan berusaha mendidik dan memelihara mu dgn sepenuh kasih sayang.

Nur Athiyyah Syafiqah kau lah cahaya pemberian ALLAH buat mak,
anugerah yang ALLAH beri.

Ya ALLAH ampunkanlah dosaku.
Andai aku ada melakukan kesilapan terhadap kawan2 kau berikan lah aku petunjuk, supaya aku dapat menyelesaikan masalah yang melanda diriku.
Ya ALLAH kau bukakan lah hati kawan2 ku
supaya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada ku,
supaya mereka merasa puas dan tidak menyimpan perasaan dendam
Ya ALLAH aku ampunkan dosa kawan2 ku sekiranya mereka benci kepada ku
Ya ALLAH ku kau limpah ruahkan lah kasih sayang kami.
Ya ALLAH jangan lah kau jadikan aku seorang yang PENDENDAM.
Hilangkan lah rasa sedih dan kelukaan dihatiku ini.

Amin.....

Ahad, 15 Januari 2012

Minggu Ke-3 di Tadika Seni Mentari

Kenapa pejam mata sayang.... Mengantuk ya...
Wahai anak ku yang ku sayangi, kau lah penawar ketika aku berduka.
Aku bersyukur sangat, Allah menganugerahkan aku seorang anak perempuan yang penyayang.
Athiyyah kalau minggu sekolah selalu bangun awal tanpa perlu dikejut. Tapi kalau Hari minggu alamatnya tidur sampai pkl 8am, Ya lah tidor lewat bangun lewat. Tapi minggu sekolah tidor awal bangun pun tentu awal. Oleh kerana Athiyyah anak yang baik Abah belikan Athiyyah hadiah, yang pasti gajah juga menjadi pilihan Athiyyah. Tunjuklah binatang lain, Kalau lah mak boleh pelihara gajah betul, sure mak dah pelihara.

Tengok lah bertapa seronok dia dgn gajahnya. Almaklumlah gajah baru. Seronok juga pi kedai Ring-Ring, banyak pilihan boleh beli tapi aku memang dah ajar athiyyah, kalau nak hanya 1 barang aje dia boleh ambil. Setakat ni anak mak memang dengar cakap. TQ sayang, I lOVE U.
Athiyyah mak tinggalkan gajah kat rumah ibu, nanti balik sekolah baru jumpa dgn yuni ok.

Selasa, 10 Januari 2012

HARI KE 6 ATHIYYAH DI TADIKA SENI MENTARI

Selasa 10 Jan 2012
Balik kerja ambil athiyyah, Pengasuh kata athiyyah seronok buat kerja sekolah.
Wah anak emak dah ada kerja sekolah ya.
So tgk buku latihan dia, dia dh belajar tulis no 1
No 2 tk reti lg.
So emak kena bertindak jadi cikgu.
1) pegang tangan athiyyah utk cuba tulis no 2.
2) slp tu suruh dia tulis
- dia kata tak reti
3) tulis kat whiteboard
- pegang tangan dia dan cuba tulis
- bila suruh buat sendiri
- dia jawab tak reti
4) ambil kertas emak buat garisan dan athiyyah sambung
- so dia boleh ikut
- tapi masih lg tk boleh buat sendiri.
So emak dah tak ada idea mcm mana nk ajar
Emak mengaku kalah.
6.15pm sembahyang ASAR dulu
6.30pm prepair nak masak.
hari ni emak masak nasi goren + ikan goreng aje utk Athiyyah n Abah.
tak sempat nk masak sbb Abah nak pergi kerja.

7.15 mkn mlm
Walaupun nasi goreng pedas athiyyah tetap makan.
Anak emak ni kalau bab makan memang tak ada masalah.
Ikan goreng bagi seekor habis makan hingga tinggal tulang.
Kucing kalau tgk pun terkejut.

8pm
Athiyyah n Emak mandi sekali.
Seronok betul main air kat bilik air.
Athiyyah kata abah tak boleh mandi sama...
Abah lelaki kena mandi sorang
9.25pm
Hari dalam sejarah.
Ku cuba untuk tidak pakaikan athiyyah pampers.
Sblm tidor dia pergi toilet
dan tidor di katilnya.
Mula2 athiyyah sedih sebab emak tak teman.
tp bila mak kata athiyyah dah besar, dia pun diam
Lagipun mak tetap peluk athiyyah walaupun mak tidor di katil mak.

TENGAH MALAM
tidak pasti pukul berapa
tetiba terasa athiyyah tarik tangan
tanya dia athiyyah nk kencing ke?
suruh dia bangun dan kencing di toilet
dia bangun n abah dia yg tolong basuhkan
sbb abah dia pun baru nk tidor sbb balik kerja lewat.

11 Jan 2012 (Rabu)
5.30am bangun dan pegang athiyyah
nampak gaya athiyyah tk kencing dlm seluar.
-iron baju sekolah athiyyah
-rebus spagetti athiyyah nak mkn.
tumis bwg merah + bwg putih + serbuk cili + tomato 1 biji
masukkan ayam + sosej -(tunggu sehingga masak)
masukkan sos tomato + sos cili + lada hitam + pati secukup rasa
akhir sekali masukkan sayur + spagetti - kacau hingga sebati.

6.30am bg susu kat athiyyah dan suruh dia bangun kencing kat toilet.
nampak gaya athiyyah berjaya tidak pakai pampers mlm.
Seronok rasanya.
7.20am
Sarapan pagi dgn spagetti.
7.35 am hantar athiyyah dalam kereta sekali lagi athiyyah sebut mak buat spagetti mcm mak adam.
teringat kat adam lh ni...